Tag Archives: teruk

Anuar Manan aset utama Malaysia

su_04.1

Anuar Manan aset utama Malaysia

JAGUH kebangsaan, Anuar Manan yakin pengalaman dan pendedahan yang dikutipnya bersama pasukan profesional dari Iran, Azad University mampu menjadi aset utama dalam misi skuad lumba basikal negara memenangi satu pingat emas pada Sukan SEA di Laos, Disember depan.

Meskipun gagal mempamerkan peningkatan pada Kejuaraan Berbasikal Asia (ACC) 2009 di Kalimantan bulan lepas, Anuar yang memiliki kepakaran pecutan di laluan landai tetap optimis kilauan emas mampu digenggam di Laos, sekali gus memadam pencapaian perak di Korat dua tahun lalu.

Bukan niatnya mendabik dada, namun pelumba yang berasal dari Kuala Ibai itu beranggapan, keupayaan pelumba lebuh raya negara masih jauh mengatasi pelumba negara lain, terutama dari pasukan Singapura dan Vietnam.

“Bagi saya, sasaran satu pingat emas di Laos adalah realistik dan mampu dicapai oleh skuad lebuh raya negara,” kata Anuar selepas sidang akhbar skuad lumba basikal negara ke Sukan SEA di Laos di Bukit Jalil semalam.

“Prestasi kita sebenarnya tidaklah begitu teruk, malah kami masih ada menunjukkan peningkatan.

“Pada ACC 2009 di Kalimantan baru-baru ini, skuad lebuh raya cuma tidak bernasib baik apabila taktik dan strategi dalam perlumbaan tidak berapa menjadi.

“Begitupun, saya jamin kami akan memberi aksi yang terbaik di Laos nanti.

“Malah, saya juga akan menggunakan segala kepakaran, pengalaman dan pendedahan ketika bersama pasukan Azad University untuk membantu skuad ini memenangi emas.

“Tidak kira siapa yang memenanginya, apa yang penting pingat emas menjadi milik Malaysia,” ujarnya.

Sementara itu, jurulatih skuad lelaki negara, Jamaluddin Omar enggan menjadikan kegaga- lan pada ACC bulan lepas sebagai alasan untuk anak buahnya tidak memenangi pingat emas di Laos dalam acara lebuh raya nanti.

“Sudah pasti sasaran satu pingat emas ini datangnya dari acara lebuh raya,” kata Jama- luddin semalam.

“Dalam masa tiga bulan ini saya akan cuba memberi latihan mengikut perancangan ketua jurulatih, John Beasley dalam usaha mengumpul kekuatan fizikal kepada pelumba kita.

“Lagipun, laluan perlumbaan di Laos banyak mendatar, jadi saya rasa pelumba pecut kita seperti Anuar (Manan) dan Suhargdi (Hassan) tidak mempunyai masalah untuk mengatasi pelumba Singapura, Indonesia dan Vietnam,” tambahnya lagi.

Seramai enam pelumba lebuh raya lelaki yang akan menggalas cabaran negara pada temasya di Laos nanti bakal dipilih menerusi satu perlumbaan terbuka pada Oktober depan.

Lapan pelumba yang tersenarai untuk mengikuti program persiapan ke Sukan SEA Laos ialah Suhardi Hassan, Mohd. Nor Rizuan Zainal, Ahmad Fallanie Ali, Wan Mohd. Najmie Wan Mohamad, Mohammad Rauf Nur Misbah, Anuar Manan, Mohd. Sufi Mat Senam dan Mohd. Sharul Mat Amin.


anuar manan, anuar manan kini, anuar manan terkini, anuar manan terbaru, anuar manan baru, anuar manan skandal, gambar anuar manan, foto anuar manan, video anuar manan, biodata anuar manan, biografi anuar manan, sejarah anuar manan, web anuar manan, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita tv, berita harian, berita gay, berita artis, berita hiburan, berita sukan, berita ekonomi, berita sains, berita teknologi, berita kesihatan, berita sejarah, berita politik, berita bf1, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, macam-macam, Bf-1, Anuar Manan

Ejen MI5 tertekan hingga jadi pondan

du_06.1

Ejen MI5 tertekan hingga jadi pondan

Bekas anggota agensi perisikan MI5 Britain, David Shayler mengalami tekanan perasaan teruk sehingga bertindak menukar identitinya untuk menjadi pondan.

Shayler, 43, yang bertubuh sasa kini memakai buah dada palsu, skirt pendek, rambut palsu dan menghuni sebuah rumah setinggan di Surrey. Bekas perisik itu kini mahu dikenali sebagai Delores Kane.

Bekas kekasih dan rakan setugas Shayler, Annie Machon menyalahkan kerajaan Britain terhadap masalah itu.

“Dia (Shayler) ialah seorang lelaki baik dan mampu menyampaikan ucapan dengan baik. Kerajaan merosakkan hidupnya,” kata Machon yang kini tinggal di Jerman bersama kekasih barunya setelah mereka berpisah pada 2006.

Menurut Shayler, tidak salah untuknya berpakaian seperti wanita.

“Penting untuk kita menunjukkan sifat-sifat kewanitaan dan rakan-rakan saya kini tidak kisah mengenai cara saya berpakaian,” kata Shayler.

Sebelum ini, Shayler pernah mendakwa kejadian serangan 11 September 2001 terhadap Pusat Dagangan Dunia di New York dilakukan oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Pondan, Pondan berita, Pondan kini, Pondan dunia, Pondan asia, Pondan malaysia, Pondan melayu, Pondan indon, Pondan indonesia, Pondan kl, Pondan foto, Pondan gambar, Pondan bf1, berita dunia, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik, berita-berita, beritakini, beritadunia, beridaasia, beritamalaysia, beritamelayu, beritaindon, beritaindonesia, beritakl, beritafoto, beritagambar, beritaterkini, beritaweb, beritaharian, beritabaru, beritabf1, beritatv, berita8, beritagay, beritapenting, beritabulan, beritakasa, beritaawas, berita2, beritascander, beritajalan, beritamaju, beritasukan, berita kini, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita foto, berita gambar, berita terkini, berita web, berita harian, berita baru, berita bf1, berita tv, berita 8, berita gay, berita penting, berita bulan, berita kasa, berita awas, berita scander, berita jalan, berita maju, berita sukan, berita, kini, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, kl, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, bf1

Kawasan ais hilang di laut Chukchi

du_01.1

Kawasan ais hilang di laut Chukchi

WASHINGTON – Gambar yang baru ditarik balik daripada kategori rahsia menunjukkan kesan teruk akibat pemanasan cuaca global di Alaska, Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam.

Imej satelit itu yang disiarkan pada minggu lalu oleh tentera AS menunjukkan sejumlah kawasan ais hilang di Laut Chukchi.

Gambar itu sebelum ini disimpan dan tidak didedahkan kepada orang ramai ketika AS ditadbir oleh Presiden George W. Bush.

Bagaimanapun, gambar itu dikategorikan tidak lagi menjadi rahsia beberapa bulan selepas Barack Obama menggantikan Bush.

Gambar itu merupakan amaran keras bahawa pemanasan global berjaya mengubah rupa bentuk di kawasan Artik.

Lebih satu juta kilometer ais cair pada musim panas 2007.

Gambar yang dirakamkan pada Julai 2006 menunjukkan sebuah kawasan ais yang besar dekat Pelabuhan Barrow di Alaska.

Bagaimanapun, setahun kemudian, kawasan yang diliputi ais itu hilang kerana cair disebabkan cuaca panas.

“Ia merupakan gambar yang jelas menunjukkan situasi musim panas di Artik,” kata seorang pegawai di Pusat Angkasa Lepas Goddard, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Thorsten Markus.

“Situasi itu menjadi punca kenapa kami berasa amat bimbang,” jelasnya.

Menurut beberapa saintis, kecairan ais itu mengundang bahaya.

Sejumlah besar haiwan bergantung pada ais itu seperti beruang kutub dan singa laut untuk hidup.

Obama kini mendesak Kongres AS supaya mengambil tindakan bagi menangani isu pemanasan global.

Ais itu menjadi penting kerana tanpanya, kawasan laut di Artik akan menjadi panas.

Isu pemanasan global menjadi perhatian utama pertubuhan bukan kerajaan yang prihatin terhadap alam sekitar di Barat.

ais,ais berita, ais kini, ais dunia, ais asia,ais malaysia, ais melayu, ais indon, ais indonesia, ais kl, ais foto, ais gambar, ais bf1, berita dunia, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik, berita-berita, beritakini, beritadunia, beridaasia, beritamalaysia, beritamelayu, beritaindon, beritaindonesia, beritakl, beritafoto, beritagambar, beritaterkini, beritaweb, beritaharian, beritabaru, beritabf1, beritatv, berita8, beritagay, beritapenting, beritabulan, beritakasa, beritaawas, berita2, beritascander, beritajalan, beritamaju, beritasukan, berita kini, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita foto, berita gambar, berita terkini, berita web, berita harian, berita baru, berita bf1, berita tv, berita 8, berita gay, berita penting, berita bulan, berita kasa, berita awas, berita scander, berita jalan, berita maju, berita sukan, berita, kini, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, kl, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, bf1