Tag Archives: tempatan

Jakarta rancang larangan merokok

Jakarta rancang larangan merokok

DALAM usaha melindungi atlet dan penonton dari- pada bahaya rokok, pentadbiran bandar raya Jakarta merancang untuk melarang merokok di semua venue dan hotel sepanjang Sukan SEA.

Agensi Pelancongan Jakarta dilapor akan bekerjasama dengan Agensi Pengurusan Alam Sekitar untuk menguatkuasakan larangan itu bermula 11 hingga 22 November.

Ketua Agensi Pelancongan Jakarta, Arie Budhiman berkata, pihak berkuasa tempatan akan menandakan venue dan hotel yang akan digunakan oleh para atlet dan pegawai sebagai zon larangan merokok.

“Atlet, para pegawai dan tetamu lain tidak akan dibenarkan merokok di hotel dan venue semasa pertandingan,” kata Arie seperti dipetik oleh akhbar harian berbahasa Inggeris, Jakarta Post.

Pada Mei 2010, Gabenor Jakarta, Fauzi Bowo menandatangani satu dekri yang menjadikan satu kesalahan untuk merokok dalam bangunan tertentu dan tempat kerja di bandar raya Jakarta.

Berkuatkuasa akhir tahun lepas, merokok dilarang di kawasan tertentu seperti pusat kesihatan masyarakat, tempat kerja, tempat ibadat, pengang- kutan awam dan kawasan yang dikhaskan untuk ke- giatan pendidikan dan kanak-kanak.

Jakarta indon, Jakarta indonesia, Jakarta kawan, Jakarta kini, Jakarta kl, Jakarta majalah, Jakarta maju, Jakarta malaysia, Jakarta melayu, Jakarta penting, Jakarta Jakarta, Jakarta politik, Jakarta scander, Jakarta sejarah, Jakarta skandal, Jakarta sukan, Jakarta terbaru, Jakarta terkini, Jakarta tv, Jakarta video, Jakarta web, Jakarta asia, Jakarta baru, Jakarta bf1, Jakarta dunia, Jakarta foto, Jakarta gambar, Jakarta gay, Jakarta harian, Jakarta, rancang, larangan, merokok, Ketua, Agensi, Pelancongan, Jakarta, Arie Budhiman, pihak, berkuasa, tempatan, venue, hotel, atlet, pegawai, zonl laranganl merokokl, Atlet, para, pegawai, tetamu, merokok, hotel, venue, pertandingan, Arie, harian, berbahasa Inggeris, Jakarta, Post

Lamar kekasih dengan cara unik

Lamar kekasih dengan cara unik

QINGDAO, China – Seorang lelaki, Pang Kun memakai kostum lobak merah dan cermin mata hitam bersama 49 rakannya yang turut berpakaian untuk melamar teman wanitanya, Zhao Xinyu, lapor sebuah akhbar semalam.

Selepas menemui Xinyu di pusat beli-belah tempatan di sini pada Sabtu lalu, Kun memberi alasan hendak ke tandas agar dia dapat menukar pakaian.

Dia kemudian kembali sebagai lelaki lobak merah dengan ditemani rakan-rakannya.

Rakan-rakannya mula menari dengan diiringi muzik yang kedengaran menerusi sistem pembesar suara pusat beli-belah.

Situasi itu mengejutkan kekasihnya dan rakan-rakannya.

Apabila muzik berhenti, rakaman suara Kun kedengaran menerusi sistem pembesar suara berkenaan.

“Enam bulan dahulu, kita mula berkenalan,” kata suara itu.

“Masih terpahat di hati saya bagaimana anda begitu segan semasa janji temu kita yang pertama, tentang saya merindui janji temu kita seterusnya dan perasaan saya apabila saya kali pertama menggenggam tangan kamu ketika kita menonton wayang.”

Dia kemudian membuka kostumnya dan berlutut untuk melamar kekasihnya.

Orang ramai yang berada di sekitar mereka turut tersenyum apabila Xinyu menerima lamaran tersebut.

Menurut Kun, dia mengambil masa tiga minggu untuk merancang aksi romantik itu. Kos lamaran itu dikatakan menelan belanja 100,000 yuan (RM47,076.41).

Lamar kekasih biografi, Lamar kekasih dunia, Lamar kekasih gambar, Lamar kekasih gay, Lamar kekasih indon, Lamar kekasih indonesia, Lamar kekasih kini, Lamar kekasih kl, Lamar kekasih malaysia, Lamar kekasih melayu, Lamar kekasih penting, Lamar kekasih politik, Lamar kekasih skander, Lamar kekasih sejarah, Lamar kekasih berita, Lamar kekasih terbaru, Lamar kekasih terkini, Lamar kekasih tv, lelaki, Pang Kun, memakai, kostum, lobak, merah, cermin mata, hitam,  melamar, teman, wanitanya, Zhao, Xinyu, akhbar, semalam, Selepas, menemui, Xinyu, pusat, beli belah, tempatan, sini, Sabtu, lalu, Kun, memberi, hendak, tandas, menukar, pakaian