Tag Archives: sukar

Remaja hilang 12 hari ditemui

du_04.1

Remaja hilang 12 hari ditemui

Seorang remaja Britain, Jamie Neale mengejutkan keluarganya dan pihak berkuasa Australia apabila dia bukan sahaja terselamat tetapi ditemui dalam keadaan sihat setelah sesat 12 hari di pergunungan Blue Mountains dekat sini.

Bapa mangsa, Richard Cass sukar mempercayai bahawa remaja berusia 19 tahun itu mampu mengharungi cuaca sejuk di Blue Mountains tanpa bekalan makanan.

“Jamie seorang budak yang lasak. Polis mahu menyoalnya tentang tujuan dia mengembara ke kawasan itu tetapi saya tahu anak saya bukan sengaja menghilangkan diri bagi tujuan publisiti,” katanya.

Menurutnya, Jamie terselamat dengan memakan biji benih, daun dan buah beri sepanjang perjalanannya di kawasan lasak itu dan tidur di bawah batang kayu dan pokok pada waktu malam.

Kali terakhir remaja itu dilihat ialah pada 3 Julai lalu berhampiran sebuah kawasan berbatu di Blue Mountains yang dikenali sebagai Ruined Castle setelah keluar mengembara seorang diri.

Menurut bapanya, Jamie tidak dapat menghidupkan api untuk memanaskan badan atau memberi isyarat kecemasan kerana tidak membawa pemetik api ekoran dia bukan perokok.

Jamie masih dirawat di sebuah hospital kerana mengalami kehilangan air setelah ditemui pada Isnin lepas oleh dua pendaki kelmarin.

Ibunya, Jean Neale pula menyatakan bahawa keluarga mereka tidak pernah putus harapan bahawa Jamie akan pulang ke pangkuan mereka dengan selamat.

Luar biasa, Luar biasa berita, Luar biasa kini, Luar biasa dunia, Luar biasa asia, Luar biasa malaysia, Luar biasa melayu, Luar biasa indon, Luar biasa indonesia, Luar biasa kl, Luar biasa foto, Luar biasa gambar, Luar biasa bf1, berita dunia, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik, berita-berita, beritakini, beritadunia, beridaasia, beritamalaysia, beritamelayu, beritaindon, beritaindonesia, beritakl, beritafoto, beritagambar, beritaterkini, beritaweb, beritaharian, beritabaru, beritabf1, beritatv, berita8, beritagay, beritapenting, beritabulan, beritakasa, beritaawas, berita2, beritascander, beritajalan, beritamaju, beritasukan, berita kini, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita foto, berita gambar, berita terkini, berita web, berita harian, berita baru, berita bf1, berita tv, berita 8, berita gay, berita penting, berita bulan, berita kasa, berita awas, berita scander, berita jalan, berita maju, berita sukan, berita, kini, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, kl, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, bf1

Dilema Mohd. Rizal Tisin, jaguh Asia

su_01.1

Dilema Mohd. Rizal Tisin, jaguh Asia

PEMEGANG rekod Asia bagi acara satu kilometer ujian masa, Mohd. Rizal Tisin (gambar) kini berada dalam keadaan dilema.

Jaguh lumba basikal trek itu semakin risau dan bimbang prestasinya akan merosot kerana belum mendapat kata putus mengenai tarikh untuk kembali berlatih di Melbourne di bawah kendalian ketua jurulatih kebangsaan, John Beasley.

Pelumba kelahiran Klang itu berkata, terdapat kemungkinan beliau akan kembali ke Melbourne penghujung bulan ini seperti yang di maklumkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) namun keputusan itu belum ada kata putus.

“Rakan-rakan yang lain telah pun menjalani latihan di Melbourne sejak bulan lepas dan yang terbaru, pelumba pelapis, Mohd. Adiq Hussainie Othman sudah berlepas semalam (kelmarin),” katanya kepada Bernama semalam.

Mohd. Rizal berkata, beliau kini hanya menjalani latihan di bawah kendalian seorang jurulatih kebangsaan, Mohd. Fairuz Izni Abdul Ghani di Bukit Jalil.

“Saya juga tidak dibekalkan dengan program latihan daripada Beasley selepas Kejohanan Berbasikal Asia di Indonesia bulan lepas, jadi latihan saya sekadar mengekalkan tahap kecergasan sahaja,” katanya.

Mengenai ketiadaan acara satu kilometer ujian masa di Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China, Mohd. Rizal berharap penganjur akan menyenaraikan acara itu.

“Saya berhasrat untuk memenangi pingat emas kerana kali terakhir sukan lumba basikal memenanginya ialah pada era 1970-an,” katanya.

Mohd. Rizal berkata, jika penganjur berkeras juga, harapannya untuk mengharumkan nama negara adalah pada Sukan Komanwel yang juga berlangsung pada tahun depan.

“Namun peluang untuk memenangi emas adalah sukar kerana terdapat pelumba-pelumba dari Britain yang sememangnya handal dalam acara trek,” katanya.

rizal tisin, rizal tisin kini, rizal tisin terkini, rizal tisin terbaru, rizal tisin baru, rizal tisin skandal, gambar rizal tisin, foto rizal tisin, video rizal tisin, biodata rizal tisin, biografi rizal tisin, sejarah rizal tisin, web rizal tisin, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita tv, berita harian, berita gay, berita artis, berita hiburan, berita sukan, berita ekonomi, berita sains, berita teknologi, berita kesihatan, berita sejarah, berita politik, berita bf1, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, macam-macam, Bf-1, Mohd Rizal Tisin, Rizal tisin, lumba basikal

Canggih, pantau keadaan trafik guna telefon bimbit

me_05.1

Canggih, pantau keadaan trafik guna telefon bimbit

Antara cabaran besar yang tidak pernah lepas daripada menjadi rungutan penduduk ibu negara Malaysia ini adalah masalah kesesakan lalu lintas.

Masalah berterusan yang sukar menemui jalan keluar itu telah menarik perhatian sebuah syarikat penyelesaian teknologi, Tricubes Berhad (Tricubes) untuk tampil dengan metodologi moden yang mungkin dapat membantu penduduk kota.

Mengetengahkan aplikasi teknologi sebagai medium utama, Tricubes memperkenalkan penyelesaian pemantauan keadaan trafik secara mobiliti.

Jika selama ini kita hanya memperoleh maklumat keadaan lalu lintas semasa menerusi siaran radio dan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) sama ada dalam bentuk teks atau foto, kini pengguna jalan raya boleh melihat sendiri pergerakan trafik dari telefon bimbit mereka untuk gambaran yang lebih jelas.

Menerusi pelaksanaan teknologi itu, pihak Tricubes mendapat kerjasama daripada syarikat peneraju Sistem Integrasi Maklumat Pengangkutan (ITIS) untuk membekalkan visual keadaan lalu lintas di jalan-jalan utama.

Kelebihan pihak ITIS yang mempunyai 250 buah (televisyen litar tertutup (CCTV) dengan 70 peratus daripadanya beroperasi, ia pasti mampu merealisasikan implementasi sistem tersebut dengan lebih berkesan.

Menurut Ketua Bahagian Automasi Akses Sekuriti TricubesNCR JV Sdn. Bhd., Azlan Zakaria, selain ITIS, pihaknya juga bercadang untuk mendapatkan sokongan PBT dari segi penggunaan CCTV di kawasan-kawasan pentadbiran mereka.

”CCTV yang beroperasi di beberapa jalan raya utama serta kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai itu akan digunakan secara menyeluruh bagi menjalankan rakaman.

”Kita menyasarkan golongan pengguna jalan raya khususnya di sekitar Lembah Klang untuk menggunakan perkhidmatan ini,” katanya ketika di temui di pejabat Tricubes di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pada peringkat awal, beberapa projek perintis telah pun mula dilaksanakan di lokasi-lokasi jalan raya yang sering mengalami kesesakan.

Bagi tujuan tersebut, usahasama akan dijalankan dengan beberapa syarikat telekomunikasi tempatan yang bakal mengendalikan sistem itu kelak.

Selain itu, perbincangan akan turut diadakan bersama beberapa syarikat swasta untuk mendapatkan sokongan penajaan menerusi pengiklanan bagi mengurangkan kos yang perlu ditanggung oleh pengguna.

Ia juga secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada syarikat-syarikat terlibat mengiklankan produk mereka secara terus kepada pengguna.

Melihat dari sudut teknikal, teknologi tersebut menawarkan sistem kawalan trafik pintar melalui rakaman data secara video untuk dimaklumkan kepada pengguna jalan raya.

Secara keseluruhannya, pelaksanaan sistem tersebut mempunyai matlamat membantu pengguna jalan raya mendapatkan maklumat kesesakan dalam masa nyata dan seterusnya merancang perjalanan mereka dengan mencari laluan alternatif.

Menerusi cara itu, penjimatan dari segi masa dan penggunaan petrol juga dapat dilakukan selain mampu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya serta pencemaran yang diakibatkan oleh kesesakan lalu lintas.

Aplikasinya sangat mudah kerana pengguna hanya perlu mendapatkan maklumat keadaan jalan raya dari telefon bimbit mereka secara mobiliti.

Sebelum menggunakan aplikasi berkenaan, pengguna perlu memastikan telefon bimbit mereka menyokong sambungan rangkaian internet sama ada menerusi Perkhidmatan Radio Paket (GPRS), Generasi Ketiga (3G) atau Wi-Fi.

Untuk memulakannya, pengguna perlu mengakses masuk ke portal WAP khas yang berkaitan sebelum memilih nama jalan.

Kemudian, klip video mengenai keadaan trafik terkini di jalan yang telah dipilih akan dipaparkan selama lebih kurang lima hingga sepuluh saat. Akhir sekali, skrin akan memaparkan iklan produk daripada syarikat yang telah mengambil bahagian sebagai penaja.

Menerusi pengenalan perkhidmatan teknologi moden tersebut, adalah diharapkan masalah kesesakan jalan raya di ibu kota dapat ditangani dengan baik.

Canggih, Canggih berita, Canggih kini, Canggih dunia, Canggih asia, Canggih malaysia, Canggih melayu, Canggih indon, Canggih indonesia, Canggih kl, Canggih foto, Canggih gambar, Canggih bf1, berita dunia, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik, berita-berita, beritakini, beritadunia, beridaasia, beritamalaysia, beritamelayu, beritaindon, beritaindonesia, beritakl, beritafoto, beritagambar, beritaterkini, beritaweb, beritaharian, beritabaru, beritabf1, beritatv, berita8, beritagay, beritapenting, beritabulan, beritakasa, beritaawas, berita2, beritascander, beritajalan, beritamaju, beritasukan, berita kini, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita foto, berita gambar, berita terkini, berita web, berita harian, berita baru, berita bf1, berita tv, berita 8, berita gay, berita penting, berita bulan, berita kasa, berita awas, berita scander, berita jalan, berita maju, berita sukan, berita, kini, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, kl, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, bf1