Tag Archives: sukan olimpik

Usain Bolt sengaja elak jumpa Tyson Gay

su_10.1

Usain Bolt sengaja elak jumpa Tyson Gay

BRUSSELS – Pemenang tiga pingat emas Kejohanan Olahraga Dunia, Usain Bolt mengesahkan tidak akan menentang pencabarnya, Tyson Gay dalam acara 100 meter pada Kejohanan Liga Emas yang bermula hari ini.

Pada kejohanan di Berlin bulan lalu, Bolt mencatat rekod baru dunia dengan catatan 9.58 saat ketika menewaskan Gay. Dia juga mengungguli acara 200m, juga dengan catatan rekod baru dunia 19.19s.

Begitupun, ketiadaan Bolt pada aksi Liga Emas kali ini bakal menyaksikan Gay akan menentang bekas pemegang rekod dunia yang juga rakan senegara Bolt dari Jamaica, Asafa Powell.

“Saya telah beraksi dalam banyak perlumbaan 100m musim ini dan sebab itulah jurulatih saya memutus- kan agar saya hanya beraksi dalam acara 200m di Brussels,” jelas Bolt yang turut akan beraksi dalam acara itu pada Kejohanan Akhir Olahraga Dunia di Thessaloniki, Greece pertengahan bulan ini.

“Sejak berakhirnya Kejohanan Dunia, saya hanya mempunyai dua minggu untuk kembali kepada prestasi sedia ada. Kini saya semakin baik dan saya harap saya dapat beraksi dengan baik di Zurich nanti.”

Dalam pada itu, pemburuan hadiah wang tunai AS$1 juta (RM3.5 juta) pada saingan Liga Emas musim ini bakal menjadi rebutan tiga atlet.

Juara dunia dan Sukan Olimpik, Kenenisa Bekele akan beraksi dalam acara 5,000m dan menjadi pilihan untuk memenangi hadiah utama itu selepas dia memenangi kesemua perlumbaan tahun ini.

Turut menjadi perhatian ialah jaguh Amerika Syarikat, Sanya Richards yang akan beraksi dalam acara 400m wanita. Begitupun, Richards bakal berdepan pencabar utamanya dari Britain, Christine Ohuruogu.

Ratu lompat bergalah Rusia, Yelena Isinbayeva juga berada dalam senarai calon walaupun pemegang rekod dunia itu gagal memenangi sebarang pingat pada Kejohanan Dunia di Berlin bulan lalu.

bolt, bolt kini, bolt terkini, bolt terbaru, bolt baru, bolt skandal, gambar bolt, foto bolt, video bolt, biodata bolt, biografi bolt, sejarah bolt, web bolt, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita tv, berita harian, berita gay, berita artis, berita hiburan, berita sukan, berita ekonomi, berita sains, berita teknologi, berita kesihatan, berita sejarah, berita politik, berita bf1, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, macam-macam, Bf-1, Bolt, Usain Bolt

51 tengkorak ditemui di tapak Olimpik 2012

du_04.1

51 tengkorak ditemui di tapak Olimpik 2012

SEKUMPULAN pekerja binaan menemui sejumlah tengkorak dan tulang manusia ketika membina sebatang jalan raya sebagai persiapan sukan Olimpik 2012 di London, lapor sebuah akhbar semalam.

Para penyelidik percaya penemuan 51 tengkorak dan rangka manusia yang dikerat-kerat itu merupakan sekumpulan pemuda yang dibunuh menggunakan pedang kira-kira 1,000 tahun lalu.

Penemuan mengerikan itu berlaku di sebuah lubang di Bukit Ridgeway di sini oleh para pekerja yang melakukan persiapan untuk acara sukan layar Olimpik di Portland dan Weymouth.

Ujian karbon mendapati kumpulan lelaki itu dibunuh sewaktu kaum Viking dari Denmark berperang dengan etnik Saxons yang menduduki England pada masa dahulu.

“Kami gagal menemui cebisan pakaian. Ia menunjukkan mayat mereka dihumban ke dalam lubang itu dalam keadaan bogel,” kata seorang penyelidik, Angela Boyle.

tengkorak,  tengkorak musik,  tengkorak video,  tengkorak foto,  tengkorak cinta,  tengkorak berita,  tengkorak awek,  tengkorak kontraksi,  tengkorak Hiburan,  tengkorak malaysia,  tengkorak Melayu,  tengkorak Indon,  tengkorak Indonesia,  tengkorak gambar,  tengkorak cerita,  tengkorak pilihan,  tengkorak kl,  tengkorak bf1,Berita Hiburan musik, Berita Hiburan video, Berita Hiburan, Berita, Hiburan cinta, Berita Hiburan berita, Berita Hiburan awek, Berita Hiburan kontraksi, Berita Hiburan Hiburan, Berita Hiburan malaysia, Berita Hiburan Melayu, Berita Hiburan, Berita Hiburan Indonesia,Berita Hiburan gambar, Berita Hiburan cerita, Berita Hiburan pilihan, Berita Hiburan kl, Berita Hiburan bf1, Artis musik, Artis video, Artis foto,Artis berita, Artis awek, Artis kontraksi, Artis Hiburan, Artis malaysia, Artis Melayu, Artis Indon, Artis Indonesia, Artis gambar, Artis cerita, Artis pilihan, Artis kl, Artis bf1, Artis foto, Artis Indon, Artis cinta, hiburan malaysia, hiburan melayu, hiburan korea, hiburan jepun, hiburan

Shvedova lontar amaran

su_09.1

Shvedova lontar amaran

NEW YORK – Bintang Kazakhstan, Yaroslava Shvedova (gambar) memberi isyarat amaran kepada barisan pemain bintang agar lebih berhati-hati ketika berdepan dengannya pada Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat.

Ingatan Shvedova itu disuarakan sehari selepas dia menumbangkan pemain pilihan kelima dari Serbia, Jelena Jankovic 6-3, 6-7, 7-6 pada pusingan kedua kelmarin.

“Lebih baik mereka berhati-hati,” ujar Shevdova, pemain kelahiran Rusia.

“Kami (pemain kurang ternama) telah hadir untuk memberi saingan.”

Perlawanan pusingan kedua kelmarin turut menyaksikan kejutan apabila pemain remaja tuan rumah, Melanie Oudin menyingkirkan pemenang pingat emas Sukan Olimpik, Elena Dementieva 5-7, 6-4, 6-3.

“Tahun ini, saya dapat lihat bagai- mana ramainya pemain seperti kami yang berjaya membuat kejutan,” tambah Shvedova yang kini menduduki ranking ke-50 dunia.

“Saya rasa, cabaran besar telah bermula pada kejohanan ini.”

Menariknya, Shvedova yang akan berusia 22 tahun minggu depan mengakui mendapat keyakinan untuk menumbangkan Jankovic selepas menyaksikan kejayaan Oudin, 17, ke atas Dementieva.

“Saya beritahu dia (Oudin) selepas perlawanan yang dia adalah inspirasi saya. Saya ada melihat permainan kamu sebelum turun ke gelanggang,” jelas Shvedova.

Sementara itu, Oudin, pemain ranking ke-70 dunia mengakui, dia tidak pernah takut untuk berdepan dengan pemain berstatus bintang.

Namun, dengan reputasinya sebagai pemain No. 3 Amerika Syarikat selepas Serena dan Venus Williams, Oudin dilihat memiliki potensi untuk menyerlah.

“Ia memang hebat apabila menjadi pemain ketiga terbaik Amerika di belakang adik-beradik Williams,” jelas Oudin.

shvedova, shvedova kini, shvedova terkini, shvedova terbaru, shvedova baru, shvedova skandal, gambar shvedova, foto shvedova, video shvedova, biodata shvedova, biografi shvedova, sejarah shvedova, web shvedova, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita tv, berita harian, berita gay, berita artis, berita hiburan, berita sukan, berita ekonomi, berita sains, berita teknologi, berita kesihatan, berita sejarah, berita politik, berita bf1, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, macam-macam, Bf-1, Shvedova, tenis