Tag Archives: sering

Canggih, pantau keadaan trafik guna telefon bimbit

me_05.1

Canggih, pantau keadaan trafik guna telefon bimbit

Antara cabaran besar yang tidak pernah lepas daripada menjadi rungutan penduduk ibu negara Malaysia ini adalah masalah kesesakan lalu lintas.

Masalah berterusan yang sukar menemui jalan keluar itu telah menarik perhatian sebuah syarikat penyelesaian teknologi, Tricubes Berhad (Tricubes) untuk tampil dengan metodologi moden yang mungkin dapat membantu penduduk kota.

Mengetengahkan aplikasi teknologi sebagai medium utama, Tricubes memperkenalkan penyelesaian pemantauan keadaan trafik secara mobiliti.

Jika selama ini kita hanya memperoleh maklumat keadaan lalu lintas semasa menerusi siaran radio dan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) sama ada dalam bentuk teks atau foto, kini pengguna jalan raya boleh melihat sendiri pergerakan trafik dari telefon bimbit mereka untuk gambaran yang lebih jelas.

Menerusi pelaksanaan teknologi itu, pihak Tricubes mendapat kerjasama daripada syarikat peneraju Sistem Integrasi Maklumat Pengangkutan (ITIS) untuk membekalkan visual keadaan lalu lintas di jalan-jalan utama.

Kelebihan pihak ITIS yang mempunyai 250 buah (televisyen litar tertutup (CCTV) dengan 70 peratus daripadanya beroperasi, ia pasti mampu merealisasikan implementasi sistem tersebut dengan lebih berkesan.

Menurut Ketua Bahagian Automasi Akses Sekuriti TricubesNCR JV Sdn. Bhd., Azlan Zakaria, selain ITIS, pihaknya juga bercadang untuk mendapatkan sokongan PBT dari segi penggunaan CCTV di kawasan-kawasan pentadbiran mereka.

”CCTV yang beroperasi di beberapa jalan raya utama serta kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai itu akan digunakan secara menyeluruh bagi menjalankan rakaman.

”Kita menyasarkan golongan pengguna jalan raya khususnya di sekitar Lembah Klang untuk menggunakan perkhidmatan ini,” katanya ketika di temui di pejabat Tricubes di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pada peringkat awal, beberapa projek perintis telah pun mula dilaksanakan di lokasi-lokasi jalan raya yang sering mengalami kesesakan.

Bagi tujuan tersebut, usahasama akan dijalankan dengan beberapa syarikat telekomunikasi tempatan yang bakal mengendalikan sistem itu kelak.

Selain itu, perbincangan akan turut diadakan bersama beberapa syarikat swasta untuk mendapatkan sokongan penajaan menerusi pengiklanan bagi mengurangkan kos yang perlu ditanggung oleh pengguna.

Ia juga secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada syarikat-syarikat terlibat mengiklankan produk mereka secara terus kepada pengguna.

Melihat dari sudut teknikal, teknologi tersebut menawarkan sistem kawalan trafik pintar melalui rakaman data secara video untuk dimaklumkan kepada pengguna jalan raya.

Secara keseluruhannya, pelaksanaan sistem tersebut mempunyai matlamat membantu pengguna jalan raya mendapatkan maklumat kesesakan dalam masa nyata dan seterusnya merancang perjalanan mereka dengan mencari laluan alternatif.

Menerusi cara itu, penjimatan dari segi masa dan penggunaan petrol juga dapat dilakukan selain mampu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya serta pencemaran yang diakibatkan oleh kesesakan lalu lintas.

Aplikasinya sangat mudah kerana pengguna hanya perlu mendapatkan maklumat keadaan jalan raya dari telefon bimbit mereka secara mobiliti.

Sebelum menggunakan aplikasi berkenaan, pengguna perlu memastikan telefon bimbit mereka menyokong sambungan rangkaian internet sama ada menerusi Perkhidmatan Radio Paket (GPRS), Generasi Ketiga (3G) atau Wi-Fi.

Untuk memulakannya, pengguna perlu mengakses masuk ke portal WAP khas yang berkaitan sebelum memilih nama jalan.

Kemudian, klip video mengenai keadaan trafik terkini di jalan yang telah dipilih akan dipaparkan selama lebih kurang lima hingga sepuluh saat. Akhir sekali, skrin akan memaparkan iklan produk daripada syarikat yang telah mengambil bahagian sebagai penaja.

Menerusi pengenalan perkhidmatan teknologi moden tersebut, adalah diharapkan masalah kesesakan jalan raya di ibu kota dapat ditangani dengan baik.

Canggih, Canggih berita, Canggih kini, Canggih dunia, Canggih asia, Canggih malaysia, Canggih melayu, Canggih indon, Canggih indonesia, Canggih kl, Canggih foto, Canggih gambar, Canggih bf1, berita dunia, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik, berita-berita, beritakini, beritadunia, beridaasia, beritamalaysia, beritamelayu, beritaindon, beritaindonesia, beritakl, beritafoto, beritagambar, beritaterkini, beritaweb, beritaharian, beritabaru, beritabf1, beritatv, berita8, beritagay, beritapenting, beritabulan, beritakasa, beritaawas, berita2, beritascander, beritajalan, beritamaju, beritasukan, berita kini, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita foto, berita gambar, berita terkini, berita web, berita harian, berita baru, berita bf1, berita tv, berita 8, berita gay, berita penting, berita bulan, berita kasa, berita awas, berita scander, berita jalan, berita maju, berita sukan, berita, kini, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, kl, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, bf1

Labah-labah guna cahaya pikat kekasih

du_05.1

Labah-labah guna cahaya pikat kekasih

Labah-labah rupa-rupanya ‘mengurat’ bakal teman hidupnya dengan menggunakan sejenis cahaya yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia sendiri, menurut kajian pasukan saintis Singapura.

Penyelidik malah mendapati si jantan sejenis labah-labah pelompat Phintella vittata mengguna pakai sinaran ultra violet (UV) kelas B berbanding A untuk memudahkan komunikasi dengan pasangan betina.

UV A lazimnya digunakan haiwan untuk berkomunikasi namun penemuan itu merupakan bukti pertama UV B juga diaplikasikan, kata kajian tersebut yang diterbitkan dalam jurnal keluaran terbaru Current Biology.

Prof. Daiqin Li dari Universiti Kebangsaan Singapura berkata, si betina lebih tertarik dengan jantan yang ‘menghubunginya’ dengan UV B dan sinaran itu dipantulkan oleh si jantan menggunakan badannya.

“UV sama A dan B ialah pecahan halus sinaran matahari yang tidak dapat dilihat manusia tetapi sering digunakan haiwan dalam urusan komunikasi dan ia kelebihan lelabah yang ada mata kompleks,” katanya.

labah – labah, labah – labah musik, labah – labah video, labah – labah foto, labah – labah cinta, labah – labah berita, labah – labah awek, labah – labah kontraksi, labah – labah Hiburan, labah – labah malaysia, labah – labah Melayu, labah – labah Indon, labah – labah Indonesia, labah – labah gambar, labah – labah cerita, labah – labah pilihan, labah – labah kl, labah – labah bf1,Berita Hiburan musik, Berita Hiburan video, Berita Hiburan, Berita, Hiburan cinta, Berita Hiburan berita, Berita Hiburan awek, Berita Hiburan kontraksi, Berita Hiburan Hiburan, Berita Hiburan malaysia, Berita Hiburan Melayu, Berita Hiburan, Berita Hiburan Indonesia,Berita Hiburan gambar, Berita Hiburan cerita, Berita Hiburan pilihan, Berita Hiburan kl, Berita Hiburan bf1, Artis musik, Artis video, Artis foto,Artis berita, Artis awek, Artis kontraksi, Artis Hiburan, Artis malaysia, Artis Melayu, Artis Indon, Artis Indonesia, Artis gambar, Artis cerita, Artis pilihan, Artis kl, Artis bf1, Artis foto, Artis Indon, Artis cinta, hiburan malaysia, hiburan melayu, hiburan korea, hiburan jepun, hiburan

Serena ikut jejak langkah Venus

su_09.1

Serena ikut jejak langkah Venus

NEW YORK – Juara bertahan, Serena Williams mengikut jejak langkah kakaknya, Venus apabila mara ke pusingan ketiga Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat kelmarin.

Bekas pemain No. 1 dunia itu mudah menewaskan pemain Hungary, Melinda Czink 6-1, 6-1 dalam permainan yang hanya mengambil masa 53 minit.

Serena kini semakin hampir dalam misinya memburu rekod selaku pemain wanita pertama yang berjaya mempertahankan kejuaraan pada Terbuka Amerika Syarikat, sejak kali terakhir Venus melakukannya pada 2001.

“Saya suka bermain pada kejohanan Grand Slam dan saya percaya, saya sering bermain dengan baik pada kejohanan utama.

“Saya akan pastikan saya kurang melakukan kesilapan dan saya yakin, saya mampu untuk meraih kejayaan sekali lagi di sini,” kata Serena.

Pada pusingan ketiga, Serena akan menentang pemain Sepanyol, Jose Maria Martinez Sanchez yang terlebih dahulu menewaskan pemain Jerman, Angelique Kerber 7-5, 6-3.

Sementara itu, Venus yang diletakkan sebagai pilihan ketiga, mara selepas menewaskan rakan senegara, Bethanie Mattek-Sands 6-4, 6-2.

Turut mara ke pusingan ketiga kejohanan Grand Slam terakhir 2009 itu ialah pemain pilihan ketujuh, Vera Zvonareva dari Rusia dan pilihan kelapan, Victoria Azarenka dari Belarus.

Zvonareva menewaskan rakan senegara, Anna Chak- vetadze 3-6, 6-1, 6-1 manakala Azarenka menundukkan pemain Republik Czech, Barbora Zahlavova Strycova 6-2, 6-1.

serena, serena kini, serena terkini, serena terbaru, serena baru, serena skandal, gambar serena, foto serena, video serena, biodata serena, biografi serena, sejarah serena, web serena, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita tv, berita harian, berita gay, berita artis, berita hiburan, berita sukan, berita ekonomi, berita sains, berita teknologi, berita kesihatan, berita sejarah, berita politik, berita bf1, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, macam-macam, Bf-1, Serena, Venus, serena williams