Tag Archives: serangan

Serena lenyapkan ego Wozniacki

Serena lenyapkan ego Wozniacki

NEW YORK: Juara tiga kali, Serena Williams mengetepikan cabaran pemain nombor satu dunia, Caroline Wozniacki, kelmarin untuk membuat perhitungan menentang Samantha Stosur dalam final wanita Terbuka AS yang menjanjikan saat emosi.

Serena – juara 13 kali Grand Slam- berkata dia teruja mewakili Amerika Syarikat ketika sambutan ulang tahun ke-10 serangan 11 September 2001 yang menimbulkan kemarahan di New York apabila Menara Berkembar Pusat Dagangan Dunia musnah.

Tarikh 9-11 terutamanya, sungguh bermakna kepada saya kerana saya masih berada di sini sebagai warga Amerika dan masih kekal beraksi dalam kejohanan, katanya selepas menundukkan pilihan pertama Wozniacki 6-2, 6-4.

Stosur – naib juara Terbuka Perancis 2010 – mara ke final Grand Slam kedua dalam kariernya selepas menewaskan pemain bukan pilihan dari Jerman, Angelique Kerber 6-3, 2-6, 6-2.

Serena memburu kejuaraan Grand Slam ke-14 dan pertama sejak Wimbledon 2010.

Serena, lenyapkan, ego, Wozniacki, NEW YORK,Juara, tiga, kali, Serena Williams, cabaran, pemain, nombor, satu, dunia, Caroline Wozniacki, menentang, Samantha Stosur, final, wanita, Terbuka, AS,  saat, emosi, Serena, juara, Grand, Slam, teruja, mewakili, Amerika Syarikat, sambutan, ulang, tahun, serangan, kemarahan, New, York, berita sukan, berita dunia, berita tv, berita antarabangsa

Real belasah Ajax

Real belasah Ajax

MADRID – Real Madrid mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu Kumpulan D pada kempen Liga Juara-Juara selepas membelasah Ajax Amsterdam 3-0 di Santiago Bernabue awal pagi semalam.

Tiga gol yang diperoleh menerusi trio serangan, Cristiano Ronaldo pada minit ke-25, Kaka (41) dan Karim Benzema (49) sudah cukup untuk membantu kelab gergasi Sepanyol itu unggul sebagai pendahulu apabila mengumpul enam mata.

Keputusan itu ternyata menghadirkan rasa gembira buat penolong jurulatih Real, Aitor Karanka yang terpaksa mengambil alih tugas sebagai jurulatih selepas Jose Mourinho digantung tiga perlawanan.

“Kaka telah bergelut dengan prestasi tidak menentu selepas pulih daripada masalah kecederaan yang dialaminya sebelum ini tetapi apabila melihat corak permainannya hari ini (awal pagi semalam) telah membuatkan saya berasa gembira.

“Buat masa ini, kami (Real) tidak berada dalam bahaya. Kami beraksi dengan corak permainan kami yang tersendiri menerusi kekuatan yang kami miliki.

“Berjaya menjaringkan gol awal telah membuatkan kami bertambah yakin untuk melakarkan kejayaan,” kata Karanka.

Sementara itu, jurulatih Ajax, Frank De Boer terpaksa akur dengan kehebatan Real.

“Kami (Ajax) bermula dengan baik dan saya rasa kami berhak untuk memperoleh gol awal tetapi serangan balas Real memang suatu yang sukar untuk diatasi.

“Kami sedikit gugup dalam usaha untuk mengekang Real daripada mengawal bola di kawasan bahaya. Situasi tersebut menyebabkan saya rasa kurang senang,” jelas De Boer.

Real, belasah, Ajax, MADRID, Real Madrid, mengukuhkan, kedudukan, pendahulu, Kumpulan, kempen, Liga, Juara-Juara, membelasah, Ajax, Amsterdam, Santiago, Bernabue, awal, pagi, semalam, Tiga, gol, serangan, Cristiano Ronaldo, dunia, foto, gambar, gambar Real, harian, indon, indonesia, jerman, kejayaan, malaysia, mampu, melayu, minit, rakan, sejarah Real, sepanyol, Real, Real baru, Real kini, Real skandal, Real terbaru, Real terkini, terkini, Venus, video Real, web, web Real

Obama anjur majlis buka puasa

Obama anjur majlis buka puasa

WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) – Presiden AS, Barack Obama mengadakan majlis berbuka puasa di White House kelmarin.

Beliau menggunakan majlis itu untuk mengucapkan terima kasih kepada penduduk Islam yang berkhidmat untuk AS.

Obama juga menyatakan dalam majlis itu bahawa terdapat rakyat AS yang beragama Islam mati dalam serangan pengganas pada 11 September 2001 di negara ini.

Beliau memberitahu bahawa penduduk Islam di AS turut memberikan reaksi terhadap serangan pengganas yang berlaku di New York dan Washington.

Menurutnya, penduduk Islam di AS turut berkhidmat dalam tentera negara ini.

“Dalam tempoh sebulan, kita akan meraikan ulang tahun ke-10 serangan yang dahsyat yang membawa kesakitan yang amat sangat ke dalam hati kita,” kata Obama kepada komuniti masyarakat Islam di White House.

Obama menganjurkan majlis berbuka puasa untuk komuniti masyarakat Islam pada setiap tahun sama seperti yang dilakukan oleh George W. Bush semasa beliau berkuasa.

Obama, Obama asia, Obama baru, Obama berita Berita Asia, berita gay, berita harian, berita hiburan, berita indon, berita indonesia, berita kesihatan, berita kl, berita malaysia, Berita Malaysia dan Singapore, berita melayu, berita penting, berita politik, berita sains, berita sejarah, berita sukan, berita teknologi, berita terbaru, berita terkini, berita tv, Amerika, Syarikat, Presiden AS, Barack Obama, mengadakan majlis, berbuka, puasa, White House, Beliau,  majlis, mengucapkan, terima kasih, Islam, Obama, rakyat, AS, beragama, Islam, serangan, pengganas