Tag Archives: selebriti

Perkahwinan mewah anak bos F1

Perkahwinan mewah anak bos F1

LONDON – Kehidupan Petra Ecclestone, 23, yang merupakan anak bos perlumbaan kereta Formula satu (F1), Bernie Ecclestone dipenuhi dengan kekayaan, kemewahan dan dia begitu mudah mendapatkan semua barangan, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Justeru, tidaklah mengejutkan jika perkahwinan anak Bernie akan kelihatan mewah seperti mana gaya kehidupan keluarga itu. Petra akan mendirikan rumah tangga dengan tunangnya yang merupakan seorang usahawan dari Itali iaitu James Stunt minggu depan.

Bernie dipercayai membelanjakan £1.3 juta (RM6.4 juta) untuk meraikan perkahwinan yang diidamkan oleh Petra.

Menurut akhbar Mirror, perkahwinan mewah itu akan diadakan di Istana Odescalchi di Rom yang pernah menjadi tempat selebriti Tom Cruise dan Katie Holmes melangsungkan perkahwinan.

Penyanyi tersohor, Eric Clapton yang merupakan kawan rapat Bernie dipercayai menerima bayaran sebanyak £240,000 (RM1.1 juta) untuk membuat persembahan menyanyikan lagu pertama sebaik sahaja bakal pengantin itu menari sebagai suami isteri.

Kumpulan Black Eyed Peas dijadualkan akan menghiburkan tetamu di bahagian penyambut tetamu dan mereka dibayar sebanyak £750,000 (RM3.7 juta).

Sewa istana Itali pada abad ke-15 itu menelan kos £310,000 (RM1.5 juta) termasuk penginapan dan katering tetamu dan £40,000 (RM197,358) lagi dibelanjakan untuk acara percikan bunga api pada lewat malam.

dunia, perkahwinan, mewah, anak, perkahwinan mewah, mewah anak, Petra Ecclestone, Petra, Ecclestone, anak, bos, perlumbaan, kereta, Formula, satu, Bernie, Ecclestone, kekayaan, kemewahan, Eric Clapton, berita kl, berita malaysia, Berita Malaysia dan Singapore, berita melayu, berita penting, berita politik, berita sains, berita sejarah, berita sukan, berita teknologi, berita terbaru, berita terkini, Istana, Odescalchi, Rom, selebriti, Tom Cruise, Katie Holmes, melangsungkan, perkahwinan, Sewa, istana, Itali, James Stunt, anak, bos, F1, menari, suami, isteri

Air tasik kering kontang

du_01.1

Air tasik kering kontang

Tasik yang terdapat di sekeliling Hotel Lake Palace di Udaipur, India kering berikutan cuaca panas.

Sebelum ini, hotel mewah dengan kapasiti 83 bilik itu terkenal sebagai destinasi santai selebriti seperti Madonna dan bekas suaminya Guy Richie, aktres Nicole Kidman serta Mick Jagger.

Namun, musim kemarau yang melanda India menyebabkan hotel ternama di negeri Rajasthan itu terpaksa menggunakan kenderaan pacuan empat roda untuk membawa penginap.

“Kami tidak lagi menggunakan bot seperti dahulu,” kata pemilik hotel berkenaan, Lakshyaraj Singh Mewar.

“Tasik Pichola tempat hotel ini dibina kering berikutan hujan sedikit pada tahun lalu dan pengambilan air tasik untuk bekalan air minuman,” tambahnya.

Turut terjejas adalah bandar Udaipur yang digelar Venice Timur di mana 2.5 juta penduduknya bergantung sepenuhnya kepada sektor pelancongan untuk menyara hidup mereka.

Hotel Lake Palace menjadi terkenal setelah ia disiarkan dalam filem James Bond, Octopussy pada 1983.

Luar biasa, Luar biasa berita, Luar biasa kini, Luar biasa dunia, Luar biasa asia, Luar biasa malaysia, Luar biasa melayu, Luar biasa indon, Luar biasa indonesia, Luar biasa kl, Luar biasa foto, Luar biasa gambar, Luar biasa bf1, berita dunia, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik, berita-berita, beritakini, beritadunia, beridaasia, beritamalaysia, beritamelayu, beritaindon, beritaindonesia, beritakl, beritafoto, beritagambar, beritaterkini, beritaweb, beritaharian, beritabaru, beritabf1, beritatv, berita8, beritagay, beritapenting, beritabulan, beritakasa, beritaawas, berita2, beritascander, beritajalan, beritamaju, beritasukan, berita kini, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita foto, berita gambar, berita terkini, berita web, berita harian, berita baru, berita bf1, berita tv, berita 8, berita gay, berita penting, berita bulan, berita kasa, berita awas, berita scander, berita jalan, berita maju, berita sukan, berita, kini, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, kl, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, bf1

Lelaki paling kerdil

mainpix

Lelaki paling kerdil

DENGAN ketinggian kira-kira 61 sentimeter, Khagendra Thapa Magar hanya perlu menunggu empat bulan lagi untuk diisytiharkan sebagai lelaki paling kerdil di dunia. Tidak sabar-sabar menanti hari ulang tahun kelahirannya yang ke-18 Oktober depan, Khagendra dan keluarganya sudah menjalin hubungan dengan Guinness untuk mengambil alih secara rasmi gelaran itu daripada He Ping Ping dari China yang setinggi 74 sentimeter.

Bagaimanapun, Khagendra yang seberat 4.54 kilogram seolah-olah sudah menjadi selebriti di negara kelahirannya, Nepal. Tokoh politik turut ghairah untuk melihat Khagendra diiktiraf sebagai lelaki paling kerdil di dunia. Penduduk kampungnya pula menggelarnya ‘Buddha kecil’.

Dia dilahirkan 17 tahun lalu di daerah Baglung, 200 kilometer dari Kathmandu, ibu negara Nepal. Sejak kecil lagi keluarganya dapat berasakan dia akan menjadi terkenal dan berjaya dalam hidup walaupun kerdil.

“Ketika dilahirkan, beratnya hanya 600 gram,” kata ibunya, Dhana Maya Thapa Magar, 33.

“Ia seperti melihat anak ayam yang keluar dari telur yang baru menetas. Saya mengaku pada mulanya saya malu dan tidak mahu keluar rumah. Namun kini hanya kebanggaan yang tersemat di hati saya dan begitu mengharapkan dia dinamakan lelaki paling kerdil di dunia.” Walaupun punca kekerdilannya tidak pernah disahkan secara perubatan, namun doktor di Nepal yang memeriksa Khagendra percaya ia disebabkan oleh kelenjar pituitari yang tidak berfungsi. Jika tidak kerana masalah itu, dia dianggap sihat.

Sementara itu, keluarganya mewujudkan Yayasan Khagendra Thapa Magar untuk mempromosi usahanya bagi diisytiharkan lelaki paling kerdil di dunia. “Dia sudah terkenal di seluruh Nepal dan India,” kata bapanya, Rupp Abrader Thana Magyar, 36.

“Dia menyertai kumpulan tarian dan menjelajah ke beberapa tempat supaya orang boleh melihatnya. Dia melakukannya beberapa kali setahun dan kini kami berharap dia akan disahkan sebagai lelaki paling kerdil.” Menurut ibu bapanya, Khagendra berhenti membesar tahun lalu dan mereka menjangka ketinggiannya akan kekal seperti sekarang.

“Walaupun dia kecil, kami tetap bangga dengannya,” kata Rupp. Jika dia mengambil alih gelaran itu, Khagendra akan menggantikan tempat Ping Ping yang kini berusia 20 tahun dan menetap di wilayah Guade, China.

Khagendra memohon kepada Guinness pada 2006 ketika dia berusia 14 tahun, tetapi permohonannya ditolak kerana masih di bawah umur.

“Kami sudah menanti tiga setengah tahun. Hanya tinggal empat bulan sebelum impian itu tercapai. Ketika menemui Menteri Luar, Sujata Koirala baru-baru ini, dia berjanji untuk menyokong hasrat kami,” kata Rupp.

Khagendra yang menghadapi masalah untuk bersandar, baru-baru ini memasuki tadika di kampungnya untuk belajar menulis dan membaca. “Saya tinggal di sekolah dan belajar lima hari seminggu. Pada hujung minggu, saya pulang ke kedai buah-buahan ayah saya di Pokhara dan membantu mereka berniaga,” kata Khagendra.

Mengenai kegemarannya, Khagendra berkata, dia minat menonton rancangan karate di televisyen ketika di rumah dan menanam impian untuk menjadi penari paling terkenal di dunia sedikit masa lagi. Sejak mula mendapat tumpuan hampir empat tahun lalu, dia terbabit dengan pelbagai publisiti yang bertujuan mendapat pengiktirafan rasmi daripada Guinness.

“Sebaik saja saya dinobatkan sebagai lelaki paling kerdil, saya akan dapat memenuhi impian untuk melawat Amerika Syarikat. Saya boleh pamerkan tarian saya dan juga tunjukkan kecekapan saya dalam karate,” kata Khagendra. Walaupun perkembangan mentalnya tidak sama dengan rakan seusianya, Khagendra masih mempunyai perasaan terhadap gadis cantik.

“Satu daripada perkara yang paling menyeronokkan ketika mengikuti kumpulan tarian ialah saya boleh melihat gadis di Kathmandu.

“Mereka sungguh cantik dan pakaian mereka juga jauh berbeza dengan pakain gadis di kampung saya,” katanya.

Lelaki paling kerdil/barel, Lelaki paling kerdil/barel musik, Lelaki paling kerdil/barel video, Lelaki paling kerdil/barel foto, Lelaki paling kerdil/barel cinta, Lelaki paling kerdil/barel berita, Lelaki paling kerdil/barel awek, Lelaki paling kerdil/barel kontraksi, Lelaki paling kerdil/barel Hiburan, Lelaki paling kerdil/barel malaysia, Lelaki paling kerdil/barel Melayu, Lelaki paling kerdil/barel Indon, Lelaki paling kerdil/barel Indonesia, Lelaki paling kerdil/barel gambar, Lelaki paling kerdil/barel cerita, Lelaki paling kerdil/barel pilihan, Lelaki paling kerdil/barel kl, Lelaki paling kerdil/barel bf1,Berita Hiburan musik, Berita Hiburan video, Berita Hiburan, Berita, Hiburan cinta, Berita Hiburan berita, Berita Hiburan awek, Berita Hiburan kontraksi, Berita Hiburan Hiburan, Berita Hiburan malaysia, Berita Hiburan Melayu, Berita Hiburan, Berita Hiburan Indonesia,Berita Hiburan gambar, Berita Hiburan cerita, Berita Hiburan pilihan, Berita Hiburan kl, Berita Hiburan bf1, Artis musik, Artis video, Artis foto,Artis berita, Artis awek, Artis kontraksi, Artis Hiburan, Artis malaysia, Artis Melayu, Artis Indon, Artis Indonesia, Artis gambar, Artis cerita, Artis pilihan, Artis kl, Artis bf1, Artis foto, Artis Indon, Artis cinta, hiburan malaysia, hiburan melayu, hiburan korea, hiburan jepun, hiburan