Tag Archives: sejarah rizal tisin

Dilema Mohd. Rizal Tisin, jaguh Asia

su_01.1

Dilema Mohd. Rizal Tisin, jaguh Asia

PEMEGANG rekod Asia bagi acara satu kilometer ujian masa, Mohd. Rizal Tisin (gambar) kini berada dalam keadaan dilema.

Jaguh lumba basikal trek itu semakin risau dan bimbang prestasinya akan merosot kerana belum mendapat kata putus mengenai tarikh untuk kembali berlatih di Melbourne di bawah kendalian ketua jurulatih kebangsaan, John Beasley.

Pelumba kelahiran Klang itu berkata, terdapat kemungkinan beliau akan kembali ke Melbourne penghujung bulan ini seperti yang di maklumkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) namun keputusan itu belum ada kata putus.

“Rakan-rakan yang lain telah pun menjalani latihan di Melbourne sejak bulan lepas dan yang terbaru, pelumba pelapis, Mohd. Adiq Hussainie Othman sudah berlepas semalam (kelmarin),” katanya kepada Bernama semalam.

Mohd. Rizal berkata, beliau kini hanya menjalani latihan di bawah kendalian seorang jurulatih kebangsaan, Mohd. Fairuz Izni Abdul Ghani di Bukit Jalil.

“Saya juga tidak dibekalkan dengan program latihan daripada Beasley selepas Kejohanan Berbasikal Asia di Indonesia bulan lepas, jadi latihan saya sekadar mengekalkan tahap kecergasan sahaja,” katanya.

Mengenai ketiadaan acara satu kilometer ujian masa di Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China, Mohd. Rizal berharap penganjur akan menyenaraikan acara itu.

“Saya berhasrat untuk memenangi pingat emas kerana kali terakhir sukan lumba basikal memenanginya ialah pada era 1970-an,” katanya.

Mohd. Rizal berkata, jika penganjur berkeras juga, harapannya untuk mengharumkan nama negara adalah pada Sukan Komanwel yang juga berlangsung pada tahun depan.

“Namun peluang untuk memenangi emas adalah sukar kerana terdapat pelumba-pelumba dari Britain yang sememangnya handal dalam acara trek,” katanya.

rizal tisin, rizal tisin kini, rizal tisin terkini, rizal tisin terbaru, rizal tisin baru, rizal tisin skandal, gambar rizal tisin, foto rizal tisin, video rizal tisin, biodata rizal tisin, biografi rizal tisin, sejarah rizal tisin, web rizal tisin, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita tv, berita harian, berita gay, berita artis, berita hiburan, berita sukan, berita ekonomi, berita sains, berita teknologi, berita kesihatan, berita sejarah, berita politik, berita bf1, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, macam-macam, Bf-1, Mohd Rizal Tisin, Rizal tisin, lumba basikal