Tag Archives: sebuah

Ibu rantai anak lelaki selama 23 tahun

Ibu rantai anak lelaki selama 23 tahun

CHONGQING – Seorang ibu mengikat anak lelakinya yang sakit mental dengan rantai dalam keadaan bogel di dalam sebuah bangsal yang buruk di sini sejak 23 tahun lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Ibu itu, Xiao Anrong yang berusia 76 tahun mahu anaknya itu, Tang Zuhua yang berumur 40 tahun dijaga oleh seseorang selepas dia meninggal dunia.

Menurutnya, dia merantai anaknya itu demi kebaikannya.

Dia berkata, anaknya akan mengoyakkan pakaian yang diberikan kepadanya.

Menurut ibu itu, anaknya akan membahayakan dirinya sendiri jika dia tidak dirantai.

Dia berkata, jiran-jirannya juga telah mendermakan makanan untuk anaknya itu.

Anaknya itu tidur di atas lantai kerana ibunya tidak mampu membeli jerami untuk dijadikan alas tidur.

Anrong berkata, anaknya itu mula bertindak ganas semasa dia berumur 17 tahun dengan membaling pelbagai barang menyebabkan keputusan untuk merantainya dibuat.

Sejak dua orang lagi anaknya yang normal meninggalkan rumah, Anrong perlu menjaga Zuhua seperti memandikannya, memotong rambut, membersihkan tempat tinggal dan memberi makanan dengan menggunakan duit pencennya bulanan 166.57 yuan (RM78) sebulan.

Namun, selepas dirantai selama 23 tahun, Zuhua tidak mampu berjalan dengan baik kerana otot kakinya jarang bergerak.

Ibu, rantai, anak, lelaki, tahun, CHONGQING, mengikat, anak, lelaki, sakit, mental, rantai, keadaan, bogel, dalam, sebuah, bangsal, buruk, sini sejak, tahun, lalu, Xiao Anrong, berusia tahun, Tang Zuhua, berumur, meninggal, dunia, dia, merantai, anak, demi kebaikan, anaknya, mengoyakkan, pakaian, membahayakan, dirinya, sendiri, dirantai, jiran, jirannya, mendermakan, makanan, Anaknya, tidur, atas, lantai, ibunya, membeli, jerami, alas, tidur, Anrong, baling,rumah, Anrong, Zuhua, memandikannya, memotong rambut, membersihkan, duit, pencennya, bulanan,Zuhua, berjalan, otot, kakinya, jarang, bergerak

Kolam renang paling padat di dunia

Kolam renang paling padat di dunia

DAYING, China – Lebih sejuta orang telah mengunjungi sebuah kolam renang gergasi yang dikenali dengan nama Laut Mati China dan terletak di sebuah taman tema air di sini, wilayah Sichuan.

Ramai pengunjung mandi di kolam tersebut walaupun ia dipenuhi dengan orang ramai pada cuti hujung minggu baru-baru ini.

Taman tema dalam bangunan itu merupakan taman tema air terbesar di China merangkumi kawasan seluas 30,000 meter persegi.

Laut buatan itu mengandungi 43 bahan mineral.

Ekoran kadar kemasinan kolam itu lebih 22 peratus, orang ramai akan mudah terapung sama seperti di Laut Mati di Asia Barat.

dunia, kolam, renang, kolam renang, paling, renang paling, padat, paling padat, padat dunia, dunia kolam, sejuta, orang, telah mengunjungi, sebuah, kolam, renang, gergasi, Laut Mati China, taman, tema, air, sini, wilayah, Sichuan, pengunjung, mandi, kolam, Taman tema, taman, tema, air, terbesar, China, merangkumi, kawasan, seluas, meter, persegi, berita antarabangsa. berita gambar, berita foto, berita dunia, berita terkini, berita asia, berita kl, berita kini, berita negara asia

Hosni dibicarakan walaupun terbaring

Hosni dibicarakan walaupun terbaring

KAHERAH – Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak mula dibicarakan semalam di sebuah mahkamah di sini berhubung dakwaan beliau melakukan rasuah dan mengarahkan pembunuhan para penunjuk perasaan.

Namun, dia terbaring di atas sebuah katil hospital yang terdapat di dalam sebuah kurungan di mahkamah berkenaan kerana sakit.

Stesen-stesen televisyen Mesir turut menyiarkan imej beliau terbaring itu.

Hosni turut mengangkat kepala untuk melihat proses perbicaraan itu.

Dua anak lelakinya, Gamal dan Alaa yang turut dibicarakan bersamanya berdiri di tepi katil Hosni dan bercakap dengannya.

Hosni diterbangkan dengan menggunakan sebuah pesawat tentera dari sebuah resort peranginan di Sinai menuju ke ibu kota Mesir, di sini untuk dibicarakan.

Di pekarangan mahkamah itu, berlaku pergelutan antara ratusan penyokong dan penentang bekas presiden itu.

Kawalan keselamatan amat ketat di luar bilik mahkamah berkenaan.

Ratusan anggota polis cuba memisahkan kumpulan penunjuk perasaan yang bergaduh.

Kumpulan penunjuk perasaan yang menyokong Hosni dan yang menentangnya saling membaling botol dan batu ke arah satu sama lain.

Sebelum pergaduhan itu berlaku, sekitar 50 penyokong pemimpin berusia 83 tahun itu melaungkan slogan sambil memegang potretnya di luar lokasi perbicaraan.

Hosni tinggal di sebuah resort di Sharm El Sheikh sejak beliau meletakkan jawatan pada 11 Februari lalu.

Beliau kemudian ditahan di sebuah hospital kawasan peranginan itu sejak April lalu.

Doktor-doktor menyatakan Hosni mengalami masalah jantung.

Hosni yang memerintah Mesir selama 29 tahun dijangka dihadapkan di sebuah mahkamah berkenaan di dalam sebuah kandang bersama beberapa tertuduh lain termasuk dua anak lelakinya dan seorang bekas menteri dalam negeri.

Dakwaan-dakwaan tersebut boleh membawa hukuman gantung sampai mati.

Hosni, Hosni berita, Hosni kini, Hosni dunia, Hosni  foto, Hosni gambar, Hosni bf1, berita dunia, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik, berita-berita, berita antarabangsa, Hosni, tinggal, di sebuah resort, Sharm El Sheikh,  meletakkan, jawatan, Februari, lalu, Beliau, sebuah, hospital, kawasan, peranginan, itu sejak April, lalu, Hosni, mengalami, masalah, jantung