Tag Archives: Schumacher micheal

Schumi akui sukar tawan Sepang

Schumi akui sukar tawan Sepang

SEPANG – Michael Schumacher berdepan persoalan yang sama apabila memulakan latihan bebas di Litar Sepang hari ini – sejauh mana dia mampu memberi cabaran selepas aksi hambar di Melbourne, minggu lalu.

Juara dunia tujuh kali itu berulang kali diajukan dengan soalan `apakah potensinya dan pasukan Mercedes apabila kembali beraksi pada Grand Prix Formula Satu Malaysia’, hujung minggu ini.

Schumacher, yang amat berharap dapat memperbaiki keputusan tempat keenam pada Grand Prix Bahrain dan ke-10 di Melbourne, tenang menjawab segala persoalan, meskipun bergelut di belakang rakan sepasukan, Nico Rosberg.

“Saya rasa cukup hebat dapat kembali dan amat bermotivasi. Saya gembira berada di sini.

“Mungkin, kami tidak memiliki kereta yang mampu memberi cabaran di baris depan, tetapi pasukan ini sedang berusaha keras ke arah itu, begitulah yang sering berlaku dalam Formula Satu.

“Saya sedar, semua orang sedang bercakap tentang keputusan saya tetapi saya fikir kami sedang melakukan yang terbaik ketika ini.

“Begitupun, saya tidak terkejut atau kecewa dengan segala kritikan. Saya juga seperti orang lain, kalau boleh saya ingin memuaskan hati semua orang, saya ingin memuaskan diri sendiri.

“Saya agak kecewa kerana pandangan saya berbeza dengan sesetengah media, tetapi sekurang-kurangnya semua orang bebas memberi pendapat. Saya gembira kerana telah melakukan yang sebaik mungkin dengan keupayaan pasukan,’’ kata pemandu veteran Jerman itu.

Schumacher, 41, dan Rosberg, 24, berdepan kesukaran untuk memberi cabaran kompetitif kepada pasukan utama seperti Red Bull, Ferrari dan McLaren.

Pemandu Jerman itu mengakui, banyak lagi perkara perlu dilakukan untuk membolehkan Mercedes lebih berdaya saing.

“Kalau boleh, saya ingin katakan bahawa kami berada pada posisi untuk memenangi perlumbaan di sini, tetapi sayangnya kami tidak berada pada kedudukan itu.

“Kami tidak kompetitif ketika ini, banyak pembangunan perlu dilakukan dan kami sedang bekerja keras,’’ katanya lagi.

Sementara itu Rosberg, yang 17 tahun lebih muda daripada Schumacher percaya, Mercedes, yang memenangi Grand Prix Malaysia di bawah nama Brawn GP musim lalu, tidak melakukan ujian yang cukup untuk memulakan awal musim dengan baik.

“Saya tidak fikir kami telah bekerja sekeras Ferrari, Red Bull atau McLaren pada pra musim, dan itu sebabnya kami berada pada kedudukan sekarang,’’ katanya.

Ketika ditanya perasaan berganding dengan pemandu legenda seperti Schumacher, sambil tersenyum Rosberg berkata: “Saya belajar beberapa helah baru dan ia adalah pengalaman yang hebat,’’ katanya.

schmacher Shumi, michaelschumacher, michael, chumacher michael, schummi, kehm Sabine, mschumacher, schumachers, schummacher michael, michaelschumaher, schumcher, shumacher micheal, chumacher, michael schumacer, schumacker michael, Schumacher micheal, scumacher michael, shumaher, shumacher michael, sumacher, michael schumaker, shcumacher, shumaker michael, schumager michael, schuhmacher michael, shumager, rennen, shumacker, schumaher,
scumacher, schumacer, shumacher, Schumacher, schmacher, schumaker, corinnatotal, f1total, formel1, rennfahrer, Ralf Schumacher, rennwagen, genfer lihat, fahrer, micael, schuhmacher, balap