Tag Archives: SAN MARTIN

Woods diumum duta Rolex

Woods diumum duta Rolex

SAN MARTIN, California – Tiger Woods (gambar) mendapat penajaan besar pertama sejak kejatuhannya dua tahun lalu, apabila mengumumkan perjanjian sebagai duta Rolex semalam.

Woods, 35, kehilangan lima penaja besar sepanjang tempoh dua tahun sejak skandal seks yang membawa kepada keruntuhan rumah tangganya didedahkan.

Dia sebelum ini mempunyai perjanjian jam tangan dengan Tag Heuer, yang kemudian menggugurkannya, dua bulan lalu.

Terma perjanjian bagaimanapun tidak didedahkan, namun dipercayai lebih daripada lima tahun. Woods sebelum itu mengumumkan satu perjanjian di Jepun, iaitu produk minyak panas syarikat Kowa Kowa Company Ltd., dan ia bersiap sedia secara eksklusif untuk pasaran Jepun.

Bagaimanapun perjanjian dengan Rolex lebih signifikan dan ia diumumkan pada hari Woods kembali dalam Jelajah PGA iaitu beraksi pada Terbuka Frys.com. Agennya di Excel Sports Management, Mark Steinberg berjanji, lebih banyak penajaan akan hadir.

“Ia sesuatu yang besar. Saya rasa ini menunjukkan bahawa orang masih bersama Tiger Woods,” kata Steinberg CordeValle ketika melihat Woods melakukan tee off dalam kejohanan Pro-Am, semalam.

Woods sudahpun kehilangan beberapa penajaan besar seperti AT&T, Accenture, Tag Heuer, Gatorade dan Gillette sejak kejatuhannya.

Steinberg berkata, Rolex adalah pengumuman pertama daripada beberapa lagi penajaan yang akan muncul, termasuk melibatkan beg golf Woods.

Woods meletakkan logo yayasannya pada beg golf sejak AT&T menggugurkannya sebulan selepas skandal seksnya dibongkar pada November, 2009. Kata Steinberg, perjanjian tersebut akan diumumkan seawal enam minggu dari sekarang.

Bekas jaguh No. 1 dunia dari Amerika Syarikat itu juga sedang berunding dengan Fry’s Electronics, pengeluar produk elektrik penajaan yang menaja kejohanan minggu ini biarpun rundingan ini sudah berjalan hampir setahun.

Rolex sebelum juga pernah menaja Woods menerusi produknya, Tudor pada tahun pertama dia bertukar kepada profesional.

Woods, diumum, duta, Rolex, SAN MARTIN, California, Tiger Woods, penajaan, besar, pertama, sejak, kejatuhan, dua, tahun, lalu, mengumumkan, perjanjian, duta, Rolex, semalam, berita dunia, berita foto, berita gambar, berita gay, berita harian, berita indon, berita indonesia, berita kini, berita kl, berita malaysia, berita melayu, berita penting, berita scander, berita sukan, berita terkini, berita tv, berita web, jam, tangan, Tag Heuer, menggugur, dua, bulan, Terma, perjanjian, daripada, lima, tahun, mengumumkan, satu, perjanjian, Jepun, produk, minyak, panas, syarikat, Kowa Kowa Company Ltd, eksklusif, pasaran, Jepun, perjanjian, Rolex, kembali, Jelajah, PGA, Terbuka, Frys.com, Excel, Sports, Management, Mark Steinberg

Woods dibaling hot dog

Woods dibaling hot dog

SAN MARTIN – Musim 2011 Tiger Woods terus dirundung malang apabila seorang peminat mencampakkan hot dog ke arahnya ketika pusingan akhir Terbuka Frys.com di Corde Valle, kelmarin.

Ketika insiden itu, Woods yang sedang bersiap sedia untuk meneruskan permainan pada lubang ke-16, tiba-tiba dikejutkan dengan tindakan seorang lelaki yang berada di kalangan penonton apabila membaling hot dog ke arah Woods.

Menyedari kejadian itu, Woods berundur daripada membuat pukulan. Lelaki terbabit menyerah diri kepada kakitangan keselamatan dan polis.

Pihak berkuasa tidak mendedahkan identiti lelaki tersebut, namun menyatakan dia berada dalam keadaan mabuk dan ditahan untuk membantu siasatan.

“Apabila saya melihat ke atas, hot dog melayang ke arah saya.

“Lelaki itu agak jauh dari kedudukan saya. Dia bagaikan sengaja ingin ditahan kerana dia terus meniarap dan meletakkan tangannya ke belakang badan.

“Saya fikir dia ingin mahu masuk surat khabar dan saya pasti hajatnya tercapai,” kata Woods, pemenang 14 kejuaraan major.

Woods, dibaling, hot dog, SAN MARTIN, Musim, Tiger Woods, malang, seorang, peminat, mencampakkan, hot dog, pusingan, akhir, Terbuka, Corde Valle, Ketika, insiden, itu, bersiap, sedia, permainan,lubang, tindakan, seorang, kalangan, penonton, membaling, hot, dog, arah, major, mabuk, kakitangan, keselamatan, polis, berita kl, berita malaysia, Berita Malaysia dan Singapore, berita melayu, berita penting, berita politik, berita sains, berita sejarah, berita sukan, berita teknologi, berita terbaru, berita terkini, berita tv