Tag Archives: Renault

Vettel semakin hampir pertahan kejuaraan

Vettel semakin hampir pertahan kejuaraan

MONZA, Itali – Pelumba Red Bull, Sebastian Vettel mengorak langkah dalam usaha mempertahankan kejuaraan dunia apabila muncul juara perlumbaan yang dicemari kemalangan pada Grand Prix Itali, semalam.

Kemenangan kelapan pemandu Jerman berusia 24 tahun itu terus melebarkan jurang mata Vettel pada tangga teratas dengan kelebihan 112 mata, selepas pencabar terdekat yang juga rakan sepasukan, Mark Webber terkeluar daripada perlumbaan akibat pelanggaran dengan pelumba Ferrari, Felipe Massa.

Dengan baki enam perlumbaan, kedudukan Vettel sebagai juara dunia semakin sukar dicabar.

Tempat kedua milik pelumba Britain, Jenson Button yang mengambil kesempatan daripada persaingan Lewis Hamilton dan Michael Schumacher bagi meraih kedudukan podium.

Juara dunia dua kali, Fernando Alonso memberikan keceriaan kepada penonton tuan rumah yang sememangnya memberikan sokongan kepada Ferrari, apabila mendapat tempat ketiga.

Kejayaan tempat ketiga meletakkan pelumba Sepanyol itu pada tempat kedua keseluruhan dengan pungutan 172 mata, lima mata mengatasi Button pada tangga ketiga.

Hamilton pula kecewa apabila gagal memintas Alonso pada pusingan terakhir bagi menamatkan perlumbaan pada tempat keempat sementara juara dunia tujuh kali, Schumacher menyerlah dengan kedudukan ke kelima.

Dua pemandu Team Lotus, Heikki Kovalainen dan Jarno Trulli menamatkan perlumbaan tempat ke-13 dan ke-14.

Pemandu baru Renault, Bruno Senna yang menggantikan Nick Heidfeld, menghadiahkan dua mata kepada pasukannya apabila menduduki tempat kesembilan.

Vettel, semakin, hampir, pertahan, kejuaraan, berita dunia, berita foto, berita gambar, berita gay, berita harian, berita indon, berita indonesia, berita kini, berita kl, berita malaysia, berita melayu, berita penting, berita scander, berita sukan, berita terkini, berita tv, berita web, Britain, Jenson Button, pelumba, Sepanyol, keseluruhan, pungutan, mata, mengatasi, Button, tangga, ketiga, pemandu, Team Lotus, Heikki Kovalainen, Jarno Trulli, perlumbaan, Pemandu, baru, Renault, Bruno Senna, Nick Heidfeld, menghadiahkan, dua, mata, menduduki, kesembilan

Renault terlepas aksi GP Eropah

su_09.1

Renault terlepas aksi GP Eropah

BUDAPEST – Malang terus menimpa pasukan Renault apabila mereka digantung daripada menyertai perlumbaan Grand Prix (GP) Eropah di Valencia, 23 Ogos depan.

Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) mengenakan hukuman tersebut dengan alasan Renault tidak menghormati peraturan keselamatan selepas salah satu tayar jentera Fernando Alonso tercabut ketika beraksi pada GP Hungary kelmarin.

“Renault digantung daripada perlumbaan seterusnya dalam kejuaraan 2009,” kata FIA dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Pasukan dari Perancis itu bagaimanapun mengumumkan mereka akan membuat rayuan.

“Pasukan Formula Satu (F1) Renault secara rasmi ingin membuat rayuan terhadap hukuman yang dibuat oleh pegawai perlumbaan,” kata Renault dalam surat yang diserahkan kepada FIA.

FIA sebelum ini telah meminta Renault menjelaskan kenapa Alonso dibenarkan meninggalkan pit meskipun salah satu skru tayarnya tidak dipasang dengan betul.

Dalam rakaman video dan radio, FIA mendapati Renault memang sedar salah satu skru terbabit longgar tetapi tetap membenarkan Alonso untuk meneruskan perlumbaan.

Menurut pengelola perlumbaan, tindakan Renault itu telah melanggar Artikel 3.2 Peraturan Sukan selain melanggar Artikel 23.1.i kerana membenarkan jentera meninggalkan pit sebelum jentera tersebut disahkan selamat meneruskan perlumbaan.

Alonso yang memulakan aksi di petak pertama pada GP Hungary lalu, terpaksa menamatkan perlumbaan lebih awal, sekali gus terlepas peluang untuk meraih kejuaraan pertama musim ini.

Renault ,Renault  berita, Renault  kini, Renault  dunia, Renault  asia,Renault  malaysia, Renault  melayu, Renault  indon, Renault  indonesia, Renault  kl, Renault  foto, Renault  gambar, Renault  bf1, berita dunia, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik, berita-berita, beritakini, beritadunia, beridaasia, beritamalaysia, beritamelayu, beritaindon, beritaindonesia, beritakl, beritafoto, beritagambar, beritaterkini, beritaweb, beritaharian, beritabaru, beritabf1, beritatv, berita8, beritagay, beritapenting, beritabulan, beritakasa, beritaawas, berita2, beritascander, beritajalan, beritamaju, beritasukan, berita kini, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita foto, berita gambar, berita terkini, berita web, berita harian, berita baru, berita bf1, berita tv, berita 8, berita gay, berita penting, berita bulan, berita kasa, berita awas, berita scander, berita jalan, berita maju, berita sukan, berita, kini, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, kl, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, bf1