Tag Archives: reka bentuk

IdeaPad U350 tampil bergaya

mainpix1

IdeaPad U350 tampil bergaya

Lenovo terap unsur fesyen semasa, teknologi terkini pada laptop terbaru

LENOVO menampilkan pembaharuan dalam penampilan komputernya menerusi laptop terbarunya, IdeaPad U350.

Bagi memenuhi cita rasa golongan muda yang gemarkan fesyen semasa, laptop ini menerapkan hasil seni pereka fesyen yang menyulam unsur corak pakaian pada penampilannya.

Lenovo juga mengekalkan keseimbangan penampilan itu dengan reka bentuk langsing yang kurang daripada 2.5 sentimeter dan ringan dengan hanya 1.6 kilogram.

Namun di sebalik kekemasan penampilannya, Lenovo tetap memberikan yang terbaik kepada pengguna dengan mempertingkat keupayaan produknya itu setahap ke hadapan apabila U350 dilengkapi pelbagai perisian terbaru dan teknologi terkini.

Antara keunikannya adalah pada skrin panel LED 13.3 inci yang mempunyai nisbah 16:9 berdefinisi tinggi untuk kejelasan paparan, DVD burner, pemain format Blu-Ray dam sambungan HDMI serta VGA untuk kepuasan tontonan video atau multimedia yang optimum.

mainpix2

Lenovo juga mengekalkan keseimbangan penampilan itu dengan reka bentuk langsing yang kurang daripada 2.5 sentimeter dan ringan dengan hanya 1.6 kilogram.

Namun di sebalik kekemasan penampilannya, Lenovo tetap memberikan yang terbaik kepada pengguna dengan mempertingkat keupayaan produknya itu setahap ke hadapan apabila U350 dilengkapi pelbagai perisian terbaru dan teknologi terkini.

Antara keunikannya adalah pada skrin panel LED 13.3 inci yang mempunyai nisbah 16:9 berdefinisi tinggi untuk kejelasan paparan, DVD burner, pemain format Blu-Ray dam sambungan HDMI serta VGA untuk kepuasan tontonan video atau multimedia yang optimum.

Pengguna pasti berpuas hati dengan teknologi pengesan cahaya Ambient yang diambil daripada desktop IdeaCentre untuk menyesuaikan paparan cahaya pada panel mengikut kesesuaian kecerahan keadaan persekitaran.

Ia diadun dengan sistem audio, Dolby Sound Room bagi meningkatkan kualiti audio.

U350 turut dilengkapi sambungan 3G yang menyokong sistem binaan dalaman WiFi bagi memberikan kemudahan kepada pengguna untuk mengakses internet tidak kira di mana saja dan pada bila-bila masa yang diperlukan.

Selain keupayaan melakukan panggilan Skype dan pesanan video menerusi kamera binaan dalamannya, pengguna tidak akan kecewa dengan perisian pengecaman wajah yang dibangunkan Lenovo sebelum ini.

Secara keseluruhannya ia dijana prosesor Intel Centrino2 bagi penggunaan voltan yang rendah, memori DDR3 yang berkelajuan lapan GigaBait (GB) dan storan pemacu kerasnya dengan kapasiti 500 GB.

Ia dilengkapi bateri yang mampu bertahan sehingga 10 jam bagi satu cas, sistem Active Protection untuk mengunci dan melindungi data yang disimpan dalam pemacu keras dan sistem penyelamat OneKey untuk tujuan menyelamatkan semula data yang musnah.

IdeaPad U350,IdeaPad U350 berita, IdeaPad U350 kini, IdeaPad U350 dunia, IdeaPad U350 asia,IdeaPad U350 malaysia, IdeaPad U350 melayu, IdeaPad U350 indon, IdeaPad U350 indonesia, IdeaPad U350 kl, IdeaPad U350 foto, IdeaPad U350 gambar, IdeaPad U350 bf1, berita dunia, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik, berita-berita, beritakini, beritadunia, beridaasia, beritamalaysia, beritamelayu, beritaindon, beritaindonesia, beritakl, beritafoto, beritagambar, beritaterkini, beritaweb, beritaharian, beritabaru, beritabf1, beritatv, berita8, beritagay, beritapenting, beritabulan, beritakasa, beritaawas, berita2, beritascander, beritajalan, beritamaju, beritasukan, berita kini, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita foto, berita gambar, berita terkini, berita web, berita harian, berita baru, berita bf1, berita tv, berita 8, berita gay, berita penting, berita bulan, berita kasa, berita awas, berita scander, berita jalan, berita maju, berita sukan, berita, kini, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, kl, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, bf1

Satelit pertama dunia mengelilingi NEqO

st_01.2

Satelit pertama dunia mengelilingi NEqO

Astronautic Technology (M) Sdn. Bhd. atau ATSB merupakan sebuah syarikat dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan DiPerbadankan di bawah seliaan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Ia telah ditubuhkan pada tahun 1997 dengan TiungSAT-1 sebagai projek pertamanya.

Setelah kejayaan pelancaran TiungSAT-1 dari Tapak Pelancar Kosmodrom, Baikonur, kerajaan telah mengorak langkah setapak lagi dalam pembangunan teknologi angkasa dengan mengadakan kerjasama di antara ATSB menerusi usahasama dengan sebuah syarikat Korea Selatan iaitu Satrec Initiative.

Usahasama ini termeterai pada tahun 2000 dengan permulaan program Medium sized Aperture Camera (MAC).

Objektif utama adalah untuk mereka bentuk dan menghasilkan sebuah sistem kamera remote sensing untuk kegunaan di angkasa lepas dengan resolusi 2.5 pankromatik dan 5 multi-spektral.

Sebagai permulaan seramai empat jurutera muda tempatan daripada pelbagai bidang kejuruteraan dipilih untuk menjalankan misi tersebut

Pada peringkat awal keperluan teknikal untuk pembangunan sistem kamera dikenalpasti.

Ini termasuk definisi dan spesifikasi sistem kamera berserta keperluan misi telah ditentukan.

Reka bentuk yang dipanggil Test Model telah dimulakan pada peringkat ini oleh jurutera bagi menentukan fungsi asas beroperasi, seperti dikehendaki.

Bagi membolehkan sistem kamera ini dibawa untuk beroperasi di angkasa, sebuah satelit diperlukan bagi membawanya.

Dengan itu, program MACSAT telah dilancarkan pada penghujung tahun 2001 dan untuk itu, seramai sepuluh orang jurutera tempatan telah dihantar ke Korea Selatan.

Objektif utama program satelit MACSAT adalah untuk mereka bentuk satelit bersaiz kecil pada kos yang kompetitif dan pencerapan imej Bumi di garisan Khatulistiwa dan membangunkan satelit bersaiz sederhana pada kos lebih rendah.

Kerajaan telah mengiktiraf kemajuan dan pencapaian program ini dengan lawatan oleh Perdana Menteri ketika itu Tun Dr. Mahathir Mohammad ke Korea Research Institute of Standard (KRIS) di Daejon bersama delegasi Malaysia termasuk Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar pada waktu itu, Datuk Seri Law Heng Deng dalam tahun 2002.

Dalam lawatan tersebut, Tun Dr. Mahathir telah diberi taklimat terkini mengenai pembangunan MACSAT.

Di sana model kejuruteraan bagi sistem MAC dan subsistem MACSAT turut dipamerkan.

Beberapa siri penyelarasan projek seperti System Design Review, Preliminary Design Review, Critical Design Review, Flight Model Manufacturing Readiness Review dan Operational Readiness Review telah diadakan sejak bermulanya program bagi memastikan sistem tersebut mematuhi keperluan teknikal yang telah diluluskan.

Sepanjang program berkenaan empat model telah dihasilkan untuk pembangunan MAC dan MACSAT iaitu Test Model, Engineering Model, Qualification Model dan Flight Model.

Tun Dr. Mahathir Mohammad telah mengadakan lawatan pada tahun 2003 ke ATSB bertempat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil dan telah menamakan satelit tersebut sebagai RazakSAT, sempena nama Perdana Menteri Malaysia kedua Allahyarham Tun Abdul Razak juga dikenali sebagai Bapa Pembangunan Negara.

Allahyarham merupakan bapa kepada Datuk Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang ke enam.

Setelah melalui pelbagai cabaran getir semasa proses mereka bentuk RazakSAT, Flight Model atau FM berjaya disiapkan pada tahun 2004 dan dihantar ke KARI (Korean Aerospace Research Institute) untuk pengujian peringkat akhir atau ‘environmental test‘.

Pengujian berkenaan melibatkan ujian gegaran dan ukuran bagi mendapatkan Moment of Inertia and Center of Gravity dan ujian Thermal vacuum dan Thermal Cycling.

Ini untuk memastikan RazakSAT mampu untuk beroperasi dalam persekitaran ekstrem semasa pelancaran dan beroperasi di angkasa lepas dalam mencapai matlamat dan misinya.

Detik 25 Ogos 2005, merupakan saat bersejarah kepada negara kerana RazakSAT telah menjadi satelit pertama negara yang menjejakkan kaki ke tanah air.

RazakSAT telah ditempatkan di Bilik Bersih kelas 100,000 bagi tujuan ujian perisian, fungsi dan sistem operasi satelit.

Ini penting untuk memastikan persekitaran yang terkawal dari segi suhu, kelembapan dan kandungan zarah kecil seperti habuk yang boleh menjejaskan fungsi satelit dan kamera.

Pada tahun 2006, kerajaan telah mengambil inisiatif baru dengan mengadakan program penentukuran RazakSAT.

Program berkenaan bertujuan mengadakan pengujian lanjutan dan penataan rapi sistem optikal untuk memastikan imej RazakSAT mengikut piawaian antarabangsa dan diterima di peringkat global.

Ini dimulakan dengan pembangunan peralatan penentukuran yang dikenali sebagai Universal Automatic Rotating Table yang telah dibangunkan oleh ATSB melalui kepakaran jurutera tempatan.

Seterusnya program berkenaan disambung kepada radiometric preflight calibration pada awal tahun 2008 di Pusat Angkasa Negara Banting, Selangor.

Inisiatif awal untuk in-flight calibration telah dijalankan pada tahun yang sama, iaitu proses penentukuran RazakSAT semasa di orbit.

Integrasi dan pengujian sebelum pelancaran telah dijalankan pada Disember 2008 sehingga Februari 2009 dan RazakSAT telah dihantar ke ATSB untuk pengujian akhir sebelum misi penghantaran ke tapak pelancaran dilakukan.

Seterusnya pada 21 Mac 2009, RazakSAT telah dihantar ke Kwajalein Atoll di Republic of The Marshall Islands dengan khidmat pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia melalui Pangkalan Tentera Udara Subang telah disempurnakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Maximus Ongkili.

Seterusnya pesawat C-130 singgah di Kota Kinabalu dan RazakSAT disambut oleh Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah, Datuk Yee Moh Chai sebelum ke tapak pelancaran.

Pada 12 Julai 2009, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) MOSTI, Datuk Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad dan pegawai kanan kementerian tiba di Guam untuk menyaksikan pelancaran bersejarah satelit itu menerusi siaran langsung yang disiarkan laman web.

Satelit RazakSAT bersama pelancarnya, Falcon 1, yang dikendalikan oleh Space Exploration Technologies (SpaceX), Amerika Syarikat (AS) ketika itu ditempatkan di tapak pelancaran di Pulau Omelek.

Tepat jam 11.35 pagi waktu tempatan pada 14 Julai 2009 menyaksikan pelancaran RazakSAT berlepas ke ruang angkasa.

Selepas 20 minit dilancarkan, RazakSAT memasuki Orbit Hampir Khatulistiwa (NEqO) untuk menjadi satelit pencerapan bumi pertama dilancarkan ke NEqO

Pegawai-pegawai MOSTI yang diketuai Timbalan Menteri, Fadillah Yusof menyaksikan pelancaran di Pusat Angkasa Negara di Banting dan mengadakan tele-persidangan dengan kumpulan saintis di Guam melalui siaran web.

Kegembiraan dapat dilihat apabila satelit berjaya dilancarkan ke angkasa selepas keadaan cuaca yang pada awalnya kurang memuaskan di tapak pelancaran.

Ketua Pegawai Eksekutif ATSB, Datuk Dr. Ahmad Sabirin Arshad menyifatkan pelancaran berkenaan merupakan kejayaan yang amat dinantikan dan kini negara mempunyai infrastruktur angkasa setanding dengan negara maju tetapi dengan kos yang kompetitif.

ATSB akan terus mengorak langkah dalam memasarkan teknologi RazakSAT ke peringkat global.

Pelancaran satelit ini mencatat sejarah bukan hanya kepada negara tetapi juga kepada dunia.

mengelilingi NEqO,mengelilingi NEqO berita, mengelilingi NEqO kini, mengelilingi NEqO dunia, mengelilingi NEqO asia,mengelilingi NEqO malaysia, mengelilingi NEqO melayu, mengelilingi NEqO indon, mengelilingi NEqO indonesia, mengelilingi NEqO kl, mengelilingi NEqO foto, mengelilingi NEqO gambar, mengelilingi NEqO bf1, berita dunia, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik, berita-berita, beritakini, beritadunia, beridaasia, beritamalaysia, beritamelayu, beritaindon, beritaindonesia, beritakl, beritafoto, beritagambar, beritaterkini, beritaweb, beritaharian, beritabaru, beritabf1, beritatv, berita8, beritagay, beritapenting, beritabulan, beritakasa, beritaawas, berita2, beritascander, beritajalan, beritamaju, beritasukan, berita kini, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita foto, berita gambar, berita terkini, berita web, berita harian, berita baru, berita bf1, berita tv, berita 8, berita gay, berita penting, berita bulan, berita kasa, berita awas, berita scander, berita jalan, berita maju, berita sukan, berita, kini, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, kl, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, bf1