Tag Archives: rebat

Pakej rangsangan rumah pelacuran

4_1

Pakej rangsangan rumah pelacuran

Tempoh masa yang lama tidak diperlukan oleh krisis kewangan dunia untuk menjejaskan profesion paling tua di Jerman. Jerman yang membenarkan industri pelacuran kini melaksanakan pakej rangsangan bagi meningkatkan perniagaan berikutan penurunan permintaan daripada pelanggan.

Beberapa rumah pelacuran mengurangkan harga dan mengadakan promosi secara percuma selain memperkenalkan kadar bayaran purata.

Bas-bas pengantara percuma dan potongan harga untuk penduduk yang berumur serta pemandu teksi turut diperkenalkan oleh rumah-rumah pelacuran.

“Waktu sukar untuk kami,” kata seorang pengurus sebuah rumah pelacuran di Hanover, Karin Ahrens. Wanita itu memberitahu pendapatannya menurun sebanyak 30 peratus.

“Anda tidak boleh mengenakan bayaran tambahan dan terdapat tekanan untuk mengurangkan harga. Promosi khas amat penting buat masa ini,” katanya. Beberapa idea menarik digunakan oleh rumah pelacuran termasuk memperkenalkan kad kesetiaan, parti seks dan rebat untuk pemain golf.

Seorang pengurus di sebuah rumah pelacuran di Hamburg, GeizHaus berkata, pelanggan tetap yang kerap datang dua atau tiga kali seminggu kini berkunjung cuma sekali atau dua kali seminggu.

Seorang pengurus sebuah lagi rumah pelacuran di Berlin, Ecki Krumeich berkata, dia menghadapi tekanan untuk mengurangkan harga walaupun pelanggan tua dan pemandu teksi mendapat diskaun sebanyak 50 peratus pada Ahad serta Isnin.

“Kami akan terus memantau situasi ekonomi dan membuat pelan kecemasan” katanya yang mengendalikan 70 pelacur.

rumah pelacuran, rumah pelacuran musik, rumah pelacuran video, rumah pelacuran foto, rumah pelacuran cinta, rumah pelacuran berita, rumah pelacuran awek, rumah pelacuran kontraksi, rumah pelacuran Hiburan, rumah pelacuran malaysia, rumah pelacuran Melayu, rumah pelacuran Indon, rumah pelacuran Indonesia, rumah pelacuran gambar, rumah pelacuran cerita, rumah pelacuran pilihan, rumah pelacuran kl, rumah pelacuran bf1,Berita Hiburan musik, Berita Hiburan video, Berita Hiburan, Berita, Hiburan cinta, Berita Hiburan berita, Berita Hiburan awek, Berita Hiburan kontraksi, Berita Hiburan Hiburan, Berita Hiburan malaysia, Berita Hiburan Melayu, Berita Hiburan, Berita Hiburan Indonesia,Berita Hiburan gambar, Berita Hiburan cerita, Berita Hiburan pilihan, Berita Hiburan kl, Berita Hiburan bf1, Artis musik, Artis video, Artis foto,Artis berita, Artis awek, Artis kontraksi, Artis Hiburan, Artis malaysia, Artis Melayu, Artis Indon, Artis Indonesia, Artis gambar, Artis cerita, Artis pilihan, Artis kl, Artis bf1, Artis foto, Artis Indon, Artis cinta, hiburan malaysia, hiburan melayu, hiburan korea, hiburan jepun, hiburan

Orang kaya China banjiri London

du_04.1

Orang kaya China banjiri London

LONDON – Pelbagai gedung mewah di kawasan elit West End di sini kini menjadi tumpuan golongan kaya dari China untuk membeli-belah barangan berjenama yang mahal sehingga mengatasi kerabat diraja Arab dan jutawan Rusia.

Trend itu dilaporkan oleh beberapa syarikat rebat cukai yang merekodkan kedatangan pelancong China itu.

Pelancong itu berbelanja tiga hingga empat kali lebih banyak berbanding setahun lalu dan semasa Britain mengalami kemelesetan ekonomi.

Di Old Bond Street yang terkenal dengan butik fesyen dan perhiasan seperti De Beers dan Graff, pelanggan-pelanggan China dikatakan sudah memintas golongan berbelanja besar dari rantau Arab, Rusia, Amerika Syarikat (AS) dan hartawan Nigeria.

“Kami mencari barang jenama yang berkualiti baik,” kata Lilian Wang, 28, seorang pekerja bank dari Beijing ketika ditemui di Oxford Street, salah satu kawasan tumpuan pelancong asing membeli-belah di sini.

“Saya tidak ghairah macam orang lain yang membeli sedozen beg jenama Louis Vuitton, tetapi saya yakin barang di sini lebih murah daripada Beijing.

“Mata wang pound Britain juga rendah,” kata wanita itu lagi.

Dengan membeli sut untuk suami berharga £900 (RM5,165), dia mampu membeli sepasang kasut sederhana £50 (RM287) untuk dirinya sendiri.

Warga China lebih gemar membeli barangan biasa yang membosankan dan mereka tidak tergoda dengan tawaran produk gaya hidup.

Pekedai-pekedai turut menggaji pekerja yang boleh berbahasa Mandarin untuk menarik pelanggan kaya China.

Seorang felo pengajian ekonomi di Universiti Oxford, Linda Yueh berkata, pertumbuhan pendapatan terutama kepada golongan atasan yang memacu dalam pengumpulan kekayaan masih lagi kukuh di China.

“Ini menyebabkan orang kaya dari China mungkin mendapati kelemahan nilai pound Britain sebagai salah satu tarikan untuk datang membeli-belah di London,” katanya.

china, china kini, china terkini, china terbaru, china baru, china skandal, gambar china, foto china, video china, biodata china, biografi china, sejarah china, web china, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita china, berita kl, berita tv, berita harian, berita gay, berita artis, berita hiburan, berita sukan, berita ekonomi, berita sains, berita teknologi, berita kesihatan, berita sejarah, berita politik, berita bf1, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, china, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, macam-macam, Bf-1,