Tag Archives: pungutan

Vettel semakin hampir pertahan kejuaraan

Vettel semakin hampir pertahan kejuaraan

MONZA, Itali – Pelumba Red Bull, Sebastian Vettel mengorak langkah dalam usaha mempertahankan kejuaraan dunia apabila muncul juara perlumbaan yang dicemari kemalangan pada Grand Prix Itali, semalam.

Kemenangan kelapan pemandu Jerman berusia 24 tahun itu terus melebarkan jurang mata Vettel pada tangga teratas dengan kelebihan 112 mata, selepas pencabar terdekat yang juga rakan sepasukan, Mark Webber terkeluar daripada perlumbaan akibat pelanggaran dengan pelumba Ferrari, Felipe Massa.

Dengan baki enam perlumbaan, kedudukan Vettel sebagai juara dunia semakin sukar dicabar.

Tempat kedua milik pelumba Britain, Jenson Button yang mengambil kesempatan daripada persaingan Lewis Hamilton dan Michael Schumacher bagi meraih kedudukan podium.

Juara dunia dua kali, Fernando Alonso memberikan keceriaan kepada penonton tuan rumah yang sememangnya memberikan sokongan kepada Ferrari, apabila mendapat tempat ketiga.

Kejayaan tempat ketiga meletakkan pelumba Sepanyol itu pada tempat kedua keseluruhan dengan pungutan 172 mata, lima mata mengatasi Button pada tangga ketiga.

Hamilton pula kecewa apabila gagal memintas Alonso pada pusingan terakhir bagi menamatkan perlumbaan pada tempat keempat sementara juara dunia tujuh kali, Schumacher menyerlah dengan kedudukan ke kelima.

Dua pemandu Team Lotus, Heikki Kovalainen dan Jarno Trulli menamatkan perlumbaan tempat ke-13 dan ke-14.

Pemandu baru Renault, Bruno Senna yang menggantikan Nick Heidfeld, menghadiahkan dua mata kepada pasukannya apabila menduduki tempat kesembilan.

Vettel, semakin, hampir, pertahan, kejuaraan, berita dunia, berita foto, berita gambar, berita gay, berita harian, berita indon, berita indonesia, berita kini, berita kl, berita malaysia, berita melayu, berita penting, berita scander, berita sukan, berita terkini, berita tv, berita web, Britain, Jenson Button, pelumba, Sepanyol, keseluruhan, pungutan, mata, mengatasi, Button, tangga, ketiga, pemandu, Team Lotus, Heikki Kovalainen, Jarno Trulli, perlumbaan, Pemandu, baru, Renault, Bruno Senna, Nick Heidfeld, menghadiahkan, dua, mata, menduduki, kesembilan