Tag Archives: projek

Masjidilharam dibesarkan lagi

Masjidilharam dibesarkan lagi

JEDDAH 22 Ogos – Pemimpin Arab Saudi, Raja Abdullah merasmikan pelancaran projek pembesaran Masjidilharam yang menelan kos AS$10.6 bilion (RM31.8 bilion), Jumaat lalu.

Projek itu bertujuan untuk membolehkan kompleks tersebut menampung kira-kira dua juta jemaah pada satu-satu masa, lapor akhbar Asharq al-Awsat.

Kira-kira 10,000 pekerja sedang bekerja siang dan malam di tapak seluas 400,000 meter persegi itu.

Projek tersebut melibatkan binaan tambahan berbilang tingkat di bahagian utara kompleks berkenaan, serta tangga dan terowong untuk memudahkan laluan jemaah ke masjid itu.

Masjidilharam telah diperbesarkan pada pertengahan 1980-an tetapi bilangan jemaah yang semakin bertambah bermakna satu lagi projek pembesaran diperlukan.

Lewat Jumaat lalu, Abdullah turut merasmikan Menara Jam Diraja Mekah setinggi 601 meter, mercu tanda terbaru yang membantu jemaah di tempat-tempat suci lain mengenal pasti kedudukan Masjidilharam.

Menara jam itu ialah bangunan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa, pencakar langit 828 meter yang dirasmikan di Dubai pada awal tahun lepas.

Masjidilharam, berita dunia, berita sukan, berita terkini, berita asia, berita tv, berita baru, berita foto, berita gambar, berita malaysia, berita eropah, berita web, berita kini, berita kini, berita politik, berita video, Pemimpin, Arab Saudi, Raja Abdullah, merasmikan, pelancaran, projek, pembesaran, menelan, kos, bilion, Jumaat, Burj Khalifa, kompleks, dua juta, jemaah, Asharq, al-Awsat, Menara jam, pencakar langit, mercu, terbaru, menelan, kos, malam, persegi, juta

Tikus gergasi dibunuh di New York

Tikus gergasi dibunuh di New York

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) – Seekor tikus gergasi dibunuh dengan menggunakan serampang peladang di sebuah kawasan perumahan di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang pekerja projek perumahan berkenaan, Jose Rivera, 48, sedang memusnahkan lubang tikus apabila tiga ekor tikus gergasi muncul baru-baru ini.

Seekor tikus itu sepanjang hampir satu meter termasuk ekor dengan badan haiwan itu dilitupi bulu putih dan ia kelihatan gemuk.

“Saya menikam tikus itu sekali tetapi ia masih bergerak lalu saya menikam haiwan itu sekali lagi dan ia mati,” kata Rivera.

Ketua Persatuan Penduduk Perumahan Marcy di Brooklyn di sini memberitahu, tikus gergasi beberapa kali dilihat berkeliaran di tempat mereka sejak sekurang-kurangnya enam tahun lalu.

Pakar-pakar haiwan mengenal pasti tikus raksaksa itu sebagai tikus spesies C. gambianos yang boleh membesar hingga satu meter dengan berat hampir dua kilogram.

Tikus itu boleh hidup selama tujuh atau lapan tahun.

Tikus, gergasi, dibunuh, New York, Amerika Syarikat, Seekor, tikus, gergasi, serampang, peladang, sebuah, kawasan, perumahan, sini, Seorang, pekerja, projek, perumahan, berkenaan, Jose Rivera,  lubang, tikus, tiga, ekor, tikus, gergasi, Seekor, tikus, sepanjang, hampir, satu, meter, ekor,  badan, haiwan, bulu, putih, kelihatan, gemuk, Marcy, Brooklyn, memberitahu, tikus, gergasi,  berkeliaran, tempat, sekurang, enam, tahun