Tag Archives: podium

Vettel juara jika naik podium

Vettel juara jika naik podium

SINGAPURA – Sebastian Vettel mengesahkan kejuaraan dunia Formula Satu musim lalu dengan memenangi perlumbaan terakhir, namun pelumba Jerman itu mungkin hanya memerlukan penamat podium di Singapura pada Ahad ini untuk merangkul kejuaraan dunia, ketika baki lima perlumbaan.

Mendahului senarai pelumba dengan kelebihan 112 mata selepas 13 daripada 19 perlumbaan, pelumba Red Bull berusia 24 tahun itu berpeluang dinobat juara dunia berganda paling muda selepas menikmati lapan kemenangan musim ini.

Vettel mampu mencapai impiannya pada hujung minggu ini jika dia menamatkan perlumbaan di Singapura dengan kelebihan 125 mata ke atas pencabar terdekat iaitu pelumba Ferrari, Fernando Alonso.

Begitupun, Vettel enggan terlalu yakin untuk bergelar juara pada hujung minggu ini.

“Melihat kepada perlumbaan, kejuaraan dunia masih jauh. Kami berada pada kedudukan yang kukuh, yang mana kami memang layak berada pada kedudukan tersebut kerana kami bekerja keras dan melakukan hanya sedikit kesilapan.

“Asalkan kami beraksi pada perlumbaan akan datang dengan kelebihan mata yang besar, ini bermakna kami melakukan tugas dengan baik, nanti kita saksikan,” katanya.

Alonso mengakui berdebar cabaran beraksi di litar Marina Bay sepanjang 5.073 kilometer, satu-satunya perlumbaan malam dalam kalendar F1 yang memasuki musim ketiga dan Vettel berhasrat untuk memperbaiki pencapaian tempat kedua tahun lalu.

“Saya sukakan litar ini. Ia sangat mencabar, banyak selekoh, ia sangat panjang serta cuacanya panas. Ia adalah perlumbaan malam, jadi banyak yang istimewa tentang Singapura.

“Jentera kami sangat kompetitif di sini, jadi saya harap kami dapat beraksi semula dan menang, ia pastinya akan menjadi saat yang istimewa,” katanya.

Vettel, juara, jika, naik, podium, SINGAPURA, Sebastian Vettel, kejuaraan, dunia, Formula, Satu, musim, lalu, memenangi, perlumbaan, terakhir, pelumba, Jerman, hanya, memerlukan, penamat, podium, Ahad, merangkul, kejuaraan, dunia, ketika, baki, lima, perlumbaan, berita malaysia, Berita Malaysia dan Singapore, berita melayu, berita penting, berita politik, berita scander, berita sukan, berita terkini, berita tv, berita web, berita-berita, berita awas, berita baru, berita bulan, berita dunia, berita foto, berita gambar, berita gay, berita Harian, berita indon, berita indonesia, berita kini, pelumba, Ferrari, Fernando Alonso