Tag Archives: Pluto berubah bf1

Pluto berubah jadi merah

Pluto berubah jadi merah

WASHINGTON 5 Feb. – Rupa bentuk Pluto kini berubah apabila dilihat bertukar warna manakala permukaan ais berubah di merata tempat.

Gambar terbaru yang dirakamkan Teleskop Angkasa Hubble menunjukkan objek angkasa yang sebelum ini dipanggil planet sebelum ‘turun pangkat’ kepada planet kerdil mengalami perubahan warna manakala selaput ais berganjak ke tempat lain.

Selain itu, gambar yang dikeluarkan oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) semalam, menunjukkan ia kelihatan lebih merah berbanding warnanya sebelum ini sejak berdekad lalu. Bagi orang biasa, ia mungkin nampak seperti campuran warna kuning dan jingga, tetapi ahli astronomi memberitahu ia sebenarnya adalah 20 peratus lebih merah sekarang.

Ia turut menunjukkan permukaan Pluto yang diselaputi ais kerana gas nitrogen, mengembang dan menguncup, menjadi semakin terang di utaranya dan bertukar kepada kelam di bahagian selatan.

Menurut ahli astronomi, perubahan itu berlaku lebih kerap berbanding mana-mana planet di sistem solar, dan ini merupakan sesuatu di luar jangkaan kerana satu musim di beberapa kawasan di Pluto sepatutnya ‘ selama 120 tahun.

“Perubahan yang dilihat terjadi dengan begitu cepat dan besar adalah merupakan sesuatu yang tidak dijangka,” kata seorang ahli astronomi dari Institut Penyelidikan Southwest, Marc Buie.

Daripada 1954 hingga 2000, Pluto tidak pernah berubah warna ketika gambarnya dirakam dari Bumi. Namun, selepas itu ia mula memperlihatkan beberapa perubahan apabila warna merahnya meningkat dari 20 ke 30 peratus, kata Buie lagi.

Jelasnya, dia boleh menerangkan tentang peningkatan warna merah itu, tetapi sukar untuk menyatakan punca perubahan pantas yang berlaku.

Sementara itu, analisis mendapati ais nitrogen planet itu berubah di luar jangkaan dari segi saiz dan ketebalan. Ini membuktikan cuaca yang amat sejuk di Pluto dengan suhu 230 darjah Celcius di bawah paras beku pada kawasan tompokan cerah manakala di kawasan bertompok gelap pula, Buie yakin cuacanya lebih hangat dengan suhu kira-kira 17 darjah Celcius.

Pluto berubah, Pluto berubah berita, Pluto berubah kini, Pluto berubah dunia, Pluto berubah asia, Pluto berubah malaysia, Pluto berubah melayu, Pluto berubah indon, Pluto berubah indonesia, Pluto berubah kl, Pluto berubah foto, Pluto berubah gambar, Pluto berubah terkini, Pluto berubah web, Pluto berubah harian, Pluto berubah baru, Pluto berubah bf1, berita bf1, berita bf1, berita kini, berita kini, berita malaysia, berita indon, berita indonesia, berita dunia, berita harian, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik,teknologi Pluto berubah,Pluto berubah ekonomi