Tag Archives: PGA

Woods diumum duta Rolex

Woods diumum duta Rolex

SAN MARTIN, California – Tiger Woods (gambar) mendapat penajaan besar pertama sejak kejatuhannya dua tahun lalu, apabila mengumumkan perjanjian sebagai duta Rolex semalam.

Woods, 35, kehilangan lima penaja besar sepanjang tempoh dua tahun sejak skandal seks yang membawa kepada keruntuhan rumah tangganya didedahkan.

Dia sebelum ini mempunyai perjanjian jam tangan dengan Tag Heuer, yang kemudian menggugurkannya, dua bulan lalu.

Terma perjanjian bagaimanapun tidak didedahkan, namun dipercayai lebih daripada lima tahun. Woods sebelum itu mengumumkan satu perjanjian di Jepun, iaitu produk minyak panas syarikat Kowa Kowa Company Ltd., dan ia bersiap sedia secara eksklusif untuk pasaran Jepun.

Bagaimanapun perjanjian dengan Rolex lebih signifikan dan ia diumumkan pada hari Woods kembali dalam Jelajah PGA iaitu beraksi pada Terbuka Frys.com. Agennya di Excel Sports Management, Mark Steinberg berjanji, lebih banyak penajaan akan hadir.

“Ia sesuatu yang besar. Saya rasa ini menunjukkan bahawa orang masih bersama Tiger Woods,” kata Steinberg CordeValle ketika melihat Woods melakukan tee off dalam kejohanan Pro-Am, semalam.

Woods sudahpun kehilangan beberapa penajaan besar seperti AT&T, Accenture, Tag Heuer, Gatorade dan Gillette sejak kejatuhannya.

Steinberg berkata, Rolex adalah pengumuman pertama daripada beberapa lagi penajaan yang akan muncul, termasuk melibatkan beg golf Woods.

Woods meletakkan logo yayasannya pada beg golf sejak AT&T menggugurkannya sebulan selepas skandal seksnya dibongkar pada November, 2009. Kata Steinberg, perjanjian tersebut akan diumumkan seawal enam minggu dari sekarang.

Bekas jaguh No. 1 dunia dari Amerika Syarikat itu juga sedang berunding dengan Fry’s Electronics, pengeluar produk elektrik penajaan yang menaja kejohanan minggu ini biarpun rundingan ini sudah berjalan hampir setahun.

Rolex sebelum juga pernah menaja Woods menerusi produknya, Tudor pada tahun pertama dia bertukar kepada profesional.

Woods, diumum, duta, Rolex, SAN MARTIN, California, Tiger Woods, penajaan, besar, pertama, sejak, kejatuhan, dua, tahun, lalu, mengumumkan, perjanjian, duta, Rolex, semalam, berita dunia, berita foto, berita gambar, berita gay, berita harian, berita indon, berita indonesia, berita kini, berita kl, berita malaysia, berita melayu, berita penting, berita scander, berita sukan, berita terkini, berita tv, berita web, jam, tangan, Tag Heuer, menggugur, dua, bulan, Terma, perjanjian, daripada, lima, tahun, mengumumkan, satu, perjanjian, Jepun, produk, minyak, panas, syarikat, Kowa Kowa Company Ltd, eksklusif, pasaran, Jepun, perjanjian, Rolex, kembali, Jelajah, PGA, Terbuka, Frys.com, Excel, Sports, Management, Mark Steinberg

Kaymer ikut jejak Woods

Kaymer ikut jejak Woods

ATLANTA, Georgia – Juara bertahan, Martin Kaymer dari Jerman akan turun beraksi pada Kejuaraan Golf PGA ke-93 esok dengan misi menyamai pencapaian Tiger Woods yang menjuarai kejohanan tersebut dua kali berturut-turut sejak ia mula dipertandingkan pada 1937.

Kaymer muncul juara edisi tahun lepas di Whistling Straits, namun berdepan cabaran untuk mengulanginya kali ini di lapangan yang panjang dan mencabar di Kelab Golf Atlanta Athletic.

“Ia adalah minggu yang penting bagi saya untuk mempertahan kejuaraan utama pertama saya,” kata Kaymer.

“Ia akan menjadi satu pertarungan yang menarik. Ia juga lapangan yang sukar, sangat panjang dan agak sempit.”

Kaymer yang memenangi satu-satunya gelaran tahun ini di Abu Dhabi (Januari lalu), akan cuba menyamai pencapaian Woods yang melakukannya dua tahun berturut-turut pada 1999-2000 dan 2006-2007.

Sebagai rekod, belum pernah ada pemain yang melakukannya sejak Denny Shute pada 1937.

“Saya rasa tidak ramai pemain yang mampu melakukannya catatan yang rendah,” kata Kaymer mengenai pencapaian terbaik di lapangan itu yang kali terakhir dicatat oleh David Toms pada PGA 2001 dengan 15 di bawah par 265.

“Saya boleh lihat bagaimana David Toms menang di sini. Dia bukan pemain yang memukul bola dengan jauh tetapi pukulannya sangat tepat.

“Begitupun, saya tidak rasa pemenang di sini boleh melakukan 15 atau 16 atau 18 di bawah par. Saya memang mahu melihatnya.”

Kaymer kini, Kaymer terkini, Kaymer terbaru, Kaymer baru, Kaymer skandal, gambar Kaymer, foto Kaymer, video Kaymer, biodata Kaymer, biografi Kaymer, sejarah Kaymer, web Kaymer, Kaymer antarabangsa, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita woods, ikut, kaymer ikut, jejak, ikut jejak, jejak woods, yang, Juara, bertahan, Martin, Kaymer, Jerman, beraksi, Kejuaraan, Golf, PGA, Kaymer, Whistling, Straits, Golf, Atlanta, Athletic, David Toms, Kaymer, ikut, jejak, Woods