Tag Archives: pertahan

Vettel semakin hampir pertahan kejuaraan

Vettel semakin hampir pertahan kejuaraan

MONZA, Itali – Pelumba Red Bull, Sebastian Vettel mengorak langkah dalam usaha mempertahankan kejuaraan dunia apabila muncul juara perlumbaan yang dicemari kemalangan pada Grand Prix Itali, semalam.

Kemenangan kelapan pemandu Jerman berusia 24 tahun itu terus melebarkan jurang mata Vettel pada tangga teratas dengan kelebihan 112 mata, selepas pencabar terdekat yang juga rakan sepasukan, Mark Webber terkeluar daripada perlumbaan akibat pelanggaran dengan pelumba Ferrari, Felipe Massa.

Dengan baki enam perlumbaan, kedudukan Vettel sebagai juara dunia semakin sukar dicabar.

Tempat kedua milik pelumba Britain, Jenson Button yang mengambil kesempatan daripada persaingan Lewis Hamilton dan Michael Schumacher bagi meraih kedudukan podium.

Juara dunia dua kali, Fernando Alonso memberikan keceriaan kepada penonton tuan rumah yang sememangnya memberikan sokongan kepada Ferrari, apabila mendapat tempat ketiga.

Kejayaan tempat ketiga meletakkan pelumba Sepanyol itu pada tempat kedua keseluruhan dengan pungutan 172 mata, lima mata mengatasi Button pada tangga ketiga.

Hamilton pula kecewa apabila gagal memintas Alonso pada pusingan terakhir bagi menamatkan perlumbaan pada tempat keempat sementara juara dunia tujuh kali, Schumacher menyerlah dengan kedudukan ke kelima.

Dua pemandu Team Lotus, Heikki Kovalainen dan Jarno Trulli menamatkan perlumbaan tempat ke-13 dan ke-14.

Pemandu baru Renault, Bruno Senna yang menggantikan Nick Heidfeld, menghadiahkan dua mata kepada pasukannya apabila menduduki tempat kesembilan.

Vettel, semakin, hampir, pertahan, kejuaraan, berita dunia, berita foto, berita gambar, berita gay, berita harian, berita indon, berita indonesia, berita kini, berita kl, berita malaysia, berita melayu, berita penting, berita scander, berita sukan, berita terkini, berita tv, berita web, Britain, Jenson Button, pelumba, Sepanyol, keseluruhan, pungutan, mata, mengatasi, Button, tangga, ketiga, pemandu, Team Lotus, Heikki Kovalainen, Jarno Trulli, perlumbaan, Pemandu, baru, Renault, Bruno Senna, Nick Heidfeld, menghadiahkan, dua, mata, menduduki, kesembilan

Chong Wei, Lin Dan bertembung lagi

Chong Wei, Lin Dan bertembung lagi

TOKYO – Seorang mahu pertahan kejuaraan, manakala seorang lagi mahu membalas dendam. Jelas masing-masing begitu bersungguh-sungguh untuk muncul juara.

Itu antara rencah yang menjadikan Kejohanan Badminton Terbuka Jepun cukup menarik untuk diberikan tumpuan minggu ini apabila juara bertahan, Datuk Lee Chong Wei dan musuh tradisinya, Lin Dan dijangka bertembung untuk sekian kalinya.

Jika prestasi pada Kejohanan Dunia di London baru-baru ini diambil kira, Lin Dan mempunyai peluang cerah untuk membalas dendam kekalahannya dalam tiga set di Tokyo tahun lalu.

Tetapi Chong Wei yang berbekalkan pengalaman menewaskan jaguh China terbabit pada Seluruh England pada Mac lalu, jelas tidak mahu terbawa-bawa dan terkesan dengan keka- lahan terbaharunya itu.

“Tahun ini, Terbuka Jepun menyambut ulang tahun ke-30 penganjurannya.

“Jadi saya tidak menyertai China Masters minggu lalu semata-mata untuk cuba memberikan tumpuan pada kejohanan ini. Saya benar-benar mahu menang dan mempertahankan kejuaraan di sini,” kata Chong Wei.

Pemain No. 1 dunia itu bakal memulakan kempen mempertahankan kejuaraan dengan bertemu pemain England, Rajiv Ouseph sebelum menantinya sama ada pemain Hong Kong, Wong Wing-ki atau pemain muda China, Wang Zhengming.

Turut menanti Chong Wei, 28, dalam laluannya bertemu Lin Dan di final adalah Taufik Hidayat dari Indonesia dan Peter Gade (Denmark).

Kesemua pemain bakal menjadikan Terbuka Jepun sebagai usaha permulaan untuk memungut mata bagi melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2012 di London.

Bagi Lin Dan, 27, yang bakal memulakan saingan menentang pemain Korea Selatan, Lee Hyung Il, kekalahannya di separuh akhir China Masters di tangan rakan senegara, Chen Jin tidak perlu dipersoalkan.

“Saya tidak mahu bercakap tentang cara saya bermain,” katanya.

Chen Jin kekal sebagai pencabar Lin Dan pada Terbuka Jepun kerana berada dalam laluannya sebelum ke final. Begitu juga juara China Masters, Chen Long.

Chong Wei, Lin Dan, bertembung, lagi, TOKYO, Seorang, mahu, pertahan, kejuaraan, membalas, dendam, Jelas, sungguh, muncul, juara, rencah, Kejohanan, Badminton, Terbuka, Jepun, cukup, menarik, tumpuan, minggu, juara, bertahan, Datuk Lee Chong Wei, musuh, tradisinya, Lin Dan, bertembung, sekian, kalinya, berita harian, berita hiburan, berita indon, berita indonesia, berita jalan, berita kasa, berita kawan, berita kini, berita kl, berita majalah, berita maju, berita malaysia, Berita Malaysia dan Singapore, berita melayu, berita penting, berita politik, berita scander, berita terkini, berita tv, berita web, berita-berita, beritaasia, beritaawas, beritabaru, beritabf1, beritabulan, beritadunia, beritafoto, beritagambar, beritagay, beritaharian, beritaindon, beritaindonesia, beritakini, beritakl, beritamalaysia, beritamelayu, beritapenting, beritascander, beritasukan, beritaterkini