Tag Archives: perkahwinan

Perkahwinan mewah anak bos F1

Perkahwinan mewah anak bos F1

LONDON – Kehidupan Petra Ecclestone, 23, yang merupakan anak bos perlumbaan kereta Formula satu (F1), Bernie Ecclestone dipenuhi dengan kekayaan, kemewahan dan dia begitu mudah mendapatkan semua barangan, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Justeru, tidaklah mengejutkan jika perkahwinan anak Bernie akan kelihatan mewah seperti mana gaya kehidupan keluarga itu. Petra akan mendirikan rumah tangga dengan tunangnya yang merupakan seorang usahawan dari Itali iaitu James Stunt minggu depan.

Bernie dipercayai membelanjakan £1.3 juta (RM6.4 juta) untuk meraikan perkahwinan yang diidamkan oleh Petra.

Menurut akhbar Mirror, perkahwinan mewah itu akan diadakan di Istana Odescalchi di Rom yang pernah menjadi tempat selebriti Tom Cruise dan Katie Holmes melangsungkan perkahwinan.

Penyanyi tersohor, Eric Clapton yang merupakan kawan rapat Bernie dipercayai menerima bayaran sebanyak £240,000 (RM1.1 juta) untuk membuat persembahan menyanyikan lagu pertama sebaik sahaja bakal pengantin itu menari sebagai suami isteri.

Kumpulan Black Eyed Peas dijadualkan akan menghiburkan tetamu di bahagian penyambut tetamu dan mereka dibayar sebanyak £750,000 (RM3.7 juta).

Sewa istana Itali pada abad ke-15 itu menelan kos £310,000 (RM1.5 juta) termasuk penginapan dan katering tetamu dan £40,000 (RM197,358) lagi dibelanjakan untuk acara percikan bunga api pada lewat malam.

dunia, perkahwinan, mewah, anak, perkahwinan mewah, mewah anak, Petra Ecclestone, Petra, Ecclestone, anak, bos, perlumbaan, kereta, Formula, satu, Bernie, Ecclestone, kekayaan, kemewahan, Eric Clapton, berita kl, berita malaysia, Berita Malaysia dan Singapore, berita melayu, berita penting, berita politik, berita sains, berita sejarah, berita sukan, berita teknologi, berita terbaru, berita terkini, Istana, Odescalchi, Rom, selebriti, Tom Cruise, Katie Holmes, melangsungkan, perkahwinan, Sewa, istana, Itali, James Stunt, anak, bos, F1, menari, suami, isteri

Noordin amal ilmu mistik?

du_01.1

Noordin amal ilmu mistik?

PAKAR bom Jemaah Islamiyah (JI), Noordin Mohammad Top dipercayai mengamalkan ilmu mistik Jawa atau mantera khas yang dapat memberi perlindungan kepadanya.

Sebuah akhbar melaporkan, Noordin mampu meraih simpati orang ramai sehingga ada yang sanggup melindunginya.

Noordin juga tidak menggunakan telefon bimbit bagi mengelak dikesan orang ramai dan menggunakan pembantu bagi menghantar atau menerima pesanan khidmat ringkas (SMS).

Graduan Universiti Teknologi Malaysia pada 1991 itu dipercayai meninggal dunia dalam satu serbuan pihak berkuasa Indonesia.

Noordin, 40, sebelum ini dipercayai melakukan beberapa serangan bom membabitkan kepentingan Barat termasuk bangunan Kedutaan Australia di Jakarta pada 2004.

Pihak polis percaya Noordin berkahwin sekurang-kurangnya dengan tiga wanita sejak menjadi buruan polis tujuh tahun lalu.

“Dia tahu bagaimana untuk mendekati hati rakyat setempat yang boleh memberinya perlindungan terutama bagi masyarakat yang mahu menjadikan Indonesia sebagai negara Islam,” kata pengkaji keganasan, Noor Huda Ismail.

Katanya, budaya melindungi itu diperkukuh melalui perkahwinan.

“Apabila berada dalam kumpulan itu, anggota pengganas lain turut berkahwin sehingga membentuk jaringan keluarga yang kuat dan setia. Keadaan itu banyak membantu menghasilkan pemuda yang sanggup melancarkan jihad,” kata Noor Huda lagi.

Pada minggu lalu, skuad antipengganas Densus 88 menahan wanita yang dipercayai isteri ketiga Noordin, Ari Aryani di Cilacap, Jawa Tengah.

Kata Aryani, dia tidak mengetahui suaminya menjadi buruan polis dan menyatakan suaminya bernama Abdul Halim yang bekerja sebagai guru di Solo.

Sebelum mengahwini Aryani, Noordin dipercayai berkahwin dengan Munfiatun di Surabaya, Jawa Timur pada 2004. Munfiatun ditahan pada 2005 sebelum dipenjara kerana melindungi suspek pengganas tetapi dibebaskan dua tahun kemudian kerana berkelakuan baik.

Polis percaya isteri pertama Noordin berasal di Rokan Hilir, Riau. Noordin dipercayai meninggal dunia dalam satu serbuan pihak berkuasa Indonesia di Temanggung setelah dikepung 16 jam.


Noordin, Noordin berita, Noordin kini, Noordin dunia, Noordin asia, Noordin malaysia, Noordin melayu, Noordin indon, Noordin indonesia, Noordin kl, Noordin foto, Noordin gambar, Noordin bf1, berita dunia, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik, berita-berita, beritakini, beritadunia, beridaasia, beritamalaysia, beritamelayu, beritaindon, beritaindonesia, beritakl, beritafoto, beritagambar, beritaterkini, beritaweb, beritaharian, beritabaru, beritabf1, beritatv, berita8, beritagay, beritapenting, beritabulan, beritakasa, beritaawas, berita2, beritascander, beritajalan, beritamaju, beritasukan, berita kini, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita foto, berita gambar, berita terkini, berita web, berita harian, berita baru, berita bf1, berita tv, berita 8, berita gay, berita penting, berita bulan, berita kasa, berita awas, berita scander, berita jalan, berita maju, berita sukan, berita, kini, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, kl, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, bf1