Tag Archives: perhiasan

Praktikal, elegan untuk si jelita

fe_08.1

Praktikal, elegan untuk si jelita

Seperti jenama Tous yang berasal dari Barcelona, Sepanyol, dilihat semakin unggul dalam menghasilkan perhiasan bergaya untuk wanita moden.

Terbaru jenama itu memperkenalkan koleksi aksesori dan barang kemas istimewa untuk musim luruh/sejuk 2009. Koleksi ini menampilkan perhiasan indah, unik, elegan dan berprestij dalam kelasnya.

Sebanyak 28 perhiasan mewah terdiri daripada kerongsang, anting-anting, gelang, tiara, rantai dan cincin dengan reka bentuk menarik menanti penggemarnya. Daripada jumlah tersebut 18 daripadanya adalah edisi terhad.

Menambahkan nilai eksklusif, Tous turut menggunakan batu kristal kuartz, adventurin, berlian, topaz serta emas kuning 18 karat atau perak.

Terdapat enam kategori diberi nama Prisma, Tul, Retro, Ever, Penta dan Joyeria de Autur yang masing-masing menampilkan kelainan dari segi reka bentuk bagi memenuhi cita rasa wanita yang pelbagai.

Selain itu, koleksi Tous kali ini dilihat lebih praktikal dan sesuai digayakan dalam apa jua majlis tidak kira formal mahupun ketika bersantai bersama rakan serta sahabat handai.

Setiap wanita pasti terpesona melihat reka bentuk kreatif pereka Tous yang lain dari yang lain. Untuk memudahkan pilihan, Tous juga menyediakan Look Book iaitu seakan katalog yang lengkap dengan gambar serta penerangan tentang setiap satu aksesori.


Hiasan wanita, Hiasan wanita berita, Hiasan wanita kini, Hiasan wanita dunia, Hiasan wanita asia, Hiasan wanita malaysia, Hiasan wanita melayu, Hiasan wanita indon, Hiasan wanita indonesia, Hiasan wanita kl, Hiasan wanita foto, Hiasan wanita gambar, Hiasan wanita bf1, berita dunia, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik, berita-berita, beritakini, beritadunia, beridaasia, beritamalaysia, beritamelayu, beritaindon, beritaindonesia, beritakl, beritafoto, beritagambar, beritaterkini, beritaweb, beritaharian, beritabaru, beritabf1, beritatv, berita8, beritagay, beritapenting, beritabulan, beritakasa, beritaawas, berita2, beritascander, beritajalan, beritamaju, beritasukan, berita kini, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita foto, berita gambar, berita terkini, berita web, berita harian, berita baru, berita bf1, berita tv, berita 8, berita gay, berita penting, berita bulan, berita kasa, berita awas, berita scander, berita jalan, berita maju, berita sukan, berita, kini, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, kl, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, bf1

Orang kaya China banjiri London

du_04.1

Orang kaya China banjiri London

LONDON – Pelbagai gedung mewah di kawasan elit West End di sini kini menjadi tumpuan golongan kaya dari China untuk membeli-belah barangan berjenama yang mahal sehingga mengatasi kerabat diraja Arab dan jutawan Rusia.

Trend itu dilaporkan oleh beberapa syarikat rebat cukai yang merekodkan kedatangan pelancong China itu.

Pelancong itu berbelanja tiga hingga empat kali lebih banyak berbanding setahun lalu dan semasa Britain mengalami kemelesetan ekonomi.

Di Old Bond Street yang terkenal dengan butik fesyen dan perhiasan seperti De Beers dan Graff, pelanggan-pelanggan China dikatakan sudah memintas golongan berbelanja besar dari rantau Arab, Rusia, Amerika Syarikat (AS) dan hartawan Nigeria.

“Kami mencari barang jenama yang berkualiti baik,” kata Lilian Wang, 28, seorang pekerja bank dari Beijing ketika ditemui di Oxford Street, salah satu kawasan tumpuan pelancong asing membeli-belah di sini.

“Saya tidak ghairah macam orang lain yang membeli sedozen beg jenama Louis Vuitton, tetapi saya yakin barang di sini lebih murah daripada Beijing.

“Mata wang pound Britain juga rendah,” kata wanita itu lagi.

Dengan membeli sut untuk suami berharga £900 (RM5,165), dia mampu membeli sepasang kasut sederhana £50 (RM287) untuk dirinya sendiri.

Warga China lebih gemar membeli barangan biasa yang membosankan dan mereka tidak tergoda dengan tawaran produk gaya hidup.

Pekedai-pekedai turut menggaji pekerja yang boleh berbahasa Mandarin untuk menarik pelanggan kaya China.

Seorang felo pengajian ekonomi di Universiti Oxford, Linda Yueh berkata, pertumbuhan pendapatan terutama kepada golongan atasan yang memacu dalam pengumpulan kekayaan masih lagi kukuh di China.

“Ini menyebabkan orang kaya dari China mungkin mendapati kelemahan nilai pound Britain sebagai salah satu tarikan untuk datang membeli-belah di London,” katanya.

china, china kini, china terkini, china terbaru, china baru, china skandal, gambar china, foto china, video china, biodata china, biografi china, sejarah china, web china, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita china, berita kl, berita tv, berita harian, berita gay, berita artis, berita hiburan, berita sukan, berita ekonomi, berita sains, berita teknologi, berita kesihatan, berita sejarah, berita politik, berita bf1, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, china, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, macam-macam, Bf-1,