Tag Archives: pelakon

Anak perempuan Schwarzenegger mahu tukar nama

Anak perempuan Schwarzenegger mahu tukar nama

LOS ANGELES 10 Ogos – Anak perempuan sulung pelakon Arnold Schwarzenegger mempertimbangkan untuk menukar nama keluarganya kerana menganggap ia terlalu gah untuk dikaitkan dengan dirinya.

Katherine, 21, membuat pertimbangan tersebut apabila memasuki kolej kelak.

“Saya terfikir untuk menukar nama keluarga kerana mahu keluar bersama lelaki.

“Menggunakan nama Schwarzenegger setiap hari sebagai nama akhir membuatkan saya terlampau memikirkannya,” katanya kepada Harper’s Bazaar.

Katanya, setiap lelaki yang berminat dengan sukan bina badan akan menyebut nama bapanya setelah mereka mengetahui nama akhirnya.

“Saya berasa seperti mereka sebenarnya mahu keluar bersama Arnold dan bukannya saya,” ujarnya.

Walaupun kini bapa dan ibunya, Maria Shriver berdepan dengan masalah keretakan rumah tangga, Katherine tetap berterima kasih kepada mereka kerana membesarkan dia serta adik beradiknya, Christina, 19; Patrick, 17 dan Christopher, 13.

“Saya percaya semua yang berlaku kini mempunyai sebab yang tersendiri dan akan memahaminya apabila semuanya selesai,” katanya.

nama, schwarzenegger, mahu, anak, perempuan, anak perempuan, perempuan schwarzenegger, schwarzenegger mahu, tukar, mahu tukar, tukar nama, luar, negara, luar negara, malaysia, Anak perempuan, sulung, pelakon, Arnold Schwarzenegger, nama keluarganya, Katherine, membuat pertimbangan, memasuki, kolej, kelak, Saya, menukar, nama, keluarga, keluar, bersama, lelaki

Nelayan tangkap ketam ganjil

Nelayan tangkap ketam ganjil

SOUTHSEA – Seorang nelayan menangkap seekor ketam ganjil yang wajahnya dikatakan mirip makhluk asing dalam filem Predator yang dibintangi pelakon Arnold Schwazenegger pada tahun 1980-an, lapor sebuah akhbar semalam.

Ketam itu kini ditempatkan di Akuarium Blue Reef di Southsea, Hampshire, Britain selepas haiwan tersebut diserahkan untuk dipamerkan baru-baru ini.

Haiwan tersebut turut dikenali sebagai ketam span dan ia boleh menyamar dan mengelak daripada dilihat menerusi pemandangan mata semasa haiwan tersebut berada di dasar laut.

Ketam itu akan dipamerkan kepada orang ramai selepas ia selesai dikuarantin.

Nelayan, tangkap, ketam, ganji, menangkap, seekor, ketam, ganjil, mirip, makhluk, asing, filem, Predator, pelakon, Arnold Schwazenegger, pada, tahun ,Ketam, Akuarium, Blue Reef, Southsea, Hampshire, Britain, haiwan, pamerkan, Haiwan, kenali, ketam, span, menyamar, mengelak, menerusi, pemandangan, mata, haiwan, berada, dasar, laut, berita harian, berita asia, berita indon, berita indonesia, berita kesihatan, berita kl, berita malaysia, Berita Malaysia dan Singapore, berita melayu, berita penting, berita politik, berita sains, berita sejarah, berita sukan, berita teknologi, berita terbaru, berita terkini, orang, ramai, kuarantin

Chastain lakon filem seram

Chastain lakon filem seram

LOS ANGELES 14 Sept. – Pelakon Jessica Chastain akan membintangi filem seram terbaru terbitan Universal berjudul Mama arahan Andres Muschietti.

Mama mengisahkan cerita mengenai sepasang suami isteri iaitu lakonan Chastain dan dan Nikolaj Coster-Waldau yang ingin mengambil alih jagaan anak-anak buah mereka yang sebelum ini tinggal di dalam hutan.

Namun usaha itu tidak semudah yang difikirkan apabila terdapat perkara aneh yang menghantui kanak-kanak tersebut.

Dalam pada itu, Muschietti menyifatkan filem tersebut sebagai satu filem yang paling menarik pernah dihasilkan.

“Ketakutan yang terdapat dalam Mama adalah lebih padat berbanding filem-filem seram yang lain.

“Lakonan Chastain dan Coster-Waldau berjaya menghidupkan jalan cerita filem itu kerana mereka merupakan pelakon yang sungguh berbakat,” katanya

Chastain, lakon, filem, seram, LOS ANGELES, Pelakon, Jessica Chastain, membintangi, filem, seram terbaru, terbitan, Universal, berjudul, Mama, arahan, Andres Muschietti, Mama, cerita, sepasang, suami, isteri, lakonan, Chastain, Nikolaj, Coster-Waldau, alih, jagaan, anak, buah, hutan, berita indon, berita indonesia, berita kesihatan, berita kl, berita malaysia, Berita Malaysia dan Singapore, berita melayu, berita penting, berita politik, berita sains, berita sejarah, berita sukan, berita teknologi, berita terbaru, berita terkini, berita tv