Tag Archives: pantas

Bolt cipta rekod di Zagreb

Bolt cipta rekod di Zagreb

ZAGREB, Croatia – Selepas dibatalkan penyertaan pada Kejohanan Olahraga Dunia di Daegu, Korea Selatan bulan lalu, Usain Bolt kini lebih berhati-hati ketika memulakan saingan acara 100 meter.

Begitupun, pelari pecut Jamaica ini masih mampu mencipta kemenangan dan mencipta rekod peribadi terbaik musim ini dengan catatan masa 9.85 saat pada Cabaran Dunia Zagreb kelmarin.

Di Daegu, Bolt, 25, gagal mempertahankan gelaran dunia acara 100m selepas penyertaannya dibatalkan, tetapi kali ini, catatan 9.85s lebih pantas daripada catatan terdahulu (9.88s) yang dilakukannya di Monaco pada Jun lalu.

“Ia adalah satu permulaan yang buruk,” kata pemegang rekod dunia dan Olimpik ini.

“Saya hilang konsentrasi dan hanya mahu melepasi garisan. Ia sesuatu yang baik, tetapi saya mungkin boleh melakukan lebih baik daripada itu terutamanya dengan keadaan cuaca seperti ini.”

Kim Collins dari Saint Kitts dan Nevis turut mencatat masa terbaik musim ini (10.01 saat) untuk menamatkan saingan di tempat kedua, di depan pelari Trinidad, Richard Thompson (10.03 saat).

Boris Hanzekovic Memorial yang dipenuhi penonton itu turut dihadiri Presiden Real Madrid, Florentino Perez dan pegawai kelab, Emilio Butragueno.

Perez dan Butragueno meluangkan masa menyaksikan persembahan Bolt menjelang aksi Liga Juara-Juara menentang Dinamo Zagreb awal pagi tadi.

“Kehadiran penonton di sini sungguh menakjubkan,” kata Bolt.

“Saya seronok kerana mereka sangat teruja dan peminat turut menemui saya. Saya seringkali menghargainya.”

Bolt, cipta, rekod, Zagreb, ZAGREB, Croatia, penyertaan, Kejohanan, Olahraga, Dunia, Daegu, Korea, Selatan, bulan, lalu, Usain Bolt, kini, ketika, memulakan, saingan, acara, Begitupun, pelari, pecut, Jamaica, mampu, mencipta, kemenangan, mencipta, rekod, peribadi, terbaik, musim, catatan, masa, saat, Cabaran, Dunia, Zagreb, Daegu, Bolt, 25, mempertahankan, gelaran, dunia, acara,  penyertaannya, catatan, pantas, catatan, terdahulu, Monaco, Jun, lalu, berita indon, berita indonesia, berita kesihatan, berita kl, berita malaysia, Berita Malaysia dan Singapore, berita melayu, berita penting, berita politik, berita sains, berita sejarah, berita sukan, berita teknologi, berita terbaru, berita terkini, berita tv

Kamera Lumix DMC-FP8 daripada Panasonic tiada lagi foto bergegar

in_03.1

Kamera Lumix DMC-FP8 daripada Panasonic tiada lagi foto bergegar

PANASONIC mengumumkan kamera DMC-FP8 sebagai sebahagian daripada Siri Lumix FP terbaru, yang dapat memenuhi kecemerlangan dalam reka bentuk dan fungsi.

DMC-FP8 yang berlensa Leica DC, mempunyai resolusi 12.1 mega piksel berkualiti tinggi. Reka bentuknya rata disebabkan lensa ke dalam dengan lipatan optik yang tidak mempunyai laras lensa yang tetap.

Dibina dengan aluminium berkualiti tinggi, reka bentuk yang rata itu membuatkan rekaan permukaan belakang kamera yang menarik. Sudah tentu ia merupakan antaranya bahagian yang selalu diberi perhatian oleh pengguna kamera.

Butang penunjuk LED biru juga menambahkan lagi kecantikan pada rekaan setiap kali ia ditekan. Mod Auto Pintar Panasonic kini dilengkapi dengan penstabil imej optikal yang mempunyai ciri-ciri gandaan kuasa berbanding sistem Mega O.I.S. yang biasa.

Gegaran, yang secara fizikalnya berlaku apabila butang shutter ditekan atau merakam gambar pada waktu malam dengan kelajuan shutter rendah, kini secara efektif dikawal oleh Power O.I.S. Ia sekali gus membolehkan pengguna menikmati fotografi tanpa kekaburan.

Bagi mod pengenal pasti wajah (Face Recognition), tiga individu yang didaftar boleh dikenal pasti secara serentak dengan nama mereka akan tertera di skrin.

Ciri utama lain yang terdapat dalam FP8 adalah fokus auto berkelajuan tinggi. Digabungkan dengan permulaan berkelajuan setinggi 0.95 saat, ia membuatkan respons FP8 pantas dan ia juga membolehkan pengguna merakam gambar menarik yang muncul secara tiba-tiba.

LCD Pintar 2.7 inci besar menawarkan paparan yang dinamik dan jelas walaupun rekaan kameranya kecil. Dengan adanya tenaga imej pemprosessan LSI, Enjin Venus V, jangka hayat baterinya berkuasa untuk menangkap sehingga 380 keping gambar.

Model ini didapati dengan pelbagai pilihan warna iaitu perak, hitam, merah jambu dan merah. Panel yang berada di tengah kamera menambahkan lagi kecantikan rekaan keseluruhannya. Ia dijangka berada di pasaran bermula hujung Ogos ini dan dijual pada harga RM1,299.

Kamera Lumix, Kamera Lumix berita, Kamera Lumix kini, Kamera Lumix dunia, Kamera Lumix asia, Kamera Lumix malaysia, Kamera Lumix melayu, Kamera Lumix indon, Kamera Lumix indonesia, Kamera Lumix kl, Kamera Lumix foto, Kamera Lumix gambar, Kamera Lumix bf1, berita dunia, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik, berita-berita, beritakini, beritadunia, beridaasia, beritamalaysia, beritamelayu, beritaindon, beritaindonesia, beritakl, beritafoto, beritagambar, beritaterkini, beritaweb, beritaharian, beritabaru, beritabf1, beritatv, berita8, beritagay, beritapenting, beritabulan, beritakasa, beritaawas, berita2, beritascander, beritajalan, beritamaju, beritasukan, berita kini, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita foto, berita gambar, berita terkini, berita web, berita harian, berita baru, berita bf1, berita tv, berita 8, berita gay, berita penting, berita bulan, berita kasa, berita awas, berita scander, berita jalan, berita maju, berita sukan, berita, kini, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, kl, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, bf1

Antivirus Kaspersky terbaru

in_02.3

Antivirus Kaspersky terbaru

PENERAJU pembangunan sistem pengurusan sekuriti, Kaspersky Lab, telah memperkenalkan rangkaian sistem solusi terbaru untuk pengguna komputer, Kaspersky Internet Security 2010 dan Kaspersky AntiVirus 2010.

Rangkaian Kaspersky 2010 dijangka mendapat kepercayaan ramai pengguna di dunia disebabkan ciri kecekapannya berasaskan ratusan ujian perbandingan.

Menurut Pengarah Saluran Kaspersky Asia Tenggara, Gun Suk Ling, produk terbaru itu menggabungkan pelbagai sistem dan teknologi canggih antaranya sistem kawalan pencerobohan.

“Fungsi sistem kawalan pencerobohan menggunakan teknologi maya Sandbox unik yang menawarkan keselamatan sepenuhnya untuk kesemua perisian,” katanya ketika melancarkan produk tersebut di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Memilih tema kung fu dalam pelancaran itu, ia sesuaikan dengan kemampuan Kaspersky versi 2010 yang lebih kuat untuk bertarung dengan ancaman komputer seperti virus. Bersesuaian dengan tema kung fu juga, aktor Hong Kong, Jackie Chan dipilih sebagai ikon Kaspersky versi 2010.

Rangkaian baru itu turut menggabungkan sistem inovatif Kaspersky Security Network bagi mengurangkan masa tindak balas kepada ancaman baru.

Malah, ia juga mengisi pangkalan data dengan maklumat terkini dan mampu membezakan antara fail bersih dengan tercemar.

Berpegang kepada pepatah mencegah lebih baik daripada mengubati, Kaspersky Lab meningkatkan enjin antivirusnya agar dapat mengesan program perosak dengan lebih baik.

“Perkara ini memang serius dan amat penting memandangkan beribu-ribu program perosak baru muncul setiap hari. Ia berlaku di seluruh dunia,” tambah Suk Ling.

Boleh dikatakan, setiap hari virus mikro seperti trojan telah direka dan diedarkan menerusi banyak rangkaian komputer milik individu yang cuai.

Atas dasar itu, dengan menggunakan konsep keselamatan in the cloud, rangkaian versi 2010 mempunyai pangkalan virus untuk mengenal pasti ancaman dalam talian dengan lebih pantas. Ia mengambil masa kurang daripada 40 saat.

Statistik membuktikan penjenayah siber mengambil kesempatan terhadap kelonggaran sistem operasi dan aplikasi berasaskan Internet untuk merosakkan komputer.

Oleh itu, dengan menggunakan rangkaian Kaspersky 2010 ia menjalankan pemeriksaan yang ketat ke atas semua aplikasi baru yang tidak diketahui. Ia sekali gus memastikan komputer anda selamat daripada ancaman jenayah siber.

Selain itu, dengan menggunakan fungsi baru iaitu safe run, produk terbaru ini dapat mengendalikan aplikasi terkini tanpa mendedahkan sistem operasi kepada ancaman berbahaya.

Dalam pada itu, ia juga menjadikan aktiviti melayari Internet satu pengalaman tanpa gangguan dan pelbagai aplikasi boleh dijalankan secara serentak.

Produk terbaru ini dilihat mampu memberikan tahap perlindungan yang lebih pantas, efisien serta mesra pengguna.

Antivirus Kaspersky, Antivirus Kaspersky berita, Antivirus Kaspersky kini, Antivirus Kaspersky dunia, Antivirus Kaspersky asia, Antivirus Kaspersky malaysia, Antivirus Kaspersky melayu, Antivirus Kaspersky indon, Antivirus Kaspersky indonesia, Antivirus Kaspersky kl, Antivirus Kaspersky foto, Antivirus Kaspersky gambar, Antivirus Kaspersky bf1, berita dunia, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik, berita-berita, beritakini, beritadunia, beridaasia, beritamalaysia, beritamelayu, beritaindon, beritaindonesia, beritakl, beritafoto, beritagambar, beritaterkini, beritaweb, beritaharian, beritabaru, beritabf1, beritatv, berita8, beritagay, beritapenting, beritabulan, beritakasa, beritaawas, berita2, beritascander, beritajalan, beritamaju, beritasukan, berita kini, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita foto, berita gambar, berita terkini, berita web, berita harian, berita baru, berita bf1, berita tv, berita 8, berita gay, berita penting, berita bulan, berita kasa, berita awas, berita scander, berita jalan, berita maju, berita sukan, berita, kini, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, kl, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, bf1