Tag Archives: nahas

Ngeri – Masalah teknikal punca nahas pesawat

lu_02.1

Ngeri – Masalah teknikal punca nahas pesawat

Masalah teknikal dipercayai menjadi punca nahas pesawat penumpang Caspian Airlines dekat Teheran semalam yang mengorbankan kesemua 168 orang di dalamnya.

“Juruterbang mungkin bukan penyebab nahas itu, sebaliknya masalah teknikal mungkin sebagai penyebab,” kata ketua unit krisis di Kementerian Pengangkutan Iran, Ahmad Majidi.

Beliau juga berkata, kesemua tiga kotak hitam pesawat itu telah ditemui, tetapi dua daripadanya rosak teruk.

“Pakar kami sedang menganalisis kotak-kotak hitam itu dalam usaha mengenal pasti punca nahas,” kata Majidi kepada agensi berita IRNA, hari ini.

Pesawat Tupolev-154 milik Caspian Airlines itu terbakar di udara semasa dalam penerbangan dari Teheran ke Armenia sebelum terhempas di kawasan ladang dekat sini semalam, menyebabkan kesemua 153 penumpang dan 15 krewnya terbunuh dalam nahas udara terburuk di Iran sejak bertahun-tahun.

Saksi melaporkan, kapal terbang itu terbakar sebelum terhempas ke bumi dan meletup dekat sebuah kampung berhampiran bandar Qazvin, barat laut Iran, sejurus selepas berlepas dari Teheran.

Imej televisyen menunjukkan sebuah kawah besar dan berasap di lokasi kejadian serta serpihan pesawat, pakaian dan kasut bertaburan di sekitar kawasan tragedi.

Seorang pekerja kecemasan di tempat kejadian berkata, dia hanya menemui cebisan daging dan serpihan tulang manusia.

“Tidak ada satu cebisan pun yang berupa anggota badan manusia, malah tidak ada satu jari pun ditemui,” katanya yang berdiri bersebelahan sebuah beg yang mengandungi cebisan daging manusia.

Di Yerevan, timbalan ketua lembaga penerbangan awam Armenia, Arsen Pogossian berkata, juruterbang telah cuba melakukan pendaratan cemas selepas enjin pesawat terbakar.

Menurutnya, 147 penumpang pesawat berkenaan adalah rakyat Iran, 31 berasal dari Armenia, manakala empat adalah rakyat Armenia dan dua lagi warga Georgia.

Pegawai Iran berkata, 10 anggota pasukan judo remaja kebangsaan Iran turut terkorban dalam nahas itu.

Nahas, Nahas berita, Nahas kini, Nahas dunia, Nahas asia, Nahas malaysia, Nahas melayu, Nahas indon, Nahas indonesia, Nahas kl, Nahas foto, Nahas gambar, Nahas bf1, berita dunia, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik, berita-berita, beritakini, beritadunia, beridaasia, beritamalaysia, beritamelayu, beritaindon, beritaindonesia, beritakl, beritafoto, beritagambar, beritaterkini, beritaweb, beritaharian, beritabaru, beritabf1, beritatv, berita8, beritagay, beritapenting, beritabulan, beritakasa, beritaawas, berita2, beritascander, beritajalan, beritamaju, beritasukan, berita kini, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita foto, berita gambar, berita terkini, berita web, berita harian, berita baru, berita bf1, berita tv, berita 8, berita gay, berita penting, berita bulan, berita kasa, berita awas, berita scander, berita jalan, berita maju, berita sukan, berita, kini, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, kl, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, bf1