Tag Archives: muzik

China haramkan lagu Lady Gaga

China haramkan lagu Lady Gaga

BEIJING 25 Ogos – China mengharamkan laman web daripada memaparkan 100 lagu daripada artis terkemuka seperti Lady Gaga dan Backstreet Boys, kata kenyataan dalam laman web Kementerian Kebudayaan republik komunis itu.

Kementerian itu berkata, ia bertujuan untuk mengawal ‘peraturan’ pasaran muzik di Internet, dan lagu-lagu ‘yang memudaratkan budaya di negara itu mesti dibersihkan serta dikawal di bawah undang-undang’.

Notis tersebut yang diterbitkan pada 19 Ogos lalu dan dipamerkan dalam laman web kementerian, menyenaraikan lagu nyanyian Lady Gada iaitu The Edge of Glory, Hair, Marry the Night dan Bloody Mary.

Kenyataan itu tidak menjelaskan faktor lagu-lagu terbabit diharamkan namun kebiasaannya China menapis sebarang perkara yang dianggap menyentuh sensitiviti politik.

Lirik terakhir lagu Bloody Mary mengandungi ayat ‘Oh liberdade, mi amor’ (Oh kebebasan, cintaku), dan lagu Hair dengan lirik ‘This is my prayer, That I’ll die living just as free as my hair’ (Ini doaku, Aku akan hidup dan mati dengan bebas seperti rambutku).

Turut disenarai hitamkan oleh kerajaan China ialah lagu daripada kumpulan terkenal Backstreet Boys; penyanyi R&B, Beyonce; kumpulan muzik dari Kanada, Simple Plan dan kumpulan pop Britain, Take That.

Lagu artis Asia yang diharamkan termasuklah penyanyi Taiwan, Zhang Hui-mei yang sebelum ini menghina kerajaan Beijing selepas menyanyikan lagu kebangsaan Taiwan semasa pelantikan bekas Presiden Taiwan, Chen Shui-bian pada 2000.

China, yang menganggap Taiwan sebagai sebahagian daripada wilayahnya, mengharamkan Hui-mei buat sementara waktu daripada membuat persembahan di Tanah Besar dan membatalkan semula iklan produknya.

Pihak berkuasa dilaporkan turut mengharamkan beberapa kumpulan muzik dari luar negara untuk membuat persembahan secara langsung di China, atau meneliti terlebih dahulu senarai lagu bagi mengetepikan lagu yang dianggap sensitif.

Sekatan sedemikian semakin ketat dikenakan terhadap persembahan artis dari luar negara selepas penyanyi Iceland, Bjork menjerit ‘Tibet!’ ketika selesai menyanyikan lagunya, Declare Independence pada pertunjukan Shanghai 2008.

Sejak 2010, China mengkehendaki semua lagu yang dimasukkan dalam laman web muzik supaya mendapat kelulusan terlebih dahulu, sebagai sebahagian langkah untuk menghapuskan kegiatan cetak rompak.

China, haramkan, lagu, Lady, Gaga, China, mengharamkan, laman, web, memaparkan, lagu, artis, terkemuka, Lady Gaga, Backstreet Boys, kenyataan, laman, web, Kementerian, Kebudayaan, republik, komunis, Kementerian, bertujuan, mengawal, ‘peraturan’ pasaran, muzik, Internet, lagu-lagu, memudaratkan, budaya, negara, bersihkan, bawah, undang-undang, The, Edge, Glory, Hair, Marry, Night, Bloody, Mary

Kepala tersangkut di mangkuk tandas

du_06.2

du_06.1

Kepala tersangkut di mangkuk tandas

LEEDS – Seorang remaja perempuan, Charlotte Taylor menanggung malu apabila dia menjadi tontonan ramai pengunjung kerana kepalanya tersangkut di dalam sebuah mangkuk tandas, lapor sebuah akhbar semalam.

Kepala Charlotte yang berumur 18 tahun berjaya dikeluarkan oleh anggota-anggota bomba selepas tersekat selama 20 minit dalam tandas di tapak festival muzik di sini, baru-baru ini.

Kejadian berlaku semasa tangannya cuba mencapai semula beg tangannya yang terjatuh ke dalam mangkuk tandas.

“Saya menggunakan sebelah tangan tetapi gagal mencapai beg lalu memasukkan satu lagi tangan menyebabkan bahu saya tersangkut dalam mangkuk tandas kayu.

“Muka saya berada hampir 30 sentimeter dari takungan najis tandas,” katanya.

Charlotte mahu mengambil beg itu kerana ia mengandungi beberapa barangan peribadi miliknya seperti telefon bimbit, tiket kereta api dan sejumlah wang tunai.

Seorang rakan Charlotte menghubungi pihak bomba di tapak festival selepas menyedari rakannya menghadapi masalah itu.

Dua anggota bomba yang memegang tubuh Charlotte menarik dia dengan kuat menyebabkannya mengalami luka di bahu dan pinggul.

Anggota-anggota bomba terpaksa membuka bahagian bumbung tandas untuk menarik tubuh Charlotte.

Dia segera dibawa ke tempat mandi dan pakaiannya ditanggalkan sebelum tubuhnya disembur dengan air untuk membersihkan kekotoran.

“Pihak bomba pada mulanya menyangka ia merupakan satu gurauan,” kata Charlotte.

kepala, kepala kini, kepala terkini, kepala terbaru, kepala baru, kepala skandal, gambar kepala, foto kepala, video kepala, biodata kepala, biografi kepala, sejarah kepala, web kepala, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita tv, berita harian, berita gay, berita artis, berita hiburan, berita sukan, berita ekonomi, berita sains, berita teknologi, berita kesihatan, berita sejarah, berita politik, berita bf1, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, macam-macam, Bf-1, Kepala tersangkut di mangkuk tandas

Parti seks atas bumbung dianjurkan penghuni setinggan di London

du_03.1

Parti seks atas bumbung dianjurkan penghuni setinggan di London

LONDON – Ratusan penghuni setinggan yang mendiami sebuah blok flat di sini bertindak liar dengan menganjurkan parti seks di bumbungnya.

Penduduk tempatan mendakwa, hampir 250 penghuni rumah pangsa di Poplar, timur London itu juga menakutkan jiran dengan kelakuan liar mereka.

Beberapa penduduk sekitar berkata, mereka mahu flat itu diroboh kerana tidak tahan dengan gelagat penduduk setinggan itu yang menduduki bumbung bangunan tersebut secara haram sejak April lalu.

“Mereka sengaja berada di atas bumbung supaya semua orang dapat melihat mereka menyanyi, menjerit dan bermain muzik,” kata seorang penduduk, Jo Graham.

“Sejumlah mereka kemudian berbogel dan melakukan seks secara terbuka di sana. Jumlah mereka boleh mencapai 60 orang dan ada yang berada di bawah pengaruh dadah,” tambahnya.

Dia berharap struktur setinggan itu akan segera diruntuhkan. Pemilik flat tersebut kini mula menganjurkan kempen bagi meminta struktur setinggan itu diruntuhkan.

Bagaimanapun, beberapa penduduk setinggan itu memberitahu, mereka bertekad untuk tidak berpindah dan terus mengadakan parti seks secara terbuka.

“Semakin hari semakin ramai yang menyertai parti seks itu. Kami akan terus berparti, parti seks dan parti seks,” kata seorang penduduk setinggan itu yang mahu dikenali sebagai Jon.

parti seks, parti seks berita, parti seks kini, parti seks dunia, parti seks asia, parti seks malaysia, parti seks melayu, parti seks indon, parti seks indonesia, parti seks kl, parti seks foto, parti seks gambar, parti seks bf1, berita dunia, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik, berita-berita, beritakini, beritadunia, beridaasia, beritamalaysia, beritamelayu, beritaindon, beritaindonesia, beritakl, beritafoto, beritagambar, beritaterkini, beritaweb, beritaharian, beritabaru, beritabf1, beritatv, berita8, beritagay, beritapenting, beritabulan, beritakasa, beritaawas, berita2, beritascander, beritajalan, beritamaju, beritasukan, berita kini, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita foto, berita gambar, berita terkini, berita web, berita harian, berita baru, berita bf1, berita tv, berita 8, berita gay, berita penting, berita bulan, berita kasa, berita awas, berita scander, berita jalan, berita maju, berita sukan, berita, kini, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, kl, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, bf1