Tag Archives: menukar

Anak perempuan Schwarzenegger mahu tukar nama

Anak perempuan Schwarzenegger mahu tukar nama

LOS ANGELES 10 Ogos – Anak perempuan sulung pelakon Arnold Schwarzenegger mempertimbangkan untuk menukar nama keluarganya kerana menganggap ia terlalu gah untuk dikaitkan dengan dirinya.

Katherine, 21, membuat pertimbangan tersebut apabila memasuki kolej kelak.

“Saya terfikir untuk menukar nama keluarga kerana mahu keluar bersama lelaki.

“Menggunakan nama Schwarzenegger setiap hari sebagai nama akhir membuatkan saya terlampau memikirkannya,” katanya kepada Harper’s Bazaar.

Katanya, setiap lelaki yang berminat dengan sukan bina badan akan menyebut nama bapanya setelah mereka mengetahui nama akhirnya.

“Saya berasa seperti mereka sebenarnya mahu keluar bersama Arnold dan bukannya saya,” ujarnya.

Walaupun kini bapa dan ibunya, Maria Shriver berdepan dengan masalah keretakan rumah tangga, Katherine tetap berterima kasih kepada mereka kerana membesarkan dia serta adik beradiknya, Christina, 19; Patrick, 17 dan Christopher, 13.

“Saya percaya semua yang berlaku kini mempunyai sebab yang tersendiri dan akan memahaminya apabila semuanya selesai,” katanya.

nama, schwarzenegger, mahu, anak, perempuan, anak perempuan, perempuan schwarzenegger, schwarzenegger mahu, tukar, mahu tukar, tukar nama, luar, negara, luar negara, malaysia, Anak perempuan, sulung, pelakon, Arnold Schwarzenegger, nama keluarganya, Katherine, membuat pertimbangan, memasuki, kolej, kelak, Saya, menukar, nama, keluarga, keluar, bersama, lelaki

Lamar kekasih dengan cara unik

Lamar kekasih dengan cara unik

QINGDAO, China – Seorang lelaki, Pang Kun memakai kostum lobak merah dan cermin mata hitam bersama 49 rakannya yang turut berpakaian untuk melamar teman wanitanya, Zhao Xinyu, lapor sebuah akhbar semalam.

Selepas menemui Xinyu di pusat beli-belah tempatan di sini pada Sabtu lalu, Kun memberi alasan hendak ke tandas agar dia dapat menukar pakaian.

Dia kemudian kembali sebagai lelaki lobak merah dengan ditemani rakan-rakannya.

Rakan-rakannya mula menari dengan diiringi muzik yang kedengaran menerusi sistem pembesar suara pusat beli-belah.

Situasi itu mengejutkan kekasihnya dan rakan-rakannya.

Apabila muzik berhenti, rakaman suara Kun kedengaran menerusi sistem pembesar suara berkenaan.

“Enam bulan dahulu, kita mula berkenalan,” kata suara itu.

“Masih terpahat di hati saya bagaimana anda begitu segan semasa janji temu kita yang pertama, tentang saya merindui janji temu kita seterusnya dan perasaan saya apabila saya kali pertama menggenggam tangan kamu ketika kita menonton wayang.”

Dia kemudian membuka kostumnya dan berlutut untuk melamar kekasihnya.

Orang ramai yang berada di sekitar mereka turut tersenyum apabila Xinyu menerima lamaran tersebut.

Menurut Kun, dia mengambil masa tiga minggu untuk merancang aksi romantik itu. Kos lamaran itu dikatakan menelan belanja 100,000 yuan (RM47,076.41).

Lamar kekasih biografi, Lamar kekasih dunia, Lamar kekasih gambar, Lamar kekasih gay, Lamar kekasih indon, Lamar kekasih indonesia, Lamar kekasih kini, Lamar kekasih kl, Lamar kekasih malaysia, Lamar kekasih melayu, Lamar kekasih penting, Lamar kekasih politik, Lamar kekasih skander, Lamar kekasih sejarah, Lamar kekasih berita, Lamar kekasih terbaru, Lamar kekasih terkini, Lamar kekasih tv, lelaki, Pang Kun, memakai, kostum, lobak, merah, cermin mata, hitam,  melamar, teman, wanitanya, Zhao, Xinyu, akhbar, semalam, Selepas, menemui, Xinyu, pusat, beli belah, tempatan, sini, Sabtu, lalu, Kun, memberi, hendak, tandas, menukar, pakaian

Gunners harus menang

Gunners harus menang

LONDON – Arsene Wenger berkata Arsenal tidak boleh mengulangi persembahan buruk apabila berdepan Blackburn di Ewood Park, hari ini.

Gunners bangkit daripada kekalahan memalukan 2-8 kepada Manchester United dengan mencatat kemenangan pertama ke atas Swansea.

Namun, kemenangan tipis selepas empat perlawanan masih belum menyakinkan dan Wenger mengakui mereka perlu lebih konsisten jika mahu memburu kejuaraan musim ini.

“Kami perlu menukar keadaan yang kami lalui sekarang dengan mencatatkan keputusan konsisten dalam setiap perlawanan.

“Dalam pasukan, kami berasakan berada pada landasan yang betul dengan semangat berpasukan yang begitu tinggi dan kuat.

“Kami mahu menukar pandangan skeptikal orang ramai terhadap kami, tetapi ia hanya mampu diatasi dengan mencatat keputusan yang konsisten.

“Kami mesti mendapatkan kemenangan kerana kami berada dalam persekitaran di kalangan mereka yang kerap bertanyakan soalan mengapa kami tidak menang,” katanya.

Pemain tengah, Aaron Ramsey masih belum pasti dapat diturunkan sementara Thomas Vermaelen, Jack Wilshere dan Abou Diaby masih memerlukan beberapa minggu lagi sebelum dapat kembali beraksi.

Gunners, harus, menang, LONDON, Arsene Wenger, Arsenal, mengulangi, persembahan, buruk, berdepan, Blackburn, Ewood Park, hari, ini, Gunners, bangkit, kekalahan, memalukan, Manchester, United,  mencatat, kemenangan, pertama, Swansea, kemenangan, tipis, empat, perlawanan, menyakinkan, Wenger, mereka, konsisten, memburu, kejuaraan, musim, Kami, menukar, keadaan, sekarang, mencatatkan, konsisten, perlawanan, Pemain, tengah, Aaron Ramsey, Thomas, Vermaelen, Jack Wilshere, Abou Diaby, minggu, kembali, beraksi