Tag Archives: mengharamkan

China haramkan lagu Lady Gaga

China haramkan lagu Lady Gaga

BEIJING 25 Ogos – China mengharamkan laman web daripada memaparkan 100 lagu daripada artis terkemuka seperti Lady Gaga dan Backstreet Boys, kata kenyataan dalam laman web Kementerian Kebudayaan republik komunis itu.

Kementerian itu berkata, ia bertujuan untuk mengawal ‘peraturan’ pasaran muzik di Internet, dan lagu-lagu ‘yang memudaratkan budaya di negara itu mesti dibersihkan serta dikawal di bawah undang-undang’.

Notis tersebut yang diterbitkan pada 19 Ogos lalu dan dipamerkan dalam laman web kementerian, menyenaraikan lagu nyanyian Lady Gada iaitu The Edge of Glory, Hair, Marry the Night dan Bloody Mary.

Kenyataan itu tidak menjelaskan faktor lagu-lagu terbabit diharamkan namun kebiasaannya China menapis sebarang perkara yang dianggap menyentuh sensitiviti politik.

Lirik terakhir lagu Bloody Mary mengandungi ayat ‘Oh liberdade, mi amor’ (Oh kebebasan, cintaku), dan lagu Hair dengan lirik ‘This is my prayer, That I’ll die living just as free as my hair’ (Ini doaku, Aku akan hidup dan mati dengan bebas seperti rambutku).

Turut disenarai hitamkan oleh kerajaan China ialah lagu daripada kumpulan terkenal Backstreet Boys; penyanyi R&B, Beyonce; kumpulan muzik dari Kanada, Simple Plan dan kumpulan pop Britain, Take That.

Lagu artis Asia yang diharamkan termasuklah penyanyi Taiwan, Zhang Hui-mei yang sebelum ini menghina kerajaan Beijing selepas menyanyikan lagu kebangsaan Taiwan semasa pelantikan bekas Presiden Taiwan, Chen Shui-bian pada 2000.

China, yang menganggap Taiwan sebagai sebahagian daripada wilayahnya, mengharamkan Hui-mei buat sementara waktu daripada membuat persembahan di Tanah Besar dan membatalkan semula iklan produknya.

Pihak berkuasa dilaporkan turut mengharamkan beberapa kumpulan muzik dari luar negara untuk membuat persembahan secara langsung di China, atau meneliti terlebih dahulu senarai lagu bagi mengetepikan lagu yang dianggap sensitif.

Sekatan sedemikian semakin ketat dikenakan terhadap persembahan artis dari luar negara selepas penyanyi Iceland, Bjork menjerit ‘Tibet!’ ketika selesai menyanyikan lagunya, Declare Independence pada pertunjukan Shanghai 2008.

Sejak 2010, China mengkehendaki semua lagu yang dimasukkan dalam laman web muzik supaya mendapat kelulusan terlebih dahulu, sebagai sebahagian langkah untuk menghapuskan kegiatan cetak rompak.

China, haramkan, lagu, Lady, Gaga, China, mengharamkan, laman, web, memaparkan, lagu, artis, terkemuka, Lady Gaga, Backstreet Boys, kenyataan, laman, web, Kementerian, Kebudayaan, republik, komunis, Kementerian, bertujuan, mengawal, ‘peraturan’ pasaran, muzik, Internet, lagu-lagu, memudaratkan, budaya, negara, bersihkan, bawah, undang-undang, The, Edge, Glory, Hair, Marry, Night, Bloody, Mary

China larang Uighur berpuasa

China larang Uighur berpuasa

URUMQI 7 Ogos – Bulan Ramadan kali ini tidak bermakna bagi masyarakat Islam Uighur di Urumqi, Xinjiang, barat laut China selepas kerajaan mengharamkan mereka menunaikan ibadah puasa, bersolat tarawih atau menjalankan sebarang aktiviti keagamaan.

Penganut Islam di Xinjiang dilarang daripada menunaikan ibadah tersebut selepas kerajaan memaksa mereka menandatangani satu ‘dokumen’ yang melarang mereka daripada berbuat demikian.

Larangan terbaru itu menekankan lagi layanan buruk kerajaan China terhadap penduduk minoriti Uighur yang sering berdepan tindakan keras pihak berkuasa sebelum ini dan dinafikan hak mereka.

Jurucakap Kongres Sedunia Uighur yang beribu pejabat di Munich, Dilxat Raxit berkata, syarikat-syarikat swasta di sini turut menyediakan makanan tengah hari buat pekerja beragama Islam dan mereka boleh kehilangan kerja atau bonus tahunan sekiranya enggan makan.

“Tokoh agama juga boleh kehilangan lesen menyampaikan ceramah sekiranya mereka mengadakan aktiviti keagamaan atau menyeru penganut Islam berhimpun bagi menjalankan kegiatan agama,” katanya kepada agensi penerbitan dalam talian, Eurasia Review.

Jelasnya, pegawai turut menyasarkan golongan pelajar beragama Islam dengan menyediakan bekalan makanan semasa waktu rehat sepanjang bulan Ramadan.

Seorang penduduk Uighur yang enggan dikenali berkata, restoran-restoran di kawasan yang mempunyai ramai penduduk Islam juga diarah menjalankan perniagaan walaupun ketika hari siang.

“Orang ramai juga sukar memasuki masjid untuk bersembahyang. Mereka perlu menunjukkan kad pengenalan diri dan mendaftar jika ingin masuk ke masjid,” katanya.

Sehari sebelum Ramadan, seramai 18 maut dan 31 yang lain cedera dalam dua pertempuran etnik terbaru di Xinjiang, dua tahun selepas insiden berdarah di wilayah ini mengakibatkan 200 maut sementara 1,700 yang lain cedera.

Xinjiang dicemari pergolakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, melibatkan pertempuran antara etnik Uighur dengan kumpulan majoriti China Han di ibu negara, Urumqi pada Julai 2009.

berita sains, berita sejarah, berita sukan, berita teknologi, berita terbaru, berita terkini, berita tv, biodata China larang, biografi China larang, China larang dunia, China larang, China larang baru, China larang kini, China larang skandal, China larang dunia, China larang, senyapkan city, luar, sukan, negara, luar negara, malaysia, sukan luar, uighur, online, china, larang, china larang, larang uighur, berpuasa, uighur berpuasa, Bulan, Ramadan, masyarakat Islam, Uighur, Urumqi, Xinjiang, barat laut, China, kerajaan, mengharamkan, mereka menunaikan, ibadah, puasa, bersolat, tarawih, aktiviti, keagamaan,