Tag Archives: memenangi

Ratu Cantik Colombia yakin akan menang

Ratu Cantik Colombia yakin akan menang

SAO PAULO – Ratu Cantik Colombia, Catalina Robayo yakin dia akan menang mahkota Ratu Cantik Universe Dunia yang akan diadakan pada Isnin ini, lapor sebuah akhbar semalam.

“Setiap orang (peserta) mempunyai hak untuk memikirkan dan bertanding mengikut cara mereka.

“Saya akan bertanding dan saya bakal memenanginya. Jika tidak, saya tidak akan bertanding,” katanya kepada majalah mingguan Elenco.

Menurutnya, dia telah berlatih lebih tiga bulan lalu untuk memastikan tubuhnya berada dalam keadaan sempurna.

Dia membuat kenyataan itu walaupun berdepan kontroversi kerana dia diberikan amaran oleh pihak penganjur pertandingan Ratu Cantik Universe Dunia kerana tidak memakai seluar dalam.

Menurut laporan berita FOX411, Catalina yang berusia 22 tahun tampil dalam acara rasmi pertandingan itu tanpa memakai seluar dalam.

Dia dilaporkan tidak memakai seluar dalam dalam satu sidang akhbar.

Laporan berkenaan yang memetik sumber-sumber menyatakan, peserta tersebut perlu diberitahu bahawa dia mesti memakai seluar dalam dan perbuatan yang dilakukannya itu adalah tidak senonoh.

Menyentuh mengenai laporan itu, Catalina berkata, dia tidak faham kenapa isu tersebut masih menjadi kontroversi selepas lebih seminggu gambar yang menunjukkannya tidak memakai seluar dalam dirakamkan.

“Kita semua membuat kesilapan. Ia akan membantu saya supaya lebih berhati-hati,” katanya.

Dalam pertandingan itu, Malaysia diwakili oleh Deborah Henry.

Ratu, Cantik, Colombia, menang, berita harian, berita hiburan, berita indon, berita indonesia, berita jalan, berita kasa, berita kawan, berita kini, berita kl, berita majalah, berita malaysia, Berita Malaysia dan Singapore, berita melayu, berita penting, berita politik, berita scander, berita terkini, berita tv, berita web, berita baru, berita sukan, Ratu, Cantik, Colombia, Catalina, Robayo, mahkota, Ratu, Cantik, Universe, Dunia, Isnin, bertanding, memenangi, majalah, mingguan, Elenco

Vettel juara jika naik podium

Vettel juara jika naik podium

SINGAPURA – Sebastian Vettel mengesahkan kejuaraan dunia Formula Satu musim lalu dengan memenangi perlumbaan terakhir, namun pelumba Jerman itu mungkin hanya memerlukan penamat podium di Singapura pada Ahad ini untuk merangkul kejuaraan dunia, ketika baki lima perlumbaan.

Mendahului senarai pelumba dengan kelebihan 112 mata selepas 13 daripada 19 perlumbaan, pelumba Red Bull berusia 24 tahun itu berpeluang dinobat juara dunia berganda paling muda selepas menikmati lapan kemenangan musim ini.

Vettel mampu mencapai impiannya pada hujung minggu ini jika dia menamatkan perlumbaan di Singapura dengan kelebihan 125 mata ke atas pencabar terdekat iaitu pelumba Ferrari, Fernando Alonso.

Begitupun, Vettel enggan terlalu yakin untuk bergelar juara pada hujung minggu ini.

“Melihat kepada perlumbaan, kejuaraan dunia masih jauh. Kami berada pada kedudukan yang kukuh, yang mana kami memang layak berada pada kedudukan tersebut kerana kami bekerja keras dan melakukan hanya sedikit kesilapan.

“Asalkan kami beraksi pada perlumbaan akan datang dengan kelebihan mata yang besar, ini bermakna kami melakukan tugas dengan baik, nanti kita saksikan,” katanya.

Alonso mengakui berdebar cabaran beraksi di litar Marina Bay sepanjang 5.073 kilometer, satu-satunya perlumbaan malam dalam kalendar F1 yang memasuki musim ketiga dan Vettel berhasrat untuk memperbaiki pencapaian tempat kedua tahun lalu.

“Saya sukakan litar ini. Ia sangat mencabar, banyak selekoh, ia sangat panjang serta cuacanya panas. Ia adalah perlumbaan malam, jadi banyak yang istimewa tentang Singapura.

“Jentera kami sangat kompetitif di sini, jadi saya harap kami dapat beraksi semula dan menang, ia pastinya akan menjadi saat yang istimewa,” katanya.

Vettel, juara, jika, naik, podium, SINGAPURA, Sebastian Vettel, kejuaraan, dunia, Formula, Satu, musim, lalu, memenangi, perlumbaan, terakhir, pelumba, Jerman, hanya, memerlukan, penamat, podium, Ahad, merangkul, kejuaraan, dunia, ketika, baki, lima, perlumbaan, berita malaysia, Berita Malaysia dan Singapore, berita melayu, berita penting, berita politik, berita scander, berita sukan, berita terkini, berita tv, berita web, berita-berita, berita awas, berita baru, berita bulan, berita dunia, berita foto, berita gambar, berita gay, berita Harian, berita indon, berita indonesia, berita kini, pelumba, Ferrari, Fernando Alonso

Nadal julang Sepanyol

Nadal julang Sepanyol

PARIS – Saingan separuh akhir Kejohanan Tenis Piala Davis awal pagi semalam menyaksikan skrip berbeza antara finalis Terbuka Amerika Syarikat – Novak Djokovic dan Rafael Nadal.

Tatkala Nadal mengetuai Sepanyol membelasah Perancis 4-1, Djokovic pula sengsara melihat Serbia tewas 2-3 kepada Argentina.

Sepanyol akan menentang Argentina pada perlawanan akhir Piala Davis Disember depan dalam misi memburu kejuaraan buat kali kelima setelah memenangi Piala Davis pada edisi 2000, 2004, 2008 dan 2009.

Argentina pula masih tercari-cari kejuaraan sulung selepas hanya berpuas hati sebagai naib juara sebanyak tiga kali sebelum ini.

Pada aksi awal pagi semalam, kekecewaan tewas kepada Djokovic pada final Terbuka Amerika Syarikat minggu lalu dilihat telah berjaya dilupakan Nadal.

Pemain No. 2 dunia itu mudah mengatasi pemain utama Perancis, Jo-Wilfried Tsonga 6-0, 6-2, 6-4 setelah membenam cabaran Richard Gasquet 6-3, 6-0, 6-1 pada Jumaat lalu.

Rakan sepasukan Nadal, David Ferrer pula meneruskan rentak kecemerlangan setelah menewaskan Gilles Simon 6-1, 6-4, 6-1.

Bagaimanapun, gandingan Tsonga dan Michael Llodra kembali menghidupkan peluang Perancis setelah menewaskan beregu Sepanyol, Feliciano Lopez dan Fernando Verdasco 6-1, 6-2, 6-0.

Verdasco kemudiannya menamatkan langkah bergaya Sepanyol melangkah ke final selepas menewaskan Gasquet 6-2, 6-1.

“Ia sesuatu yang menakjubkan, saya sungguh terharu hari ini (awal pagi semalam),” kata Nadal yang bakal beraksi di pentas akhir Piala Davis buat kali keenam.

“Walaupun tidak cergas sepenuhnya ketika menentang Gasquet, saya gembira kerana berjaya mempamerkan aksi sebenar bagi membantu Sepanyol meraih kemenangan.

Sementara itu, Djokovic ternyata kecewa gagal membantu Serbia mara ke final apabila kecederaan belakang kembali menghantuinya.

Situasi itu sekali gus memaksa Djokovic menarik diri selepas ketinggalan 6-7, 0-3 ketika menentang Juan Martin Del Potro.

“Sudah tentu saya amat kecewa perlawanan berakhir dengan cara ini.

“Saya telah cuba sebaik mungkin, tetapi ia tidak berjaya,” kata pemain No. 1 dunia itu.

Nadal, julang, Sepanyol, PARIS, Saingan, separuh, akhir, Kejohanan, Tenis, Piala, Davis, skrip, finalis, Terbuka, Amerika Syarika, Novak, Djokovic, Rafael, Nadal, Sepanyol, membelasah, Perancis, Djokovic, sengsara, Serbia, tewas, Argentina, Sepanyol, menentang, Argentina, perlawanan, akhir, Piala, Davis, Disember, depan, misi, memburu, kejuaraan, buat, kali, kelima, memenangi, Piala, Davis, edisi, berita dunia, berita asia, berita sukan, berita terkini