Tag Archives: memasuki

Anak perempuan Schwarzenegger mahu tukar nama

Anak perempuan Schwarzenegger mahu tukar nama

LOS ANGELES 10 Ogos – Anak perempuan sulung pelakon Arnold Schwarzenegger mempertimbangkan untuk menukar nama keluarganya kerana menganggap ia terlalu gah untuk dikaitkan dengan dirinya.

Katherine, 21, membuat pertimbangan tersebut apabila memasuki kolej kelak.

“Saya terfikir untuk menukar nama keluarga kerana mahu keluar bersama lelaki.

“Menggunakan nama Schwarzenegger setiap hari sebagai nama akhir membuatkan saya terlampau memikirkannya,” katanya kepada Harper’s Bazaar.

Katanya, setiap lelaki yang berminat dengan sukan bina badan akan menyebut nama bapanya setelah mereka mengetahui nama akhirnya.

“Saya berasa seperti mereka sebenarnya mahu keluar bersama Arnold dan bukannya saya,” ujarnya.

Walaupun kini bapa dan ibunya, Maria Shriver berdepan dengan masalah keretakan rumah tangga, Katherine tetap berterima kasih kepada mereka kerana membesarkan dia serta adik beradiknya, Christina, 19; Patrick, 17 dan Christopher, 13.

“Saya percaya semua yang berlaku kini mempunyai sebab yang tersendiri dan akan memahaminya apabila semuanya selesai,” katanya.

nama, schwarzenegger, mahu, anak, perempuan, anak perempuan, perempuan schwarzenegger, schwarzenegger mahu, tukar, mahu tukar, tukar nama, luar, negara, luar negara, malaysia, Anak perempuan, sulung, pelakon, Arnold Schwarzenegger, nama keluarganya, Katherine, membuat pertimbangan, memasuki, kolej, kelak, Saya, menukar, nama, keluarga, keluar, bersama, lelaki

Belut masuki pundi air kencing lelaki

Belut masuki pundi air kencing lelaki

BEIJING – Seorang lelaki, Zhang Nan menghadapi saat cemas apabila seekor belut kecil yang digunakan dalam rawatan kecantikan memasuki pundi air kencingnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Kejadian itu berlaku semasa dia berendam bersama sejumlah belut yang dipercayainya dapat menjadikan dia kelihatan muda lebih 10 tahun.

Nan menyelam di dalam sebuah tab mandi dan membiarkan haiwan tersebut memakan kulitnya yang telah matinya baru-baru ini.

Namun, selepas berada di dalam tab itu, dia merasa sakit seperti dicucuk.

Dia kemudiannya menyedari seekor belut kecil berada memasuki pundi kencingnya.

“Saya terus bangun selepas merasa sakit akibat gigitan belut itu,” katanya yang berusia 56 tahun dan berasal dari Honghu, di wilayah Hubei.

Dia kemudiannya dibawa ke sebuah hospital dan menjalani pembedahan kecemasan selama tiga jam bagi mengeluarkan belut yang telah mati ketika dijumpai doktor.

Menurut seorang doktor, Jin Wang, belut kecil mampu memasuki kemaluan Nan kerana tubuh haiwan itu terlalu licin.

Belut, masuki, pundi, air, kencing, lelaki, Zhang Nan, menghadapi, saat, cemas, apabila, seekor, belut, kecil, rawatan, kecantikan, memasuki, pundi, air, kencingnya, berendam, bersama, sejumlah, belut, menjadikan, kelihatan, muda, lebih, tahun, Nan, menyelam, sebuah, tab, mandi, haiwan, memakan, kulit, matinya, Namun, selepas, Honghu, wilayah, Hubei, berita indon, berita indonesia, berita kesihatan, berita kl, berita malaysia, Berita Malaysia dan Singapore, berita melayu, berita penting, berita politik, berita sains, berita sejarah, berita sukan, berita teknologi, berita terbaru, berita terkini, berita tv

Man. United cipta fenomena baru

Man. United cipta fenomena baru

MUSIM baru Liga Perdana Inggeris (EPL) baru saja memasuki perlawanan kelima tetapi Manchester United sudah mencetus satu fenomena baru.

Lima kemenangan dicipta dengan jumlah jaringan besar iaitu 21 gol, satu permulaan garang dan mengejutkan buat peminat setia kelab tersebut kerana United biasanya sering bermula lembap pada awal musim.

Siapa boleh lupa aksi hebat United membaham Arsenal 8-2 pada 28 Ogos lalu? Kekalahan terburuk dalam tempoh 125 tahun sepanjang penubuhan Gunners dan United.

Keputusan tersebut mengejutkan ramai pemerhati bola sepak walaupun Arsenal pada masa itu tidak dapat menurunkan ramai pemain utama.

Bermula dengan menang tipis 2-1 ke atas West Brom, itu pun ihsan gol sendiri Steven Reid di minit ke-81. Namun, Red Devils bagaikan dirasuk bermula dari perlawanan kedua.

Selepas membenam Tottenham 3-0, mereka menang besar 8-2 ke atas Arsenal, diikuti membelasah Bolton 5-0 di Stadium Reebok. Kemenangan terbaru adalah menewaskan pencabar utama liga, Chelsea 3-1 pada 18 Septemberlalu.

Kali terakhir United memulakan musim dengan hebat adalah pada 1985 di bawah kendalian Ron Atkinson apabila menang 10 perlawanan pertama. Namun, mereka dipintas oleh Liverpool selepas memasuki separuh saingan.

Apa rahsia kejayaan United yang amat garang pada awal musim ini? Jika ditanya kebanyakan peminat setia mereka, sudah tentu ramai yang merujuk kepada Wayne Rooney yang kembali menemui sentuhan pemusnah dalam semua perlawanan.

Hanya selepas lima perlawanan, Rooney sudah menyumbat sembilan gol, permulaan cemerlang yang tidak dijangkakan kerana penyerang itu mempamer aksi kurang konsisten musim lalu.

Namun, berdasarkan statistik, rekod jaringan menakjubkan Rooney sebenarnya dibantu oleh kehadiran bintang baru dari Aston Villa, Ashley Young, selain sayap Portugal, Nani.

Man, United, cipta, fenomena, baru, MUSIM, baru, Liga, Perdana, Inggeris, EPL, memasuki, perlawanan, kelima, Manchester United, mencetus, satu, fenomena, baru, berita malaysia, Berita Malaysia dan Singapore, berita melayu, berita penting, berita politik, berita scander, berita sukan, berita terkini, berita tv, berita web, berita-berita, berita awas, berita baru, berita bulan, berita dunia, berita foto, berita gambar, berita gay, berita Harian, berita indon, berita indonesia, berita kini, membaham, Arsenal, Ogos, lalu, Kekalahan, terburuk, tempoh, tahun, sepanjang, penubuhan, Gunners, United