Tag Archives: melancong

Wanita Saudi tuntut kebebasan

saudiun

Wanita Saudi tuntut kebebasan

Aktivis Arab Saudi mendesak Raja Abdullah Bin Abdul Aziz melonggarkan sekatan terhadap kaum wanita di negara itu. Aktivis wanita, Wajeeha Al Huwaider menegaskan, ketetapan memperoleh kebenaran penjaga lelaki terlebih dahulu menyekat kebebasan dan halangan utama kaum wanita memperoleh hak mereka.

Beliau turut bertekad tidak akan berhenti berkempen bagi melenyapkan sistem itu. Kempen itu semakin mendapat perhatian selepas sekumpulan wanita yang menuju Bahrain ditahan di sempadan kerana tidak memiliki surat kebenaran daripada penjaga lelaki masing-masing.

Kumpulan hak asasi wanita di Riyadh berkata, wanita Arab Saudi masih menunggu janji kerajaan memberi hak penuh kepada wanita.

Jurucakap kumpulan itu, Umm Tariq berkata, wanita tempatan lebih suka menuntut hak mereka dari dalam negara kerana ia lebih berkesan.

“Namun tekanan yang diberikan masih lemah berbanding mereka yang menentang tuntutan kami ini.
Hakikatnya hidup kami tidak setaraf dengan wanita Arab di negara lain. Kami mengalu-alukan sokongan daripada luar tapi gerakan di dalam negara lebih penting lagi,” katanya.

Kumpulan hak asasi manusia, Watch melaporkan, pegawai Saudi masih mewajibkan wanita tempatan memperoleh kebenaran daripada penjaga lelaki untuk melaksanakan perkara asas, termasuk berjumpa doktor ataupun ke luar negara meskipun kerajaan mendakwa ia tidak dipraktikkan lagi.

Bagi Umm Tariq, sebagai janda beliau kini perlu mendapat kebenaran anak lelakinya berusia 22 tahun.

“Saya seorang guru berusia 55 tahun dan ibu kepada empat orang anak tapi saya perlu mendapatkan kebenaran daripada anak saya, contohnya untuk saya melancong ke Syria pada musim panas ini.

“Bayangkan jika anak saya enggan memberi kebenaran itu,” soalnya.

Arab Saudi, Arab Saudi musik, Arab Saudi video, Arab Saudi foto, Arab Saudi cinta, Arab Saudi berita, Arab Saudi awek, Arab Saudi kontraksi, Arab Saudi Hiburan, Arab Saudi malaysia, Arab Saudi Melayu, Arab Saudi Indon, Arab Saudi Indonesia, Arab Saudi gambar, Arab Saudi cerita, Arab Saudi pilihan, Arab Saudi kl, Arab Saudi bf1,Berita Hiburan musik, Berita Hiburan video, Berita Hiburan, Berita, Hiburan cinta, Berita Hiburan berita, Berita Hiburan awek, Berita Hiburan kontraksi, Berita Hiburan Hiburan, Berita Hiburan malaysia, Berita Hiburan Melayu, Berita Hiburan, Berita Hiburan Indonesia,Berita Hiburan gambar, Berita Hiburan cerita, Berita Hiburan pilihan, Berita Hiburan kl, Berita Hiburan bf1, Artis musik, Artis video, Artis foto,Artis berita, Artis awek, Artis kontraksi, Artis Hiburan, Artis malaysia, Artis Melayu, Artis Indon, Artis Indonesia, Artis gambar, Artis cerita, Artis pilihan, Artis kl, Artis bf1, Artis foto, Artis Indon, Artis cinta, hiburan malaysia, hiburan melayu, hiburan korea, hiburan jepun, hiburan