Tag Archives: majlis sukan negara

Dilema Mohd. Rizal Tisin, jaguh Asia

su_01.1

Dilema Mohd. Rizal Tisin, jaguh Asia

PEMEGANG rekod Asia bagi acara satu kilometer ujian masa, Mohd. Rizal Tisin (gambar) kini berada dalam keadaan dilema.

Jaguh lumba basikal trek itu semakin risau dan bimbang prestasinya akan merosot kerana belum mendapat kata putus mengenai tarikh untuk kembali berlatih di Melbourne di bawah kendalian ketua jurulatih kebangsaan, John Beasley.

Pelumba kelahiran Klang itu berkata, terdapat kemungkinan beliau akan kembali ke Melbourne penghujung bulan ini seperti yang di maklumkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) namun keputusan itu belum ada kata putus.

“Rakan-rakan yang lain telah pun menjalani latihan di Melbourne sejak bulan lepas dan yang terbaru, pelumba pelapis, Mohd. Adiq Hussainie Othman sudah berlepas semalam (kelmarin),” katanya kepada Bernama semalam.

Mohd. Rizal berkata, beliau kini hanya menjalani latihan di bawah kendalian seorang jurulatih kebangsaan, Mohd. Fairuz Izni Abdul Ghani di Bukit Jalil.

“Saya juga tidak dibekalkan dengan program latihan daripada Beasley selepas Kejohanan Berbasikal Asia di Indonesia bulan lepas, jadi latihan saya sekadar mengekalkan tahap kecergasan sahaja,” katanya.

Mengenai ketiadaan acara satu kilometer ujian masa di Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China, Mohd. Rizal berharap penganjur akan menyenaraikan acara itu.

“Saya berhasrat untuk memenangi pingat emas kerana kali terakhir sukan lumba basikal memenanginya ialah pada era 1970-an,” katanya.

Mohd. Rizal berkata, jika penganjur berkeras juga, harapannya untuk mengharumkan nama negara adalah pada Sukan Komanwel yang juga berlangsung pada tahun depan.

“Namun peluang untuk memenangi emas adalah sukar kerana terdapat pelumba-pelumba dari Britain yang sememangnya handal dalam acara trek,” katanya.

rizal tisin, rizal tisin kini, rizal tisin terkini, rizal tisin terbaru, rizal tisin baru, rizal tisin skandal, gambar rizal tisin, foto rizal tisin, video rizal tisin, biodata rizal tisin, biografi rizal tisin, sejarah rizal tisin, web rizal tisin, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita tv, berita harian, berita gay, berita artis, berita hiburan, berita sukan, berita ekonomi, berita sains, berita teknologi, berita kesihatan, berita sejarah, berita politik, berita bf1, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, macam-macam, Bf-1, Mohd Rizal Tisin, Rizal tisin, lumba basikal

United janji aksi berbeza

su_01.3

United janji aksi berbeza

AKSI yang berbeza dengan keputusan yang berbeza.
Itu janji pengurus Manchester United, Alex Ferguson menjelang pertemuan skuad bimbingannya itu dengan pilihan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Selepas hampir dimalukan Malaysia sebelum menang 3-2 kelmarin, Ferguson kini mula menconggak strategi baru dengan membuat beberapa perubahan dalam kesebelasan utamanya ketika menjalani latihan tertutup di padang Majlis Sukan Negara (MSN), pagi semalam.

‘Budak baru’, Michael Owen yang meledak gol kemenangan United, mungkin akan digandingkan dengan penyerang England, Wayne Rooney di jentera serangan, manakala pemain veteran Ryan Giggs pula akan mendapat tempat dalam kesebelasan utama.

“Kami akan turun berdepan pilihan Malaysia sekali lagi di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok (hari ini) dan susunan pemain juga mungkin akan berubah,” kata Ferguson.

“Saya akan menurunkan barisan terkuat dan saya jamin pertemuan kedua ini pastinya berbeza dengan aksi pertama semalam (kelmarin).”

Pertemuan kedua dalam siri jelajah pra musim kelab Liga Perdana England itu ke Asia terpaksa diadakan di Kuala Lumpur selepas kunjungan ke Jakarta, Indonesia dibatalkan atas faktor keselamatan.

Bagi Ferguson, perlawanan kedua ini akan menjanjikan persembahan yang berbeza selepas pemainnya sudah mendapat rehat yang cukup setelah mengharungi penerbangan yang panjang sebelum tiba ke Kuala Lumpur Jumaat lepas.

“Pembatalan kunjungan ke Indonesia telah memberi kami lebih banyak masa untuk menjalani latihan.

“Pemain juga akan mendapat rehat yang secukupnya untuk memberi aksi yang lebih bertenaga. Jadi dengan masa yang kami ada sekarang, saya harap pemain dapat menggunakannya dengan baik,” kata Ferguson.

Sebaik saja tamat sesi latihan pagi semalam, skuad Manchester United kembali semula ke hotel penginapan mereka, Mandarin Oriental sebelum turun menjalani latihan ringan di gimnasium pada sebelah petang.

United,United berita, United kini, United dunia, United asia,United malaysia, United melayu, United indon, United indonesia, United kl, United foto, United gambar, United bf1, berita dunia, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik, berita-berita, beritakini, beritadunia, beridaasia, beritamalaysia, beritamelayu, beritaindon, beritaindonesia, beritakl, beritafoto, beritagambar, beritaterkini, beritaweb, beritaharian, beritabaru, beritabf1, beritatv, berita8, beritagay, beritapenting, beritabulan, beritakasa, beritaawas, berita2, beritascander, beritajalan, beritamaju, beritasukan, berita kini, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita foto, berita gambar, berita terkini, berita web, berita harian, berita baru, berita bf1, berita tv, berita 8, berita gay, berita penting, berita bulan, berita kasa, berita awas, berita scander, berita jalan, berita maju, berita sukan, berita, kini, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, kl, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, bf1