Tag Archives: luar

Anak perempuan Schwarzenegger mahu tukar nama

Anak perempuan Schwarzenegger mahu tukar nama

LOS ANGELES 10 Ogos – Anak perempuan sulung pelakon Arnold Schwarzenegger mempertimbangkan untuk menukar nama keluarganya kerana menganggap ia terlalu gah untuk dikaitkan dengan dirinya.

Katherine, 21, membuat pertimbangan tersebut apabila memasuki kolej kelak.

“Saya terfikir untuk menukar nama keluarga kerana mahu keluar bersama lelaki.

“Menggunakan nama Schwarzenegger setiap hari sebagai nama akhir membuatkan saya terlampau memikirkannya,” katanya kepada Harper’s Bazaar.

Katanya, setiap lelaki yang berminat dengan sukan bina badan akan menyebut nama bapanya setelah mereka mengetahui nama akhirnya.

“Saya berasa seperti mereka sebenarnya mahu keluar bersama Arnold dan bukannya saya,” ujarnya.

Walaupun kini bapa dan ibunya, Maria Shriver berdepan dengan masalah keretakan rumah tangga, Katherine tetap berterima kasih kepada mereka kerana membesarkan dia serta adik beradiknya, Christina, 19; Patrick, 17 dan Christopher, 13.

“Saya percaya semua yang berlaku kini mempunyai sebab yang tersendiri dan akan memahaminya apabila semuanya selesai,” katanya.

nama, schwarzenegger, mahu, anak, perempuan, anak perempuan, perempuan schwarzenegger, schwarzenegger mahu, tukar, mahu tukar, tukar nama, luar, negara, luar negara, malaysia, Anak perempuan, sulung, pelakon, Arnold Schwarzenegger, nama keluarganya, Katherine, membuat pertimbangan, memasuki, kolej, kelak, Saya, menukar, nama, keluarga, keluar, bersama, lelaki

54 kereta api laju China ditarik balik

54 kereta api laju China ditarik balik

SHANGHAI 12 Ogos – Pembuat kereta api kedua terbesar China akan menarik balik 54 kereta api laju yang digunakan dalam perkhidmatan kereta api baru Beijing-Shanghai di atas sebab-sebab keselamatan, kata firma itu hari ini.

Penarikan balik kereta api siri CRH380BL itu dilakukan tiga minggu selepas tragedi 40 orang maut dalam kemalangan kereta api laju yang menimbulkan kemarahan orang awam, kritikan media dan pembekuan projek baru landasan kereta api.

CSR Corp. Ltd. dalam satu kenyataan kepada Bursa Saham Shanghai berkata, penarikan balik itu akan melibatkan kos yang masih belum ditentukan namun tidak mempengaruhi kontrak jualan dengan pelanggan ketika ini.

utusan, kereta, balik, laju, kereta laju, online, china, laju china, ditarik, china ditarik, ditarik balik, luar, negara, luar negara, malaysia, kemalangan kereta, Pembuat, kereta api, kedua, terbesar, China, menarik, balik, kereta, api, laju, perkhidmatan, kereta api, Beijing, Shanghai,  keselamatan, firma, Penarikan, balik, siri, tiga, minggu, tragedi, orang, maut, kemalangan, menimbulkan, kemarahan, orang, awam, kritikan, media, pembekuan, landasan, kereta, api

Nadal kalah mengejut

Nadal kalah mengejut

MONTREAL, Kanada – Pemain Croatia, Ivan Dodig melakar kejutan besar pada kejohanan tenis Montreal Masters selepas menyingkirkan pilihan kedua, Rafael Nadal 1-6, 7-6 (7-5), 7-6 (7-5) di pusingan kedua, semalam.

Selepas kalah mudah di set pembukaan, Dodig, pilihan ke-41 mempamer kebangkitan dalam perlawanan yang berlangsung selama tiga jam menerusi bantuan 19 ace. Pada kedudukan 5-5 di set ketiga, dia melakukan ace dengan kelajuan 135 kilometer sejam diikuti hantaran kilas yang gagal dibalas Nadal.

“Secara jujur, saya tidaklah rasa teruk sangat… tetapi saya juga tidak boleh kata yang saya bermain baik. Dalam tempoh kritikal, saya tidak beraksi dengan bermain bagus, itu kebenarannya,” kata Nadal, yang bergelut dengan masalah resdung, sekalipun menang mudah set pertama.

Dodig memanfaatkan sepenuhnya keadaan lawan, memberi masalah demi masalah kepada Nadal dan melakukannya berulang kali.

“Ini adalah kemenangan terbesar dalam karier saya dan hidup saya… saya benar-benar menikmatinya,” kata Dodig yang amat teruja.

Nadal, juara di Kanada sebanyak dua kali pada 2005 dan 2008 gagal melakukan servis yang baik untuk mengutip mata, pada ketika Dodig beraksi lebih kemas, terutama memasuki tie-break set ketiga dan bangkit dari ketinggalan 0-2.

“Dia bermain dengan amat baik, sangat agresif. Dia tidak langsung merasa tekanan dan itu adalah perkara paling penting. Di akhir perlawanan, mungkin tuah juga tidak menyebelahi saya,” ujar Nadal.

Nadal kini perlu bekerja lebih keras untuk merampas kembali ranking No. 1 dunia daripada Novak Djokovic selepas pemain muda Serbia itu meneruskan kecemerlangan dengan mengalahkan Nikolay Davydenko untuk meneruskan kemaraan.

Djokovic, yang melangkah ke pusingan ketiga dengan menumpaskan Davydenko 7-5, 6-1 kini telah memenangi 49 daripada 50 perlawanannya musim ini. Dia merampas takhta No. 1 dunia selepas kemenangan Wimbledon, menamatkan dominasi 56 minggu Nadal.

Turut meneruskan kemaraan adalah pilihan ketiga, Roger Federer yang mengecewakan pemain tuan rumah, Vasek Pospisil 7-5, 6-3 untuk menempah pertemuan ulangan dengan pemain Perancis, Jo-Wilfried Tsonga, yang mara selepas mengalahkan Bernard Tomic dari Australia, 6-3, 7-6 (7-1).

Nadal kalah biografi, Nadal kalah dunia, Nadal kalah gambar, Nadal kalah gay, Nadal kalah indon, Nadal kalah indonesia, Nadal kalah kini, Nadal kalah kl, Nadal kalah malaysia, Nadal kalah melayu, Nadal kalah penting, Nadal kalah politik, Nadal kalah skander, Nadal kalah sejarah, Nadal kalah berita, Nadal kalah terbaru, Nadal kalah terkini, Nadal kalah tv, nadal, kalah, nadal kalah, mengejut, kalah mengejut, sukan, luar, negara, luar negara,  malaysia, sukan luar, sukan