Tag Archives: “laman

China haramkan lagu Lady Gaga

China haramkan lagu Lady Gaga

BEIJING 25 Ogos – China mengharamkan laman web daripada memaparkan 100 lagu daripada artis terkemuka seperti Lady Gaga dan Backstreet Boys, kata kenyataan dalam laman web Kementerian Kebudayaan republik komunis itu.

Kementerian itu berkata, ia bertujuan untuk mengawal ‘peraturan’ pasaran muzik di Internet, dan lagu-lagu ‘yang memudaratkan budaya di negara itu mesti dibersihkan serta dikawal di bawah undang-undang’.

Notis tersebut yang diterbitkan pada 19 Ogos lalu dan dipamerkan dalam laman web kementerian, menyenaraikan lagu nyanyian Lady Gada iaitu The Edge of Glory, Hair, Marry the Night dan Bloody Mary.

Kenyataan itu tidak menjelaskan faktor lagu-lagu terbabit diharamkan namun kebiasaannya China menapis sebarang perkara yang dianggap menyentuh sensitiviti politik.

Lirik terakhir lagu Bloody Mary mengandungi ayat ‘Oh liberdade, mi amor’ (Oh kebebasan, cintaku), dan lagu Hair dengan lirik ‘This is my prayer, That I’ll die living just as free as my hair’ (Ini doaku, Aku akan hidup dan mati dengan bebas seperti rambutku).

Turut disenarai hitamkan oleh kerajaan China ialah lagu daripada kumpulan terkenal Backstreet Boys; penyanyi R&B, Beyonce; kumpulan muzik dari Kanada, Simple Plan dan kumpulan pop Britain, Take That.

Lagu artis Asia yang diharamkan termasuklah penyanyi Taiwan, Zhang Hui-mei yang sebelum ini menghina kerajaan Beijing selepas menyanyikan lagu kebangsaan Taiwan semasa pelantikan bekas Presiden Taiwan, Chen Shui-bian pada 2000.

China, yang menganggap Taiwan sebagai sebahagian daripada wilayahnya, mengharamkan Hui-mei buat sementara waktu daripada membuat persembahan di Tanah Besar dan membatalkan semula iklan produknya.

Pihak berkuasa dilaporkan turut mengharamkan beberapa kumpulan muzik dari luar negara untuk membuat persembahan secara langsung di China, atau meneliti terlebih dahulu senarai lagu bagi mengetepikan lagu yang dianggap sensitif.

Sekatan sedemikian semakin ketat dikenakan terhadap persembahan artis dari luar negara selepas penyanyi Iceland, Bjork menjerit ‘Tibet!’ ketika selesai menyanyikan lagunya, Declare Independence pada pertunjukan Shanghai 2008.

Sejak 2010, China mengkehendaki semua lagu yang dimasukkan dalam laman web muzik supaya mendapat kelulusan terlebih dahulu, sebagai sebahagian langkah untuk menghapuskan kegiatan cetak rompak.

China, haramkan, lagu, Lady, Gaga, China, mengharamkan, laman, web, memaparkan, lagu, artis, terkemuka, Lady Gaga, Backstreet Boys, kenyataan, laman, web, Kementerian, Kebudayaan, republik, komunis, Kementerian, bertujuan, mengawal, ‘peraturan’ pasaran, muzik, Internet, lagu-lagu, memudaratkan, budaya, negara, bersihkan, bawah, undang-undang, The, Edge, Glory, Hair, Marry, Night, Bloody, Mary

Nasri dikecam pentingkan wang

Nasri dikecam pentingkan wang

LONDON – Samir Nasri dikecam oleh pemain baru Gunners selepas bintang Perancis itu meninggalkan Arsenal untuk Manchester City kerana mengejar tawaran yang lumayan.

Emmanuel Frimpong, 19, membidas Nasri yang bakal menerima gaji 175,000 pound (RM859,769) seminggu.

Pemain tengah, Frimpong menerusi laman sosial Twitter berkata: “Wang merupakan akar umbi kepada semua kejahatan.”

Kenyataannya itu dibuat selepas Arsenal mengumumkan perpindahan pemain itu menerusi laman web rasmi kelab tersebut, kelmarin.

Bintang baru Gunners itu dibuang padang sewaktu menentang Liverpool, Sabtu lalu masih marah terhadap keputusan Nasri, sehari selepas rakan sepasukan, Jack Wilshere mengucapkan selamat maju jaya kepada pemain itu.

Wilshere berkata: “Selamat berjaya kepada rakan saya Nasri. Saya belajar banyak daripadanya. Dia merupakan pemain berkelas dunia. Kami akan merinduinya.”

Namun Frimpong dalam Twitternya membalas: “Cukuplah Jack,” yang menandakan dia tidak akan dirindui oleh pemain di Emirates.

Sementara itu, Gareth Barry percaya ketibaan Samir Nasri bakal membangkitkan semangat untuk Manchester City memburu trofi kejuaraan.

Pemain tengah Arsenal itu, kelmarin menandatangani perjanjian sebanyak 22 juta pound (RM108 juta).

Barry berpendapat, pemain berusia 24 tahun itu merupakan seorang lagi bintang yang berkualiti berjaya diikat Roberto Mancini bagi mewujudkan lebih banyak pilihan pada posisi tengah.

Pemain itu turut meramalkan Nasri bukan pemain terakhir yang akan menyertai City, dengan bos kelab itu, kelmarin mengakui dia amat berminat untuk mendapatkan bintang Roma, Daniele de Rossi.

Namun ketika ditanya mengenai Nasri, Barry berkata: “Dia amat hebat. Jika anda mahu memenangi trofi, anda memerlukan pemain yang luar biasa dan dia merupakan seorang daripadanya.

“Sesiapa sahaja yang memiliki kualiti seperti itu dan menyertai skuad kami, dia bakal membantu kami.”

Nasri, kecam, pentingkan, wang, Samir Nasri, pemain, baru, Gunners, bintang,Perancis, Arsenal, Manchester City, mengejar, tawaran, lumayan, Emmanuel Frimpong, membidas, Nasri, bakal, menerima, gaji, seminggu, Pemain, tengah, Frimpong, laman, sosial, Twitter, Wang, berita harian, berita ,asia, berita indon, berita indonesia, berita kesihatan, berita kl, berita malaysia, Berita Malaysia dan Singapore, berita melayu, berita penting, berita politik, berita sains, berita sejarah, berita sukan, berita teknologi, berita terbaru, berita terkini, Gareth Barry, percaya, Samir Nasri, ,semangat,  Manchester City, memburu, trofi, kejuaraan

Fabregas akhirnya kembali ke Barcelona

Fabregas akhirnya kembali ke Barcelona

BARCELONA – Ketua pasukan Arsenal, Cesc Fabregas melengkapkan perpindahan ke Barcelona dengan menandatangani kontrak lima tahun bersama kelab yang pernah diwakilinya ketika zaman remaja, kata kelab gergasi Sepanyol itu semalam.

“Cesc akhirnya menyertai Barcelona setelah menandatangani kontrak lima musim. Syarat-syarat pembelian bakal mencecah 200 juta euro,” kata kelab itu dalam laman kelab.

Terdahulu, pemain berusia 24 tahun itu menjalani pemeriksaan perubatan dan diperkenalkan secara rasmi di hadapan ribuan penyokong di Camp Nou.

Juara Eropah itu mengesahkan perjanjian untuk mendapatkan Fabregas berjaya dicapai ketika separuh masa pertama pertembungan Piala Super Sepanyol dengan Real Madrid berlangsung.

Perjanjian tersebut menamatkan kisah panjang perpindahan pemain itu yang bermula tahun lalu untuk membawa Fabregas kembali semula ke bekas kelabnya ketika dia berusia 16 tahun pada 2003.

Sementara itu, Fabregas yang memakai jersi No. 4 Barca berkata di hadapan ribuan peminat di Camp Nou: “Saya kembali selepas lapan tahun,”.

Jurulatih Barcelona, Josep Guardiola berkata, mereka kini memiliki seorang lagi pemain untuk beraksi dalam Piala Dunia Kelab dan banyak lagi perlawanan.

“Kami memerlukan lebih banyak pemain dan juga pemain yang bagus,” katanya.

Presiden Barcelona, Sandro Rossell amat gembira dengan kejayaan kelab itu mendapatkan pemain antarabangsa Sepanyol itu.

“Ia seperti seorang anak yang akan pulang ke rumah,” ujar Rossell.

Fabregas bersama dengan Arsenal selama lapan tahun dengan 303 penampilan, menjaringkan 57 gol dalam semua kejohanan.

Dilantik sebagai ketua pasukan Arsenal pada November 2008, dia juga merupakan pemain tetap dalam skuad kebangsaan Sepanyol dan telah membuat 58 penampilan antarabangsa.

Pemergian Fabregas meletakkan penyerang Robin van Persie sebagai calon untuk jawatan ketua pasukan baru Arsenal.

Fabregas akhirnya, Fabregas akhirnya asia, Fabregas akhirnya baru, berita artis, Berita Asia, berita bf1, berita gay, berita harian, berita hiburan, berita indon, berita indonesia, berita kesihatan, berita kl, berita malaysia, Berita Malaysia dan Singapore, berita melayu, berita penting, berita politik, berita sains, berita sejarah, berita sukan, berita teknologi, berita terbaru, berita terkini, berita tv, Fabregas, kembali, Barcelona, pasukan, Arsenal, Cesc Fabregas, perpindahan, Barcelona, kontrak, lima, tahun, kelab, kelab, gergasi, Sepanyol,”Cesc, akhirnya menyertai, Barcelona, kontrak, lima, musim, mencecah, juta, euro,”laman, kelab