Tag Archives: lagu

China haramkan lagu Lady Gaga

China haramkan lagu Lady Gaga

BEIJING 25 Ogos – China mengharamkan laman web daripada memaparkan 100 lagu daripada artis terkemuka seperti Lady Gaga dan Backstreet Boys, kata kenyataan dalam laman web Kementerian Kebudayaan republik komunis itu.

Kementerian itu berkata, ia bertujuan untuk mengawal ‘peraturan’ pasaran muzik di Internet, dan lagu-lagu ‘yang memudaratkan budaya di negara itu mesti dibersihkan serta dikawal di bawah undang-undang’.

Notis tersebut yang diterbitkan pada 19 Ogos lalu dan dipamerkan dalam laman web kementerian, menyenaraikan lagu nyanyian Lady Gada iaitu The Edge of Glory, Hair, Marry the Night dan Bloody Mary.

Kenyataan itu tidak menjelaskan faktor lagu-lagu terbabit diharamkan namun kebiasaannya China menapis sebarang perkara yang dianggap menyentuh sensitiviti politik.

Lirik terakhir lagu Bloody Mary mengandungi ayat ‘Oh liberdade, mi amor’ (Oh kebebasan, cintaku), dan lagu Hair dengan lirik ‘This is my prayer, That I’ll die living just as free as my hair’ (Ini doaku, Aku akan hidup dan mati dengan bebas seperti rambutku).

Turut disenarai hitamkan oleh kerajaan China ialah lagu daripada kumpulan terkenal Backstreet Boys; penyanyi R&B, Beyonce; kumpulan muzik dari Kanada, Simple Plan dan kumpulan pop Britain, Take That.

Lagu artis Asia yang diharamkan termasuklah penyanyi Taiwan, Zhang Hui-mei yang sebelum ini menghina kerajaan Beijing selepas menyanyikan lagu kebangsaan Taiwan semasa pelantikan bekas Presiden Taiwan, Chen Shui-bian pada 2000.

China, yang menganggap Taiwan sebagai sebahagian daripada wilayahnya, mengharamkan Hui-mei buat sementara waktu daripada membuat persembahan di Tanah Besar dan membatalkan semula iklan produknya.

Pihak berkuasa dilaporkan turut mengharamkan beberapa kumpulan muzik dari luar negara untuk membuat persembahan secara langsung di China, atau meneliti terlebih dahulu senarai lagu bagi mengetepikan lagu yang dianggap sensitif.

Sekatan sedemikian semakin ketat dikenakan terhadap persembahan artis dari luar negara selepas penyanyi Iceland, Bjork menjerit ‘Tibet!’ ketika selesai menyanyikan lagunya, Declare Independence pada pertunjukan Shanghai 2008.

Sejak 2010, China mengkehendaki semua lagu yang dimasukkan dalam laman web muzik supaya mendapat kelulusan terlebih dahulu, sebagai sebahagian langkah untuk menghapuskan kegiatan cetak rompak.

China, haramkan, lagu, Lady, Gaga, China, mengharamkan, laman, web, memaparkan, lagu, artis, terkemuka, Lady Gaga, Backstreet Boys, kenyataan, laman, web, Kementerian, Kebudayaan, republik, komunis, Kementerian, bertujuan, mengawal, ‘peraturan’ pasaran, muzik, Internet, lagu-lagu, memudaratkan, budaya, negara, bersihkan, bawah, undang-undang, The, Edge, Glory, Hair, Marry, Night, Bloody, Mary

Madonna bercuti bersama kekasih muda di Perancis

Madonna bercuti bersama kekasih muda di Perancis

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) – Kekasih baharu Madonna, Brahim Zaobat sudah diterima sebagai sebahagian keluarga penyanyi itu, lapor sebuah akhbar semalam.

Tanggapan penerimaan tersebut dibuat ekoran Madonna yang berusia 53 tahun keluar bercuti dengan anak-anaknya bersama kekasihnya itu yang hanya berumur 24 tahun.

Madonna dan Brahim juga bermain jet ski di Antibes, Perancis.

Empat anak Madonna iaitu Lourdes, 15, Rocca, 10, David, 5 dan Mercy, 4, menyertai percutian ibu mereka itu.

Beberapa laporan baru-baru ini mendakwa penyanyi lagu Ray of Light itu sedang mabuk cinta dengan Brahim yang merupakan seorang penari Perancis.

“Dia bangga dengan Brahim dan merasakan tidak perlu menyembunyikan hubungan cinta mereka,” kata sumber yang rapat dengan Madonna kepada majalah hiburan Star Magazine.

“Madonna tidak pernah dilamun cinta seperti ini sejak bertahun-tahun dahulu. Selepas hampir setahun bersama, dia mahu memperakukan Brahim sebagai teman lelakinya,” jelas sumber yang sama.

Madonna, bercuti, bersama, kekasih, muda, Perancis, Kekasih, baharu, Madonna, Brahim Zaobat,  keluarga, penyanyi, Tanggapan, penerimaan, Madonna, bercuti, kekasihnya, berumur, tahun, Madonna  bermain, jet, ski, Antibes, Perancis, Empat, anak, Lourdes, Rocca, David, Mercy, percutian, ibu, mereka, penyanyi, lagu, Ray Light, mabuk, cinta, Brahim, seorang, penari, Perancis, berita dunia, berita sukan, berita asia, berita asia, berita ekonomi, berita eropah, berita web, berita antarabangsa