Tag Archives: Lady Gaga

China haramkan lagu Lady Gaga

China haramkan lagu Lady Gaga

BEIJING 25 Ogos – China mengharamkan laman web daripada memaparkan 100 lagu daripada artis terkemuka seperti Lady Gaga dan Backstreet Boys, kata kenyataan dalam laman web Kementerian Kebudayaan republik komunis itu.

Kementerian itu berkata, ia bertujuan untuk mengawal ‘peraturan’ pasaran muzik di Internet, dan lagu-lagu ‘yang memudaratkan budaya di negara itu mesti dibersihkan serta dikawal di bawah undang-undang’.

Notis tersebut yang diterbitkan pada 19 Ogos lalu dan dipamerkan dalam laman web kementerian, menyenaraikan lagu nyanyian Lady Gada iaitu The Edge of Glory, Hair, Marry the Night dan Bloody Mary.

Kenyataan itu tidak menjelaskan faktor lagu-lagu terbabit diharamkan namun kebiasaannya China menapis sebarang perkara yang dianggap menyentuh sensitiviti politik.

Lirik terakhir lagu Bloody Mary mengandungi ayat ‘Oh liberdade, mi amor’ (Oh kebebasan, cintaku), dan lagu Hair dengan lirik ‘This is my prayer, That I’ll die living just as free as my hair’ (Ini doaku, Aku akan hidup dan mati dengan bebas seperti rambutku).

Turut disenarai hitamkan oleh kerajaan China ialah lagu daripada kumpulan terkenal Backstreet Boys; penyanyi R&B, Beyonce; kumpulan muzik dari Kanada, Simple Plan dan kumpulan pop Britain, Take That.

Lagu artis Asia yang diharamkan termasuklah penyanyi Taiwan, Zhang Hui-mei yang sebelum ini menghina kerajaan Beijing selepas menyanyikan lagu kebangsaan Taiwan semasa pelantikan bekas Presiden Taiwan, Chen Shui-bian pada 2000.

China, yang menganggap Taiwan sebagai sebahagian daripada wilayahnya, mengharamkan Hui-mei buat sementara waktu daripada membuat persembahan di Tanah Besar dan membatalkan semula iklan produknya.

Pihak berkuasa dilaporkan turut mengharamkan beberapa kumpulan muzik dari luar negara untuk membuat persembahan secara langsung di China, atau meneliti terlebih dahulu senarai lagu bagi mengetepikan lagu yang dianggap sensitif.

Sekatan sedemikian semakin ketat dikenakan terhadap persembahan artis dari luar negara selepas penyanyi Iceland, Bjork menjerit ‘Tibet!’ ketika selesai menyanyikan lagunya, Declare Independence pada pertunjukan Shanghai 2008.

Sejak 2010, China mengkehendaki semua lagu yang dimasukkan dalam laman web muzik supaya mendapat kelulusan terlebih dahulu, sebagai sebahagian langkah untuk menghapuskan kegiatan cetak rompak.

China, haramkan, lagu, Lady, Gaga, China, mengharamkan, laman, web, memaparkan, lagu, artis, terkemuka, Lady Gaga, Backstreet Boys, kenyataan, laman, web, Kementerian, Kebudayaan, republik, komunis, Kementerian, bertujuan, mengawal, ‘peraturan’ pasaran, muzik, Internet, lagu-lagu, memudaratkan, budaya, negara, bersihkan, bawah, undang-undang, The, Edge, Glory, Hair, Marry, Night, Bloody, Mary

Lady Gaga diraba peminat

Lady Gaga diraba peminat

CHICAGO, Amerika Syarikat – Tubuh penyanyi terkenal, Lady Gaga (gambar) diraba selepas dia melompat dari pentas ke arah sejumlah peminat pada satu konsert sempena Festival Lollapalooza di sini pada minggu lalu.

Semasa kejadian, Lady Gaga memakai pakaian separuh bogel yang hampir menampakkan keseluruhan payu dara selain berseluar jarang.

Peminat-peminatnya mengambil kesempatan dengan memegang tubuh penyanyi itu sebelum dia ditarik kembali ke atas pentas oleh beberapa pengawal keselamatan.

Insiden penyanyi tersebut yang popular dengan lagu seperti Poker Face itu boleh dilihat di laman YouTube.

Lady Gaga, Lady Gaga kini, Lady Gaga terkini, Lady Gaga terbaru, Lady Gaga baru, Lady Gaga skandal, gambar Lady Gaga, foto Lady Gaga, video Lady Gaga, biodata Lady Gaga, biografi Lady Gaga, sejarah Lady Gaga, web Lady Gaga, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia