Tag Archives: ladang

168 maut pesawat terhempas

mainpix

168 maut pesawat terhempas

Sebuah pesawat penumpang milik syarikat Iran, Caspian Airlines terhempas di barat laut negara teluk itu semalam, menyebabkan 168 penumpang dan anak kapal terbunuh.

Jurucakap pertubuhan penerbangan Iran, Reza Jafarzadeh, memberitahu stesen televisyen tempatan, pesawat Tupolev buatan Russia itu membawa 153 penumpang dan 15 anak kapal ketika ia terhempas.

Pengarah Perkhidmatan Kecemasan Qazvin, Hossein Behzadpour, berkata: “Semua penumpang dan anak kapal berkemungkinan besar terbunuh,” katanya.

Seorang jurucakap Penerbangan Caspian di Yerevan berkata, kebanyakan penumpang berketurunan Armenia, manakala beberapa warga Georgia juga menaiki pesawat itu. Tidak dapat dipastikan jika ada penumpang negara lain turut menaikinya.

Stesen televisyen turut menunjukkan rakaman serpihan pesawat dan anggota badan mangsa nahas.

“Ia adalah nahas yang besar dengan serpihan pesawat bertaburan di kawasan seluas kira-kira 200 meter persegi. Letupan yang berlaku menyebabkan kawah sedalam 10 meter terbentuk,” kata seorang anggota bomba kepada stesen televisyen kerajaan Iran.

Sebuah lagi stesen televisyen turut menunjukkan kawah besar di kawasan ladang dipenuhi serpihan logam yang bertaburan di sekelilingnya. Asap dilihat berkepul ketika polis dan orang ramai meninjau lokasi kejadian.

Agensi berita rasmi Iran, IRNA melaporkan, pesawat malang itu sedang dalam perjalanan dari Teheran menuju Yerevan di Armenia, apabila ia terhempas jam 11.33 pagi waktu tempatan berhampiran bandar Qazvin.

“Pesawat terhempas 16 minit sesudah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini,” kata agensi itu.

Agensi Berita Fars memetik kenyataan seorang pegawai kanan wilayah, Sirous Saberi yang berkata, pesawat berkenaan menghadapi masalah teknikal dan cuba membuat pendaratan cemas.

“Malangnya pesawat itu terbakar di udara dan terhempas. Pelbagai serpihan kecil pesawat dapat dilihat di atas tanah,” katanya.

Ketua polis Qazvin, Massoud Jafari memberitahu IRNA: “Bukti menunjukkan bahawa pesawat ini musnah sama sekali”.


terhempas, terhempas berita, terhempas kini, terhempas dunia, terhempas asia, terhempas malaysia, terhempas melayu, terhempas indon, terhempas indonesia, terhempas kl, terhempas foto, terhempas gambar, terhempas bf1, berita dunia, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik, berita-berita, beritakini, beritadunia, beridaasia, beritamalaysia, beritamelayu, beritaindon, beritaindonesia, beritakl, beritafoto, beritagambar, beritaterkini, beritaweb, beritaharian, beritabaru, beritabf1, beritatv, berita8, beritagay, beritapenting, beritabulan, beritakasa, beritaawas, berita2, beritascander, beritajalan, beritamaju, beritasukan, berita kini, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita foto, berita gambar, berita terkini, berita web, berita harian, berita baru, berita bf1, berita tv, berita 8, berita gay, berita penting, berita bulan, berita kasa, berita awas, berita scander, berita jalan, berita maju, berita sukan, berita, kini, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, kl, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, bf1

Lelaki 90 tahun ada 50 anak

Lelaki 90 tahun ada 50 anak

SAO PAULO – Seorang pesara pekerja ladang dari Rio Grande do Norte, Brazil, Luiz Costa de Oliveria yang berumur 90 tahun mempunyai 50 orang anak hasil hubungannya dengan empat wanita dua daripadanya adik-beradik dan seorang lagi adalah ibu mereka sendiri, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia mempunyai 17 anak hasil hubungan dengan isterinya yang pertama.

Selepas isteri yang pertama meninggal dunia, dia berkahwin dengan Maria Francisca da Silva yang melahirkan 17 lagi anak.

Lelaki itu kemudian menjalin hubungan dengan adik isterinya yang kedua menyebabkan dia memperoleh 15 orang lagi anak.

Ibu kedua-dua wanita adik-beradik itu yang berusia 89 tahun itu juga menjalin hubungan dengan Oliveria telah melahirkan seorang anak.

“Perkara yang terbaik dicipta Tuhan di dunia ialah wanita,” katanya kepada sebuah akhbar tempatam, Diario de Natal.

Beberapa orang anaknya mati semasa mereka hidup dalam kemiskinan.

Namun, dia kini mempunyai lebih 100 cucu dan 30 cicit.

Lelaki itu tidak pernah merokok atau minum minuman keras selama 40 tahun mengaku, dia tidak mengetahui semua nama anaknya.

Isteri keduanya berkata, suaminya tidak pernah mengabaikannya selain selalu mengambi berat tentang anak-anaknya.

 

Kebakaran makin marak di Kepulauan Canary

lu_04.1

Kebakaran makin marak di Kepulauan Canary

LA PALMA Kepulauan Canary – Kebakaran hutan yang diburukkan oleh angin kencang telah memaksa kira-kira 4,000 penduduk di sini meninggalkan kediaman masing- masing, kata kerajaan Sepanyol.

‘‘Api yang marak di kawasan lereng bukit yang curam di bahagian tenggara pulau yang menempatkan gunung berapi terpendam, San Antonio telah memusnahkan beberapa buah rumah dan boleh menghapuskan habitat hidupan liar,’’ kata pekerja alam sekitar Narciso Lorenzo melalui telefon.

Kepulan asap tebal dari pulau itu yang dianggarkan setinggi lebih 1,000 meter, boleh dilihat dengan jelas dari pesawat yang mendarat di lapangan terbang La Palma.

Punca kebakaran masih belum diketahui, namun cuaca panas selama beberapa hari telah menyebabkan keadaan kering di La Palma yang biasanya hijau – kawasan di Kepulauan Canary Sepanyol yang paling kurang membangun dan paling hijau, di luar persisiran Afrika Barat.

Penyanyi pop, Madonna pernah memuji La Palma di dalam lagunya, La Isla Bonita.

Seluruh pasukan bomba pulau itu termasuk beberapa pesawat bertungkus-lumus memadamkan kebakaran dari tiga arah berbeza sekitar bandar Fuencaliente.

‘‘Sepanyol menghantar Unit Kecemasan Tentera daripada pulau Tenerife berhampiran dan satu batalion dari kem tentera tanah besar dekat Seville disediakan untuk ke La Palma,’’ kata Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan.

Katanya, seramai 52 orang telah diselamatkan menggunakan bot daripada kawasan yang terkenal dengan hutan pain Canary dan ladang anggur itu.

Satu lagi kebakaran yang lebih kecil telah dikawal berhampiran pulau La Gomera, 30 kilometer arah tenggara La Palma.

Sementara itu, di tanah besar, anggota bomba bertarung dengan empat kebakaran hutan, dari Candamo di utara Asturias hingga ke Cortegana di barat daya Huelva, ujar kementerian.

Sepanjang musim panas setakat ini, kebakaran hutan telah meragut tujuh nyawa dan memusnahkan kira-kira 75,000 hektar hutan dan kawasan ladang di Sepanyol, menurut Kementerian Alam Sekitar.

Kebakaran, Kebakaran berita, Kebakaran kini, Kebakaran dunia, Kebakaran asia, Kebakaran malaysia, Kebakaran melayu, Kebakaran indon, Kebakaran indonesia, Kebakaran kl, Kebakaran foto, Kebakaran gambar, Kebakaran bf1, berita dunia, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik, berita-berita, beritakini, beritadunia, beridaasia, beritamalaysia, beritamelayu, beritaindon, beritaindonesia, beritakl, beritafoto, beritagambar, beritaterkini, beritaweb, beritaharian, beritabaru, beritabf1, beritatv, berita8, beritagay, beritapenting, beritabulan, beritakasa, beritaawas, berita2, beritascander, beritajalan, beritamaju, beritasukan, berita kini, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita foto, berita gambar, berita terkini, berita web, berita harian, berita baru, berita bf1, berita tv, berita 8, berita gay, berita penting, berita bulan, berita kasa, berita awas, berita scander, berita jalan, berita maju, berita sukan, berita, kini, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, kl, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, bf1