Tag Archives: kualiti

Walkman Sony MP3 melengkapkan trend muzik mobiliti

me_01.1

Walkman Sony MP3 melengkapkan trend muzik mobiliti

MENDENGAR muzik secara mobiliti kini semakin menjadi trend moden terutama kalangan golongan remaja. Sambutan menggalakkan itu telah mendorong pelbagai peranti pemain muzik dijual secara meluas di pasaran.

Tidak mahu ketinggalan dalam perkembangan tersebut, syarikat pengeluar produk elektronik, Sony Malaysia baru-baru ini memperkenalkan koleksi Walkman Siri-B.

Menurut Pengurus Besar Bahagian Pemasaran Produk Sony, Taku Taguchi, pihaknya memahami kehendak penggemar muzik yang memerlukan sebuah peranti yang dapat memudahkan mereka mendengar muzik ketika melakukan apa juga aktiviti.

”Selain reka bentuk yang menarik, kehadiran produk baru ini juga menawarkan fungsi dan kualiti muzik tanpa kompromi,” jelasnya.

Berkonsepkan muzik sebagai teman hidup, produk semua dalam satu itu menawarkan kepelbagaian aplikasi audio seperti permainan MP3, penalaan radio FM dan juga fungsi rakaman. Menampilkan rekaan bergaya, nipis dan ringan iaitu hanya seberat 26 gram, ciri tersebut pasti memudahkannya untuk di bawa ke mana-mana.

Selain itu, model terbaru Walkman itu juga menawarkan pengalaman mendengar muzik secara berterusan sehingga 18 jam dengan hanya sekali caj. Lebih menarik, menerusi ciri pengecas pantas, alat tersebut boleh menyokong permainan muzik sepanjang 90 minit hanya dengan mengecasnya selama tiga minit

Menerusi teknologi ZAPPINTM pula, pengguna boleh mencari lagu kegemaran yang ingin didengar berdasarkan keratan lagu pendek yang dimainkan. Dengan cara itu, navigasi pemilihan lagu dapat dijalankan dengan lebih mudah tanpa perlu melihat paparan pada panel skrin.

Dari segi keupayaan memori, ia didatangkan dengan kapasiti penyimpanan dua gigabait dan juga empat gigabait yang boleh menyimpan sebanyak 2,550 lagu. Ia turut dilengkapi dengan butang kawalan bass untuk memudahkan pengguna memilih mod muzik yang diinginkan.

Dengan pilihan warna merah, oren, hitam dan merah jambu, peranti berkenaan didatangkan bersama set fon kepala MDR-E804. Walkman NWZ-B142F kini dijual pada harga RM159 dan Walkman NWZ-B143F pula RM249.

Walkman, Walkman berita, Walkman kini, Walkman dunia, Walkman asia, Walkman malaysia, Walkman melayu, Walkman indon, Walkman indonesia, Walkman kl, Walkman foto, Walkman gambar, Walkman bf1, berita dunia, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik, berita-berita, beritakini, beritadunia, beridaasia, beritamalaysia, beritamelayu, beritaindon, beritaindonesia, beritakl, beritafoto, beritagambar, beritaterkini, beritaweb, beritaharian, beritabaru, beritabf1, beritatv, berita8, beritagay, beritapenting, beritabulan, beritakasa, beritaawas, berita2, beritascander, beritajalan, beritamaju, beritasukan, berita kini, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita foto, berita gambar, berita terkini, berita web, berita harian, berita baru, berita bf1, berita tv, berita 8, berita gay, berita penting, berita bulan, berita kasa, berita awas, berita scander, berita jalan, berita maju, berita sukan, berita, kini, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, kl, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, bf1, MP3

Rakaman unggul dengan telefon bimbit

me_03.1

Rakaman unggul dengan telefon bimbit

MENGETENGAHKAN kelainan pada model telefon bimbitnya kali ini, peneraju industri telekomunikasi mobiliti, Nokia telah tampil dengan model terbaru, Nokia N86.

Sesuatu yang berbeza, model berkenaan dilengkapi dengan keupayaan pengimejan terbaik menerusi kamera lapan megapiksel.

Didatangkan dengan lensa Carl Zeiss Tessar, ia pastinya menjanjikan kepuasan dari segi kualiti foto yang dirakam tidak kira dalam situasi apa sekali pun.

Selain keunggulan fungsi megapiksel, kamera pada telefon bimbit itu turut dilengkapi dengan ciri apertur boleh laras untuk kesempurnaan rakaman sama ada dalam keadaan cahaya yang amat terang atau samar.

Bagi tujuan rakaman imej bergerak pula, aplikasi kameranya mempunyai fungsi shutter mekanikal pantas serta teknologi pengurangan kekaburan automatik.

Dari segi masa pemprosesan foto, ia mempunyai keupayaan yang lebih cepat berbanding telefon bimbit berkamera lain.

Pengguna juga boleh memuat naik kesemua foto yang telah di rakam secara terus ke laman web rangkaian sosial menerusi perkhidmatan Ovi Share dan Flickr.

Di samping kualiti cemerlang, peranti itu juga dilengkapi dengan ruang simpanan memori binaan dalam lapan gigabait (GB) untuk simpanan foto sehingga 4,000 keping.

telefon bimbit, telefon bimbit berita, telefon bimbit kini, telefon bimbit dunia, telefon bimbit asia, telefon bimbit malaysia, telefon bimbit melayu, telefon bimbit indon, telefon bimbit indonesia, telefon bimbit kl, telefon bimbit foto, telefon bimbit gambar, telefon bimbit bf1, berita dunia, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik, berita-berita, beritakini, beritadunia, beridaasia, beritamalaysia, beritamelayu, beritaindon, beritaindonesia, beritakl, beritafoto, beritagambar, beritaterkini, beritaweb, beritaharian, beritabaru, beritabf1, beritatv, berita8, beritagay, beritapenting, beritabulan, beritakasa, beritaawas, berita2, beritascander, beritajalan, beritamaju, beritasukan, berita kini, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita foto, berita gambar, berita terkini, berita web, berita harian, berita baru, berita bf1, berita tv, berita 8, berita gay, berita penting, berita bulan, berita kasa, berita awas, berita scander, berita jalan, berita maju, berita sukan, berita, kini, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, kl, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, bf1

Kamera hibrid terkini

me_02.1

Kamera hibrid terkini

Merakamkan gambar menggunakan kamera kompak biasanya mungkin tidak seindah kamera DSLR yang digunakan oleh profesional.

Bukan tidak teringin memiliki kamera bak jurugambar profesional, masalahnya kamera SLR berat dan besar selain cara penggunaannya yang remeh.

Kajian yang dilakukan oleh pengeluar kamera terkemuka dunia, Olympus mendapati ramai pengguna kamera kompak berminat memiliki kamera DSLR tetapi disebabkan masalah saiz, berat dan cara penggunaan mereka terpaksa melupakan niat masing-masing.

Justeru bagi meningkatkan minat pengguna ke arah kamera SLR, Olympus melancarkan kamera inovasi terkini, Olympus PEN E-P1 dengan sistem lensa yang mematuhi piawaian Micro Four-Thirds System.

Kamera DSLR Olympus terkini dijangka meletakkan jenama Olympus dalam era baru fotografi digital. Produk terbaru ini dengan inovasi kreatif bakal memberikan hasil yang berkualiti tinggi sama ada dalam bentuk gambar pegun atau rakaman video dengan fungsi Art Filter yang membolehkan pengguna merakamkan gambar secara profesional.

Antara ciri lain yang menarik, pengguna boleh merakam gambar pegun dengan bunyi latar belakang. Mengimbau sejarah, nama Olympus PEN datangnya daripada kamera filem half-frame yang menjadi legenda telah diperkenalkan pada Oktober 1959.

Kamera model berkenaan telah berjaya dijual sebanyak 17 juta unit dijual seluruh dunia berikutan sikap pengguna gemarkan gambar yang cantik dan menarik.

Hari ini, dengan nama yang sama, ia membawa kejayaan cemerlang dalam saiznya yang kecil dan selesa sama seperti PEN tulen, selain rekaan penuh bergaya.

Piawaian Micro Four-Third System dalam PEN E-P1 menjadikannya lebih kompak dan ringan tanpa mengurangkan kualiti kamera SLR.

E-P1 bakal menjadi kegemaran penggemar fotografi sama ada bagi mereka yang baru bermula atau profesional. Pelancaran Micro Four-Third System merupakan sebahagian daripada strategi korporat dan jenama bagi meningkatkan pasaran terutamanya dalam kategori SLR.

Kamera hibrid terkini dengan empat ciri utama – kompak, kualiti DSLR, video HD dengan art filter dan pengendalian mudah akan mendapat tempat di pasaran negara.

Boleh didapati di pasaran awal Julai dengan harga bermula RM2,999 termasuk kit lensa standard 14-42 mm.

Pengguna boleh memilih dua warna menarik perak dan hitam.


Kamera, Kamera berita, Kamera kini, Kamera dunia, Kamera asia, Kamera malaysia, Kamera melayu, Kamera indon, Kamera indonesia, Kamera kl, Kamera foto, Kamera gambar, Kamera bf1, berita dunia, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik, berita-berita, beritakini, beritadunia, beridaasia, beritamalaysia, beritamelayu, beritaindon, beritaindonesia, beritakl, beritafoto, beritagambar, beritaterkini, beritaweb, beritaharian, beritabaru, beritabf1, beritatv, berita8, beritagay, beritapenting, beritabulan, beritakasa, beritaawas, berita2, beritascander, beritajalan, beritamaju, beritasukan, berita kini, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita foto, berita gambar, berita terkini, berita web, berita harian, berita baru, berita bf1, berita tv, berita 8, berita gay, berita penting, berita bulan, berita kasa, berita awas, berita scander, berita jalan, berita maju, berita sukan, berita, kini, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, kl, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, bf1