Tag Archives: keluar

Anak perempuan Schwarzenegger mahu tukar nama

Anak perempuan Schwarzenegger mahu tukar nama

LOS ANGELES 10 Ogos – Anak perempuan sulung pelakon Arnold Schwarzenegger mempertimbangkan untuk menukar nama keluarganya kerana menganggap ia terlalu gah untuk dikaitkan dengan dirinya.

Katherine, 21, membuat pertimbangan tersebut apabila memasuki kolej kelak.

“Saya terfikir untuk menukar nama keluarga kerana mahu keluar bersama lelaki.

“Menggunakan nama Schwarzenegger setiap hari sebagai nama akhir membuatkan saya terlampau memikirkannya,” katanya kepada Harper’s Bazaar.

Katanya, setiap lelaki yang berminat dengan sukan bina badan akan menyebut nama bapanya setelah mereka mengetahui nama akhirnya.

“Saya berasa seperti mereka sebenarnya mahu keluar bersama Arnold dan bukannya saya,” ujarnya.

Walaupun kini bapa dan ibunya, Maria Shriver berdepan dengan masalah keretakan rumah tangga, Katherine tetap berterima kasih kepada mereka kerana membesarkan dia serta adik beradiknya, Christina, 19; Patrick, 17 dan Christopher, 13.

“Saya percaya semua yang berlaku kini mempunyai sebab yang tersendiri dan akan memahaminya apabila semuanya selesai,” katanya.

nama, schwarzenegger, mahu, anak, perempuan, anak perempuan, perempuan schwarzenegger, schwarzenegger mahu, tukar, mahu tukar, tukar nama, luar, negara, luar negara, malaysia, Anak perempuan, sulung, pelakon, Arnold Schwarzenegger, nama keluarganya, Katherine, membuat pertimbangan, memasuki, kolej, kelak, Saya, menukar, nama, keluarga, keluar, bersama, lelaki

Samsung keluar telefon Galaxy

Samsung keluar telefon Galaxy

HONG KONG – Gergasi elektronik Korea Selatan, Samsung Electronics semalam memperkenalkan telefon bimbit terbaharunya, Galaxy Nexus.

Ia merupakan telefon pintar pertama menggunakan versi terkini sistem pengoperasian Android keluaran Google.

Galaxy Nexus merupakan hasil kerjasama Samsung-Google.

Pengeluaran itu adalah reaksi terhadap telefon pintar terbaharu keluaran Apple, iPhone 4S yang sudah dijual melebihi empat juta unit selepas kurang seminggu ia dipasarkan.

Dalam satu majlis pelancarannya di sini, Eksekutif Google, Andy Rubin berkata, sistem pengoperasian terkini Android itu yang dikenali sebagai Sandwich Ais Krim boleh digunakan pada telefon bimbit, komputer tablet dan pelbagai gajet lain.

Telefon itu turut memiliki teknologi pengecaman muka dan bukan kata laluan untuk mengaktifkannya.

Ia akan mula dijual pada bulan depan di Amerika Syarikat, Eropah, dan Asia termasuk China serta Jepun.

Harga telefon pintar tersebut bagaimanapun tidak didedahkan.

telefon, galaxy, samsung, keluar, samsung keluar, keluar telefon, telefon galaxy, Samsung keluar telefon, Galaxy, HONG KONG, Gergasi, elektronik, Korea Selatan, Samsung, Electronics, telefon, bimbit, terbaharu, Galaxy Nexus, telefon, pintar, pertama, menggunakan, versi, terkini, sistem, pengoperasian, Android, keluaran, Google, Galaxy Nexus, hasil, kerjasama, Samsung, Google, Pengeluaran, reaksi, terhadap, telefon, pintar, iPhone, melebihi, empat, juta, unit, kurang, seminggu, satu, majlis, pelancaran, Eksekutif, Google, Andy Rubin, sistem, Sandwich, Ais Krim, komputer, tablet, gajet, berita teknologi, berita telefon, berita terkini, berita luar negara, gambar telefon, foto telefon, galeri telefon, web telefon, berita asia berita harian

Liverpool dimalukan di White Hart Lane

Liverpool dimalukan di White Hart Lane

LONDON – Liverpool mengalami kekalahan kedua berturut-turut apabila kecundang 0-4 di tangan Tottenham Hotspur di White Hart Lane, semalam.

Skuad kendalian Kenny Dalglish yang bermula cemerlang mengutip tujuh mata daripada tiga perlawanan pertama, turut tersentak dengan kekalahan tipis 1-0 di Stoke minggu lalu.

Perlawanan yang dijangka menarik bertukar menjadi berat sebelah sebaik pemain tengah The Reds, Charlie Adam diperintah keluar padang selepas dia yang mengasari Scott Parker, menerima kad kuning kedua.

Bagai jatuh ditimpa tangga, Liverpool terus dirudum malang apabila terpaksa bermain dengan sembilan orang selepas pemain pertahanannya, Martin Skrtel turut dibuang padang kerana mengutip kad kuning kedua ketika permainan masih berbaki 25 minit.

Spurs yang membuka jaringan seawal minit ketujuh perlawanan menerusi rembatan cantik jarak jauh Luka Modric, memanfaatkan kelebihan itu untuk mendominasi permainan dan merobek gawang pasukan pelawat.

Jermaine Defoe menjadikan kedudukan 2-0 dan rakan serangannya, Emmanuel Adebayor, semakin diterima peminat-peminat Spurs dengan jaringan berganda untuk menjadikan jumlah gol yang diledak penyerang pinjaman Manchester City itu tiga gol dalam dua penampilan.

Jika kekalahan yang dialami Liverpool itu merupakan yang terbesar sejak Dalglish mengambil alih kelab itu pada Januari lalu, maka ia juga bermakna Spurs mencatat kemenangan terbesar ke atas lawan mereka itu sejak 1963.

Kemenangan kedua Tottenham yang dicatat selepas tumbang dua pada dua perlawanan pertama, melonjakkan mereka ke tangga ke-11 dengan enam mata. Liverpool pula berada di tangga kelapan dengan tujuh mata.

Liverpool, White, Hart, Lane, kekalahan, kedua, kecundang, tangan, Tottenham Hotspur, White Hart Lane, semalam, Skuad, kendalian, Kenny, Dalglish, bermula, cemerlang, mengutip, tujuh, mata, tiga perlawanan, pertama, tersentak, kekalahan, tipis, Stoke, minggu, lalu, The Reds, Charlie Adam, perintah, keluar, padang, Scott, Emmanuel Adebayor, Parker, menerima, kad, kuning, kedua, rudum, malang, bermain, Martin Skrtel, berita dunia, berita sukan, berita terkini, berita melayu, berita asia, berita bola sepak