Tag Archives: kelak

Anak perempuan Schwarzenegger mahu tukar nama

Anak perempuan Schwarzenegger mahu tukar nama

LOS ANGELES 10 Ogos – Anak perempuan sulung pelakon Arnold Schwarzenegger mempertimbangkan untuk menukar nama keluarganya kerana menganggap ia terlalu gah untuk dikaitkan dengan dirinya.

Katherine, 21, membuat pertimbangan tersebut apabila memasuki kolej kelak.

“Saya terfikir untuk menukar nama keluarga kerana mahu keluar bersama lelaki.

“Menggunakan nama Schwarzenegger setiap hari sebagai nama akhir membuatkan saya terlampau memikirkannya,” katanya kepada Harper’s Bazaar.

Katanya, setiap lelaki yang berminat dengan sukan bina badan akan menyebut nama bapanya setelah mereka mengetahui nama akhirnya.

“Saya berasa seperti mereka sebenarnya mahu keluar bersama Arnold dan bukannya saya,” ujarnya.

Walaupun kini bapa dan ibunya, Maria Shriver berdepan dengan masalah keretakan rumah tangga, Katherine tetap berterima kasih kepada mereka kerana membesarkan dia serta adik beradiknya, Christina, 19; Patrick, 17 dan Christopher, 13.

“Saya percaya semua yang berlaku kini mempunyai sebab yang tersendiri dan akan memahaminya apabila semuanya selesai,” katanya.

nama, schwarzenegger, mahu, anak, perempuan, anak perempuan, perempuan schwarzenegger, schwarzenegger mahu, tukar, mahu tukar, tukar nama, luar, negara, luar negara, malaysia, Anak perempuan, sulung, pelakon, Arnold Schwarzenegger, nama keluarganya, Katherine, membuat pertimbangan, memasuki, kolej, kelak, Saya, menukar, nama, keluarga, keluar, bersama, lelaki

Kanak-kanak lelaki tumbuh tanduk

Kanak-kanak lelaki tumbuh tanduk

LONDON 22 Sept. – Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa berdepan dengan hari-hari sukar selama empat bulan apabila kepalanya ditumbuhi ‘tanduk’.

George Ashman (gambar), 5, dilahirkan dengan tanda lahir berwarna merah terang di dahinya dan khuatir akan dibuli serta diejek apabila besar kelak, ibunya, Karen, 33, membuat keputusan untuk membuang tanda tersebut.

Sehubungan itu, Ashman menjalani pembedahan bagi menegangkan kulitnya supaya tanda lahir tersebut dapat dibuang.

Ketika proses pembedahan, doktor memasukkan dua tisu bagi menegangkan kulit kanak-kanak itu dan ia akan mengembang secara beransur-ansur sehingga terbentuk seperti tanduk.

“Pertama kali melihat kepalanya ditumbuhi tanduk, saya amat terkejut kerana mukanya yang kecil dan comel kelihatan seperti ‘syaitan’,” kata ibunya kepada The Sun.

Namun, selepas empat bulan pemakaian tisu tersebut, implan itu dikeluarkan semula dan kulit Ashman kembali normal malah hanya meninggalkan parut kecil.

Dalam pada itu, Karen menyatakan sepanjang tempoh anaknya ditumbuhi tanduk, orang ramai sering mencemuh mereka berhubung keganjilan itu.

Kanak, lelaki, tumbuh, tanduk, LONDON, Seorang, berdepan, sukar, selama, empat, bulan, kepalanya, ditumbuhi, tanduk, George Ashman, tanda, lahir, berwarna, merah, terang, khuatir, besar, kelak, ibunya, Karen, keputusan, membuang, tanda, tersebut, berita sukan, berita asia, berita terkini, berita antarabangsa, berita asia, asia, balas, baru, dunia, emas, foto, gambar, handal, harian, indon, indonesia, kata, kini, kl, malaysia, melayu, antarabangsa, The Sun, kulit, Ashman, Karen