Tag Archives: Kediaman PM Thai berita

Kediaman PM Thai dilontar najis

Kediaman PM Thai dilontar najis

BANGKOK 2 Feb. – Penunjuk perasaan antikerajaan disyaki telah membaling beg berisi najis manusia ke kediaman Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva, satu isyarat baru menunjukkan peningkatan ketegangan politik di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Suthep Thaugsuban dengan pantas menuduh serangan semalam itu dilakukan oleh kumpulan ‘Baju Merah’ – penyokong bekas Perdana Menteri yang disingkirkan, Thaksin Shinawatra yang telah mengumumkan rancangan mengadakan perhimpunan antikerajaan dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

“Berdasarkan penelitian situasi, saya percaya ini adalah kerja pengikut Baju Merah. Saya tahu berkenaan insiden itu semalam dan telah mengarahkan polis untuk meningkatkan kawalan keselamatan ke atas orang kenamaan,” kata Suthep kepada pemberita.

Polis turut mengesahkan beberapa beg plastik yang berisi najis manusia telah dilontar melintasi tembok ke kawasan kediaman Perdana Menteri di tengah Bangkok.

Sementara itu, Abhisit hari ini berkata, keluarganya ‘tidak akan tergugat’ dengan insiden itu.

Baju Merah merancang mengadakan demonstrasi jalanan terbaru bulan ini menjelang pengumuman keputusan mahkamah sama ada akan membenarkan pihak berkuasa merampas aset Thaksin bernilai AS$2.2 bilion (RM7.5 bilion) yang dibekukan selepas rampasan kuasa menggulingkannya pada 2006.

“Mereka mahu memberi tekanan ke atas setiap perkara yang diambil berat oleh kerajaan sebelum hari pengumuman keputusan,” kata Suthep lagi.

Thaksin terus menghasut meningkatkan pergolakan politik di Thailand walaupun tinggal di luar negara untuk mengelak hukuman penjara.

Kedua-dua kumpulan penentang dan penyokong telah mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran beberapa kali tahun lalu yang kadangkala bertukar menjadi ganas.

Kediaman PM Thai, Kediaman PM Thai berita, Kediaman PM Thai kini, Kediaman PM Thai dunia, Kediaman PM Thai asia, Kediaman PM Thai malaysia, Kediaman PM Thai melayu, Kediaman PM Thai indon, Kediaman PM Thai indonesia, Kediaman PM Thai kl, Kediaman PM Thai foto, Kediaman PM Thai gambar, Kediaman PM Thai terkini, Kediaman PM Thai web, Kediaman PM Thai harian, Kediaman PM Thai baru, Kediaman PM Thai bf1, berita bf1, berita bf1, berita kini, berita kini, berita malaysia, berita indon, berita indonesia, berita dunia, berita harian, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik,teknologi Kediaman PM Thai,Kediaman PM Thai telefon