Tag Archives: kanan

168 maut pesawat terhempas

mainpix

168 maut pesawat terhempas

Sebuah pesawat penumpang milik syarikat Iran, Caspian Airlines terhempas di barat laut negara teluk itu semalam, menyebabkan 168 penumpang dan anak kapal terbunuh.

Jurucakap pertubuhan penerbangan Iran, Reza Jafarzadeh, memberitahu stesen televisyen tempatan, pesawat Tupolev buatan Russia itu membawa 153 penumpang dan 15 anak kapal ketika ia terhempas.

Pengarah Perkhidmatan Kecemasan Qazvin, Hossein Behzadpour, berkata: “Semua penumpang dan anak kapal berkemungkinan besar terbunuh,” katanya.

Seorang jurucakap Penerbangan Caspian di Yerevan berkata, kebanyakan penumpang berketurunan Armenia, manakala beberapa warga Georgia juga menaiki pesawat itu. Tidak dapat dipastikan jika ada penumpang negara lain turut menaikinya.

Stesen televisyen turut menunjukkan rakaman serpihan pesawat dan anggota badan mangsa nahas.

“Ia adalah nahas yang besar dengan serpihan pesawat bertaburan di kawasan seluas kira-kira 200 meter persegi. Letupan yang berlaku menyebabkan kawah sedalam 10 meter terbentuk,” kata seorang anggota bomba kepada stesen televisyen kerajaan Iran.

Sebuah lagi stesen televisyen turut menunjukkan kawah besar di kawasan ladang dipenuhi serpihan logam yang bertaburan di sekelilingnya. Asap dilihat berkepul ketika polis dan orang ramai meninjau lokasi kejadian.

Agensi berita rasmi Iran, IRNA melaporkan, pesawat malang itu sedang dalam perjalanan dari Teheran menuju Yerevan di Armenia, apabila ia terhempas jam 11.33 pagi waktu tempatan berhampiran bandar Qazvin.

“Pesawat terhempas 16 minit sesudah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini,” kata agensi itu.

Agensi Berita Fars memetik kenyataan seorang pegawai kanan wilayah, Sirous Saberi yang berkata, pesawat berkenaan menghadapi masalah teknikal dan cuba membuat pendaratan cemas.

“Malangnya pesawat itu terbakar di udara dan terhempas. Pelbagai serpihan kecil pesawat dapat dilihat di atas tanah,” katanya.

Ketua polis Qazvin, Massoud Jafari memberitahu IRNA: “Bukti menunjukkan bahawa pesawat ini musnah sama sekali”.


terhempas, terhempas berita, terhempas kini, terhempas dunia, terhempas asia, terhempas malaysia, terhempas melayu, terhempas indon, terhempas indonesia, terhempas kl, terhempas foto, terhempas gambar, terhempas bf1, berita dunia, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik, berita-berita, beritakini, beritadunia, beridaasia, beritamalaysia, beritamelayu, beritaindon, beritaindonesia, beritakl, beritafoto, beritagambar, beritaterkini, beritaweb, beritaharian, beritabaru, beritabf1, beritatv, berita8, beritagay, beritapenting, beritabulan, beritakasa, beritaawas, berita2, beritascander, beritajalan, beritamaju, beritasukan, berita kini, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita foto, berita gambar, berita terkini, berita web, berita harian, berita baru, berita bf1, berita tv, berita 8, berita gay, berita penting, berita bulan, berita kasa, berita awas, berita scander, berita jalan, berita maju, berita sukan, berita, kini, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, kl, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, bf1

Rubin Kazan Tahan Inter

6

Rubin Kazan Tahan Inter

KAZAN – Digawangi 10 pemain, Inter Milan terpaksa berbagi angka dengan Rubin Kazan pada babak penyisihan Liga Champions Grup F, Rabu (30/9/2009).

Bermain di kandang sendiri, tim sepakbola Rusia itu tampil mengagumkan. Betapa tidak, Kazan sukses mencetak angka pertama pada kompetisi Eropa pertamanya. Nerazzurri harus dikejutkan dengan serangan Alejandro Dominguez pada babak pertama yang berbuah gol di menit 11.

Langkah Dominguez menjebol gawang Julio Cesar terbilang mulus. Baik Lucio maupun Maicon tak mampu menghadang lesakan golnya. Tim tuan rumah memimpin 1-0.

Tertinggal satu angka membuat anak-anak Jose Mourinho kelabakan. Beruntung, sebelum paruh waktu pertama usai, mereka mampu menyamakan kedudukan.

Dejan Stankovic sukses menyelesaikan umpan manis Maicon dari sayap kanan. Sundulan kepala gelandang Inter Milan 31 tahun itu merobek gawang kiper Ryzhikov pada menit 27. Kedudukan 1-1.

Babak kedua berlangsung panas. Pasalnya, masing-masing kubu berjuang merebut peluang. Sayang, striker Nerazzurri Mario Balotelli diganjar kartu merah akibat melanggar gelandang Kazan Christian Noboa, 30 menit sebelum pertandingan selesai.

Rubin Kazan, Rubin Kazan kini, Rubin Kazan terkini, Rubin Kazan terbaru, Rubin Kazan baru, Rubin Kazan skandal, gambar Rubin Kazan, foto Rubin Kazan, video Rubin Kazan, biodata Rubin Kazan, biografi Rubin Kazan, sejarah Rubin Kazan, web Rubin Kazan, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita tv, berita harian, berita gay, berita artis, berita hiburan, berita sukan, berita ekonomi, berita sains, berita teknologi, berita kesihatan, berita sejarah, berita politik, berita bf1, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, macam-macam, Bf-1

Barisan muda United menggegar

Barisan muda United menggegar

MANCHESTER – Amukan Alex Ferguson di bilik persalinan ketika waktu rehat membawa hasil apabila barisan pemain muda Manchester United bangkit pada babak kedua untuk menewaskan Tottenham Hotspur 3-0 dalam saingan Liga Perdana England awal pagi semalam.

Danny Welbeck menanduk masuk gol pertama United pada minit ke-61 sebelum tolakannya ke belakang disudahkan dengan baik oleh Anderson untuk gol kedua pada minit ke-76 disusuli gol ketiga Wayne Rooney tiga minit sebelum perlawanan berakhir.

“Kami masuk ke bilik persalinan selepas tamat babak pertama dan selepas menerima kata-kata daripada pengurus, kami masuk ke padang untuk aksi babak kedua dengan penuh semangat,” kata Welbeck.

Ferguson tampak begitu berpuas hati dan gembira dengan persembahan barisan skuad kedua termudanya dalam sejarah beliau bergelar pengurus United untuk saingan Liga Perdana England.

“Saya gembira dengan mereka kerana ini menunjukkan bahawa kami masih mampu mempercayai pemain-pemain muda.

“Kami sentiasa yakin dengan pemain muda kerana mereka memiliki kemampuan yang hebat.

“Memang aksi agak laju (permainan) pada babak pertama untuk kedua-dua pasukan.

“Tetapi pada babak kedua, kami tampak menguasai perlawanan dan mempamerkan satu persembahan yang cukup baik,” kata Ferguson.

Ia merupakan aksi ketiga Ferguson menggandingkan Welbeck bersama-sama Rooney di barisan serangan dan penyerang berusia 20 tahun itu ternyata memberikan hasil terbaik.

“Pada babak pertama dia (Welbeck) tidak seperti penyerang kerana lebih banyak berada di tengah. Jadi pada waktu rehat, saya beritahunya supaya lebih naik ke atas dan ternyata dia telah memberi perubahan.

“Dia memiliki bakat. Kami meminjamkannya ke Sunderland sebelum ini dan kini dia tampak sudah matang. Dia baru berusia 20 tahun dan memiliki masa depan yang cerah,” jelas Ferguson.

Selain Welbeck, pemain pertahanan kanan, Phil Jones, 19, merupakan seorang lagi bintang muda yang dibeli Ferguson daripada Blackburn Rovers.

Dia juga telah mempamerkan aksi meyakinkan apabila diletakkan dalam kesebela- san utama awal pagi semalam.

sukan, muda, united, barisan, online, barisan muda, muda united, menggegar, united menggegar, Alex Ferguson, bilik, persalinan, pemain, muda, Manchester United, bangkit, babak, kedua, menewaskan, Tottenham Hotspur, saingan, Liga, Perdana, England, Danny Welbeck, Liga Perdana,  England, Phil Jones, Blackburn Rovers, pertahanan, kanan, Phil Jones, Wayne Rooney, Tottenham Hotspur, Sunderland, Barisan muda skandal, Barisan muda sukan, Barisan muda terbaru, Barisan muda terkini, Barisan muda tv, Barisan muda video, Barisan muda web, Barisan muda asia, Barisan muda baru, Barisan muda dunia, Barisan muda foto, Barisan muda gambar, Barisan muda gay, Barisan muda harian