Tag Archives: jutawan

Rambut Lisa cetus masalah

du_05.1

Rambut Lisa cetus masalah

Seorang pendandan rambut, Lisa Mansour (gambar) dihalang daripada memasuki gedung beli-belah eksklusif Harrods setelah dia menggayakan fesyen rambut ala mohican.

Beberapa pengawal Harrods yang dimiliki jutawan Mesir, Mohamed Al-Fayed memberitahu Lisa Mansour bahawa fesyen rambut itu menakutkan pelanggan gedung beli-belah itu.

Lisa memotong rambut gaya itu bagi memperingati cucu jirannya yang mati akibat tumur otak ketika berumur lapan tahun.

Katanya, petugas Harrods tidak menerima penjelasannya kerana fesyen itu dianggap tidak memenuhi etika berpakaian.

“Pengawal keselamatan itu menyatakan rambut saya tinggi lima sentimeter dari kepala dan ia menakutkan orang ramai,” kata Lisa.

Menurut pendandan rambut dari Didsbury, Manchester itu, ramai orang menjelingnya dan insiden tersebut menyebabkan dia marah serta kecewa.

“Saya yakin mereka (pihak pengurusan Harrods) tidak menghalang David Beckham (daripada memasuki gedung itu) ketika rambutnya mengikut fesyen mohican,” kata Lisa.

Wanita berumur 40 tahun itu berjaya mendapatkan derma sebanyak £1,300 (RM7,582) untuk tabung kebajikan tumor otak ketika dia bercukur rambut ala mohican.

Jurucakap Harrods berkata, pihaknya tidak akan meminta maaf kepada Lisa kerana dia tidak memenuhi polisi berpakaian.

mohican, mohican berita, mohican kini, mohican dunia, mohican asia, mohican malaysia, mohican melayu, mohican indon, mohican indonesia, mohican kl, mohican foto, mohican gambar, mohican bf1, berita dunia, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik, berita-berita, beritakini, beritadunia, beridaasia, beritamalaysia, beritamelayu, beritaindon, beritaindonesia, beritakl, beritafoto, beritagambar, beritaterkini, beritaweb, beritaharian, beritabaru, beritabf1, beritatv, berita8, beritagay, beritapenting, beritabulan, beritakasa, beritaawas, berita2, beritascander, beritajalan, beritamaju, beritasukan, berita kini, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita foto, berita gambar, berita terkini, berita web, berita harian, berita baru, berita bf1, berita tv, berita 8, berita gay, berita penting, berita bulan, berita kasa, berita awas, berita scander, berita jalan, berita maju, berita sukan, berita, kini, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, kl, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, bf1

Israel usir 2 keluarga Palestin

mainpix

Israel usir 2 keluarga Palestin

BAITULMAQDIS: Polis Israel semalam mengusir keluar dua keluarga Palestin daripada rumah mereka di kawasan Arab di timur Baitulmaqdis, selepas mahkamah menolak rayuan terhadap perintah pengusiran itu.

Sebilangan besar anggota polis bertindak mengusir mereka pada awal pagi di Sheikh Jarrah, salah sebuah kawasan perumahan sensitif yang paling dekat dengan Garisan Hijau, yang memisahkan timur dan barat Baitulmaqdis.

Rakyat Palestin berkenaan diusir bagi membolehkan keluarga Israel memasuki rumah itu, walaupun masyarakat antarabangsa menggesa Israel agar menghentikan semua kegiatan kependudukan di bumi Palestin yang diduduki.

Perintah pengusiran itu dikeluarkan selepas pihak berkuasa bandar raya Baitulmaqdis memberi kebenaran bagi pembinaan kira-kira 20 unit rumah di kawasan berkenaan di Sheikh Jarrah, yang menimbulkan bantahan antarabangsa.

Konsulat Britain, yang turut ditempatkan di Sheikh Jarrah di samping misi asing lain, berkata ia ‘terkejut’ dengan tindakan Israel itu.  “Dakwaan Israel bahawa penempatan penduduk Yahudi ekstrim di kawasan perumahan lama Arab itu adalah perkara yang harus diadili mahkamah atau perbandaran tidak boleh diterima,” katanya dalam satu kenyataan.

“Tindakan ini tidak selaras dengan keinginan Israel untuk mencapai kedamaian. Kami menggesa Israel agar tidak membenarkan ekstremis itu menetapkan agenda.”

Keengganan Israel untuk mematuhi kehendak Washington dan menghentikan semua kegiatan kependudukan di timur Baitulmaqdis dan Tebing Barat menyebabkan ketegangan di antara kedua-dua sekutu berkenaan meningkat pada tahap yang belum pernah dilihat selama beberapa tahun.

Projek perumahan Sheikh Jarrah itu akan dibina di tapak yang dikenali di kalangan rakyat Palestin sebagai Karm al-Mufti, yang pada satu masa dulu dimiliki mufti besar Baitulmaqdis, Amin al-Husseini, dan pada 1985 dibeli oleh jutawan Amerika, Irving Moskowitz.

Moskowitz sebelum ini pernah membiayai projek kependudukan di Tebing Barat, termasuk di timur Baitulmaqdis. Duta Israel di Washington, Michael Oren, dipanggil oleh Jabatan Negara bulan lalu dan dimaklumkan bahawa projek berkenaan perlu dihentikan.

Israel menawan timur Baitulmaqdis dalam Perang Enam Hari pada 1967 dan kemudian memperbesarkannya, tindakan yang tidak direstui masyarakat antarabangsa.

Negara Yahudi itu melihat Baitulmaqdis sebagai ibu negara yang ‘kekal dan tidak berbelah bagi’ dan tidak menganggap pembinaan di timur Baitulmaqdis sebagai kegiatan kependudukan.

Israel, Israel berita, Israel kini, Israel dunia, Israel asia, Israel malaysia, Israel melayu, Israel indon, Israel indonesia, Israel kl, Israel foto, Israel gambar, Israel bf1, berita dunia, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik, berita-berita, beritakini, beritadunia, beridaasia, beritamalaysia, beritamelayu, beritaindon, beritaindonesia, beritakl, beritafoto, beritagambar, beritaterkini, beritaweb, beritaharian, beritabaru, beritabf1, beritatv, berita8, beritagay, beritapenting, beritabulan, beritakasa, beritaawas, berita2, beritascander, beritajalan, beritamaju, beritasukan, berita kini, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita foto, berita gambar, berita terkini, berita web, berita harian, berita baru, berita bf1, berita tv, berita 8, berita gay, berita penting, berita bulan, berita kasa, berita awas, berita scander, berita jalan, berita maju, berita sukan, berita, kini, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, kl, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, bf1

Penyokong Thaksin Shinawatra kemuka permohonan pengampunan diraja di Bangkok

article-1024257-017CDA6F00000578-857_468x509

Penyokong Thaksin Shinawatra kemuka permohonan pengampunan diraja di Bangkok

BANGKOK: Beratus-ratus penyokong baju merah bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra mengadakan perhimpunan semalam, dengan tujuan untuk mendapatkan lebih sejuta tanda tangan sebagai petisyen bagi memohon pengampunan diraja untuk pemimpin dalam buangan itu.

Perhimpunan di Sanam Luang, sebuah dataran awam dekat Istana Besar Bangkok, dijangka dihadiri 30,000 orang yang menunjukkan sokongan kepada jutawan dalam buangan itu, yang dihukum penjara dua tahun Oktober lalu kerana tuduhan rasuah.

“Thaksin Shinawatra menghadapi ketidakadilan menerusi cara tidak demokratik. Dengan membawanya balik akan menjadikan Thailand benar-benar sebuah negara demokratik,” kata Jatuporn Prompan, pemimpin utama Barisan Bersatu Demokrasi bagi Penentangan Sistem Pemerintahan Diktator (UDD).

Petisyen itu menggesa Raja Bhumibol Adulyadej mengampunkan Thaksin dan membenarkannya kembali dengan bebas selepas hampir tiga tahun hidup dalam buangan di seluruh dunia.

Kempen itu menyebabkan pengikut setia raja dan musuh politiknya menuduh Thaksin cuba mengheretkan raja yang disanjung itu ke dalam pertikaian peribadinya.

Kempen mengumpul tanda tangan itu tamat tengah malam semalam. UDD berkata ia akan mengambil masa seminggu untuk mengesahkan tanda tangan berkenaan sebelum menyerahkan petisyen kepada raja.

Pengkritik berkata UDD mungkin tidak akan menyerahkan petisyen berkenaan kerana implikasinya membabitkan raja dalam politik. Sebarang tindakan yang mencabuli institusi raja boleh membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun di Thailand.

Thaksin Shinawatra, Thaksin Shinawatra berita, Thaksin Shinawatra kini, Thaksin Shinawatra dunia, Thaksin Shinawatra asia, Thaksin Shinawatra malaysia, Thaksin Shinawatra melayu, Thaksin Shinawatra indon, Thaksin Shinawatra indonesia, Thaksin Shinawatra kl, Thaksin Shinawatra foto, Thaksin Shinawatra gambar, Thaksin Shinawatra bf1, berita dunia, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik, berita-berita, beritakini, beritadunia, beridaasia, beritamalaysia, beritamelayu, beritaindon, beritaindonesia, beritakl, beritafoto, beritagambar, beritaterkini, beritaweb, beritaharian, beritabaru, beritabf1, beritatv, berita8, beritagay, beritapenting, beritabulan, beritakasa, beritaawas, berita2, beritascander, beritajalan, beritamaju, beritasukan, berita kini, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita foto, berita gambar, berita terkini, berita web, berita harian, berita baru, berita bf1, berita tv, berita 8, berita gay, berita penting, berita bulan, berita kasa, berita awas, berita scander, berita jalan, berita maju, berita sukan, berita, kini, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, kl, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, bf1