Tag Archives: juta

Pakar kulit Jacko disiasat

du_11.1

Pakar kulit Jacko disiasat

Pakar kulit Michael Jackson, Dr. Arnold Klein kini disiasat pihak berkuasa berhubung kematiannya.

Timbalan Ketua Koroner Los Angeles, Ed Winter pergi ke pejabat Klein bagi menuntut pakar kulit tersebut menyerahkan semua rekod perubatannya.

“Saya berada di pejabat Klein untuk bercakap dengannya. Siasatan ke atas pakar itu masih berjalan,” katanya.

Polis sedang menyiasat jenis dan jumlah ubat yang diberikan oleh Klein kepada Michael selain sama ada dia turut memberikan ubat-ubatan kepada Raja Pop melalui pekerjanya.

Siasatan dilakukan setelah pakar berkenaan mengakui ‘membina semula’ wajah penyanyi yang mesra dengan panggilan Jacko itu sebelum konsertnya bermula di Stadium Arena O2 di London pada bulan ini.

Dia turut menyatakan pernah menyuntik ubat penahan sakit Demorol kepada Michael tetapi menafikan terlibat memberikan ubat penahan sakit jenis kuat yang lain.

Sementara itu, seorang peguam Debbie Rowe iaitu bekas isteri Jacko menafikan dia bersetuju menjual hak penjagaan dua anaknya bersama Jacko dengan harga beberapa juta dolar seperti dilaporkan.

Dalam sepucuk surat kepada akhbar New York Post, peguam itu, Eric George menyatakan Rowe ialah ibu kepada dua anak Jacko dan wanita itu tidak pernah dan tidak akan melepaskan hak penjagaan ke atas mereka.

Jacko meninggal dunia pada 25 Jun lalu setelah degupan jantungnya terhenti ketika dia berada di rumah sewanya dekat sini.

Michael Jackson, Michael Jackson berita, Michael Jackson kini, Michael Jackson dunia, Michael Jackson asia, Michael Jackson malaysia, Michael Jackson melayu, Michael Jackson indon, Michael Jackson indonesia, Michael Jackson kl, Michael Jackson foto, Michael Jackson gambar, Michael Jackson bf1, berita dunia, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik, berita-berita, beritakini, beritadunia, beridaasia, beritamalaysia, beritamelayu, beritaindon, beritaindonesia, beritakl, beritafoto, beritagambar, beritaterkini, beritaweb, beritaharian, beritabaru, beritabf1, beritatv, berita8, beritagay, beritapenting, beritabulan, beritakasa, beritaawas, berita2, beritascander, beritajalan, beritamaju, beritasukan, berita kini, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita foto, berita gambar, berita terkini, berita web, berita harian, berita baru, berita bf1, berita tv, berita 8, berita gay, berita penting, berita bulan, berita kasa, berita awas, berita scander, berita jalan, berita maju, berita sukan, berita, kini, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, kl, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, bf1

Masjidilharam dibesarkan lagi

Masjidilharam dibesarkan lagi

JEDDAH 22 Ogos – Pemimpin Arab Saudi, Raja Abdullah merasmikan pelancaran projek pembesaran Masjidilharam yang menelan kos AS$10.6 bilion (RM31.8 bilion), Jumaat lalu.

Projek itu bertujuan untuk membolehkan kompleks tersebut menampung kira-kira dua juta jemaah pada satu-satu masa, lapor akhbar Asharq al-Awsat.

Kira-kira 10,000 pekerja sedang bekerja siang dan malam di tapak seluas 400,000 meter persegi itu.

Projek tersebut melibatkan binaan tambahan berbilang tingkat di bahagian utara kompleks berkenaan, serta tangga dan terowong untuk memudahkan laluan jemaah ke masjid itu.

Masjidilharam telah diperbesarkan pada pertengahan 1980-an tetapi bilangan jemaah yang semakin bertambah bermakna satu lagi projek pembesaran diperlukan.

Lewat Jumaat lalu, Abdullah turut merasmikan Menara Jam Diraja Mekah setinggi 601 meter, mercu tanda terbaru yang membantu jemaah di tempat-tempat suci lain mengenal pasti kedudukan Masjidilharam.

Menara jam itu ialah bangunan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa, pencakar langit 828 meter yang dirasmikan di Dubai pada awal tahun lepas.

Masjidilharam, berita dunia, berita sukan, berita terkini, berita asia, berita tv, berita baru, berita foto, berita gambar, berita malaysia, berita eropah, berita web, berita kini, berita kini, berita politik, berita video, Pemimpin, Arab Saudi, Raja Abdullah, merasmikan, pelancaran, projek, pembesaran, menelan, kos, bilion, Jumaat, Burj Khalifa, kompleks, dua juta, jemaah, Asharq, al-Awsat, Menara jam, pencakar langit, mercu, terbaru, menelan, kos, malam, persegi, juta

Usain Bolt sengaja elak jumpa Tyson Gay

su_10.1

Usain Bolt sengaja elak jumpa Tyson Gay

BRUSSELS – Pemenang tiga pingat emas Kejohanan Olahraga Dunia, Usain Bolt mengesahkan tidak akan menentang pencabarnya, Tyson Gay dalam acara 100 meter pada Kejohanan Liga Emas yang bermula hari ini.

Pada kejohanan di Berlin bulan lalu, Bolt mencatat rekod baru dunia dengan catatan 9.58 saat ketika menewaskan Gay. Dia juga mengungguli acara 200m, juga dengan catatan rekod baru dunia 19.19s.

Begitupun, ketiadaan Bolt pada aksi Liga Emas kali ini bakal menyaksikan Gay akan menentang bekas pemegang rekod dunia yang juga rakan senegara Bolt dari Jamaica, Asafa Powell.

“Saya telah beraksi dalam banyak perlumbaan 100m musim ini dan sebab itulah jurulatih saya memutus- kan agar saya hanya beraksi dalam acara 200m di Brussels,” jelas Bolt yang turut akan beraksi dalam acara itu pada Kejohanan Akhir Olahraga Dunia di Thessaloniki, Greece pertengahan bulan ini.

“Sejak berakhirnya Kejohanan Dunia, saya hanya mempunyai dua minggu untuk kembali kepada prestasi sedia ada. Kini saya semakin baik dan saya harap saya dapat beraksi dengan baik di Zurich nanti.”

Dalam pada itu, pemburuan hadiah wang tunai AS$1 juta (RM3.5 juta) pada saingan Liga Emas musim ini bakal menjadi rebutan tiga atlet.

Juara dunia dan Sukan Olimpik, Kenenisa Bekele akan beraksi dalam acara 5,000m dan menjadi pilihan untuk memenangi hadiah utama itu selepas dia memenangi kesemua perlumbaan tahun ini.

Turut menjadi perhatian ialah jaguh Amerika Syarikat, Sanya Richards yang akan beraksi dalam acara 400m wanita. Begitupun, Richards bakal berdepan pencabar utamanya dari Britain, Christine Ohuruogu.

Ratu lompat bergalah Rusia, Yelena Isinbayeva juga berada dalam senarai calon walaupun pemegang rekod dunia itu gagal memenangi sebarang pingat pada Kejohanan Dunia di Berlin bulan lalu.

bolt, bolt kini, bolt terkini, bolt terbaru, bolt baru, bolt skandal, gambar bolt, foto bolt, video bolt, biodata bolt, biografi bolt, sejarah bolt, web bolt, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita tv, berita harian, berita gay, berita artis, berita hiburan, berita sukan, berita ekonomi, berita sains, berita teknologi, berita kesihatan, berita sejarah, berita politik, berita bf1, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, macam-macam, Bf-1, Bolt, Usain Bolt