Tag Archives: Jepun indonesia

Jepun mengaku kalah

Jepun mengaku kalah

TOKYO – Jepun akhirnya mengaku kalah dalam usaha mengekang pencemaran radiasi di empat reaktor nuklear loji Fukushima Daiichi yang rosak dan akan menutup kesemua reaktor berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.

Beberapa pegawai berkata, dalam sedikit masa lagi, semua bekalan kuasa ke reaktor-reaktor itu akan ditutup, manakala usaha untuk menyejukkan batang-batang bahan api nuklear akan dihentikan.

Langkah terakhir, melibatkan proses mencurahkan bertan-tan konkrit untuk menimbus reaktor-reaktor itu. Sekali gus memastikan tiada radiasi yang bocor keluar.

Perkembangan itu berlaku selepas agensi keselamatan nuklear Jepun mendedahkan bahawa bacaan radiasi di dalam laut sekitar loji Fukushima Daiichi melonjak sebanyak 4,385 kali ganda berbanding takat yang dibenarkan.

Pengumuman dramatik tentang penutupan semua empat reaktor itu dibuat pada Selasa lalu oleh Pengerusi Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO), Tsunehisa Katsumata yang mengendalikan loji nuklear tersebut. .

Loji Fukushima Daiichi terletak sekitar 240 kilometer dari ibu negara Jepun, Tokyo.

Katsumata berkata, beliau berasa kasihan kepada orang ramai yang terpaksa meninggalkan kediaman mereka atau terpaksa tinggal di dalam rumah disebabkan oleh krisis nuklear berkenaan.

“Saya memohon maaf kerana kesusahan dan ketakutan yang berlaku akibat kebocoran radiasi ini,” kata Katsumata.

“Kami telah gagal untuk menyejukkan reaktor-reaktor terbabit. Tetapi kami melakukan usaha paling maksimum untuk menstabilkan keempat-empat reaktor itu,” tambahnya.

Krisis nuklear bermula selepas sistem penyejukan reaktor-reaktor nuklear di loji Fukushima Daiichi rosak akibat gegaran kuat gempa bumi berukuran 9 pada skala Richter yang melanda pada 11 Mac lalu, disusuli oleh tsunami.

Tidak lama kemudian, beberapa letupan dan kebakaran menyebabkan kebocoran radiasi berlaku di loji tersebut.

Setakat kelmarin, tahap radiasi di dalam laut sekitar loji Fukushima Daiichi ialah 3,355 kali ganda daripada bacaan normal.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang jurutera nuklear Amerika Syarikat (AS), Michael Friedlander memberitahu stesen televisyen CNN bahawa dia bimbang kesan pencemaran air laut yang berlaku.

“Plankton menyerap radiasi, ikan memakan plankton, ikan besar pula memakan banyak ikan kecil. Justeru, kandungan radiasi akan berlaku dalam rantaian makanan,” katanya.

Aktiviti menangkap ikan kini dilarang dalam lingkungan sekitar 20 kilometer dari loji Fukushima Daiichi.

jepun, jepun berita, jepun kini, jepun dunia, jepun asia, jepun malaysia, jepun melayu, jepun indon, jepun indonesia, jepun kl, jepun foto, jepun gambar, jepun bf1, berita dunia, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik, berita-berita, beritakini, beritadunia, beridaasia, beritamalaysia, beritamelayu, beritaindon, beritaindonesia, beritakl, beritafoto, beritagambar, beritaterkini, beritaweb, beritaharian, beritabaru, beritabf1, beritatv, berita8, beritagay, beritapenting, beritabulan, beritakasa, beritaawas, berita2, beritascander, beritajalan, beritamaju, beritasukan, berita kini, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita foto, berita gambar, berita terkini, berita web, berita harian, berita baru, berita bf1, berita tv, berita 8, berita gay, berita penting, berita bulan, berita kasa, berita awas, berita scander, berita jalan, berita maju, berita sukan, berita, kini, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, kl, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, bf1

Politik Jepun – Aso didesak letak jawatan

lu_03.1

Politik Jepun – Aso didesak letak jawatan

Perdana Menteri Jepun, Taro Aso berdepan masalah baru apabila menghadapi ‘pemberontakan’ daripada anggota Kabinet beliau sendiri setelah ahli-ahli Parlimen termasuk beberapa menteri menuntut parti pemerintah Parti Liberal Demokratik (LDP) mengadakan mesyuarat untuk memutuskan nasib Aso menjelang pilihan raya umum yang dijadual diadakan Ogos ini.

Penentang Aso dalam LDP menyerahkan senarai tandatangan daripada 133 ahli Parlimen parti itu kepada eksekutif parti hari ini, meminta diadakan mesyuarat anggota parti di kedua-dua dewan Parlimen, kata seorang pegawai parti pemerintah itu.

Senarai tandatangan itu termasuk beberapa anggota Kabinet, antaranya Menteri Kewangan, Kaoru Yosano dan Menteri Pertanian, Perhutanan dan Perikanan, Shigeru Ishiba, walaupun kedua-duanya tidak secara terbuka menyatakan mereka mahu Aso meletakkan jawatan.

“Saya dengan terus terang memberitahu Perdana Menteri, LDP akan kalah teruk (dalam pilihan raya umum) jika kita tidak mengambil langkah untuk membetulkan situasi ini,” kata Yosano selepas menemui Aso malam tadi.

Akhbar Yomiuri Shimbun memetik sumber sebagai berkata bahawa Yosano telah menggesa Perdana Menteri supaya berundur secara sukarela, pada pertemuan itu.

LDP pimpinan Aso dijangka hilang kuasa dalam pilihan raya umum bulan depan selepas 50 tahun memerintah negara ini hampir secara berterusan, berikutan pengundi yang marah dengan pentadbiran beliau atas pelbagai sebab telah mengalihkan sokongan kepada kem pembangkang.

Aso, 68, pada Isnin lepas bahawa mengumumkan beliau akan membubarkan Parlimen pada minggu depan untuk membolehkan pilihan raya umum diadakan pada 30 Ogos ini.

Pengumuman itu dibuat selepas LDP kalah teruk dalam pilihan raya tempatan di Tokyo.

Sesetengah anggota Parlimen LDP yang menuntut mesyuarat parti diadakan mahu membincangkan isu berhubung beberapa kekalahan LDP dalam pilihan raya tempatan baru-baru ini, tetapi sebilangan lagi mahu LDP mengadakan pemilihan pucuk pimpinan bagi menggantikan Aso, lapor media tempatan.

Tandatangan itu dipungut oleh ahli Parlimen kanan LDP yang diketuai Hidenao Nakagawa yang telah menggesa Aso ‘mengambil keputusan terhormat’.

Jepun, Jepun berita, Jepun kini, Jepun dunia, Jepun asia, Jepun malaysia, Jepun melayu, Jepun indon, Jepun indonesia, Jepun kl, Jepun foto, Jepun gambar, Jepun bf1, berita dunia, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik, berita-berita, beritakini, beritadunia, beridaasia, beritamalaysia, beritamelayu, beritaindon, beritaindonesia, beritakl, beritafoto, beritagambar, beritaterkini, beritaweb, beritaharian, beritabaru, beritabf1, beritatv, berita8, beritagay, beritapenting, beritabulan, beritakasa, beritaawas, berita2, beritascander, beritajalan, beritamaju, beritasukan, berita kini, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita foto, berita gambar, berita terkini, berita web, berita harian, berita baru, berita bf1, berita tv, berita 8, berita gay, berita penting, berita bulan, berita kasa, berita awas, berita scander, berita jalan, berita maju, berita sukan, berita, kini, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, kl, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, bf1