Tag Archives: ibu

Ibu rantai anak lelaki selama 23 tahun

Ibu rantai anak lelaki selama 23 tahun

CHONGQING – Seorang ibu mengikat anak lelakinya yang sakit mental dengan rantai dalam keadaan bogel di dalam sebuah bangsal yang buruk di sini sejak 23 tahun lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Ibu itu, Xiao Anrong yang berusia 76 tahun mahu anaknya itu, Tang Zuhua yang berumur 40 tahun dijaga oleh seseorang selepas dia meninggal dunia.

Menurutnya, dia merantai anaknya itu demi kebaikannya.

Dia berkata, anaknya akan mengoyakkan pakaian yang diberikan kepadanya.

Menurut ibu itu, anaknya akan membahayakan dirinya sendiri jika dia tidak dirantai.

Dia berkata, jiran-jirannya juga telah mendermakan makanan untuk anaknya itu.

Anaknya itu tidur di atas lantai kerana ibunya tidak mampu membeli jerami untuk dijadikan alas tidur.

Anrong berkata, anaknya itu mula bertindak ganas semasa dia berumur 17 tahun dengan membaling pelbagai barang menyebabkan keputusan untuk merantainya dibuat.

Sejak dua orang lagi anaknya yang normal meninggalkan rumah, Anrong perlu menjaga Zuhua seperti memandikannya, memotong rambut, membersihkan tempat tinggal dan memberi makanan dengan menggunakan duit pencennya bulanan 166.57 yuan (RM78) sebulan.

Namun, selepas dirantai selama 23 tahun, Zuhua tidak mampu berjalan dengan baik kerana otot kakinya jarang bergerak.

Ibu, rantai, anak, lelaki, tahun, CHONGQING, mengikat, anak, lelaki, sakit, mental, rantai, keadaan, bogel, dalam, sebuah, bangsal, buruk, sini sejak, tahun, lalu, Xiao Anrong, berusia tahun, Tang Zuhua, berumur, meninggal, dunia, dia, merantai, anak, demi kebaikan, anaknya, mengoyakkan, pakaian, membahayakan, dirinya, sendiri, dirantai, jiran, jirannya, mendermakan, makanan, Anaknya, tidur, atas, lantai, ibunya, membeli, jerami, alas, tidur, Anrong, baling,rumah, Anrong, Zuhua, memandikannya, memotong rambut, membersihkan, duit, pencennya, bulanan,Zuhua, berjalan, otot, kakinya, jarang, bergerak

Ibu disyaki bunuh 2 anak

Ibu disyaki bunuh 2 anak

HEATHFIELD – Polis Britain menangkap seorangIbu disyaki bunuh 2 anak ibu, Fiona Donnison kerana disyaki membunuh dua anak kandungnya yang masih kecil setelah mayat mereka ditemui di dalam but keretanya, lapor sebuah akhbar semalam.

Pembunuhan kejam itu terbongkar apabila Donnison, 43, (gambar) memasuki sebuah balai polis di sini dan menyuruh beberapa anggota polis supaya menggeledah keretanya yang diletakkan berhampiran balai berkenaan.

Polis kemudian menemui mayat anak lelakinya yang berusia tiga tahun iaitu Harry dan mayat adik perempuannya, Elise yang berusia dua tahun.

Beberapa laporan sebelum ini mendakwa mayat dua kanak-kanak itu diletakkan di dalam dua beg sukan dan mereka telah lama meninggal dunia.

Motif pembunuhan tidak dapat dipastikan tetapi pihak berkuasa sedang menilai tahap kesihatan mental wanita berkenaan setelah dia dimasukkan ke hospital kerana mencederakan dirinya.

Suami suspek pula terpaksa ditenangkan oleh pihak polis kerana sukar menerima kenyataan bahawa dua anaknya itu mati dibunuh.

Beberapa jiran mereka berkata, pasangan suami isteri itu menghadapi masalah rumah tangga dan dalam proses untuk bercerai.

Ibu, Ibu kini, Ibu blog, Ibu terbaru, Ibu baru, Ibu berita, gambar Ibu, foto Ibu, video Ibu, biodata Ibu, biografi Ibu, sejarah Ibu, web Ibu, Ibu terkini, Ibu terbaru, Ibu penting, Ibu dunia, Ibu Ibu, Ibu malaysia, Ibu melayu, Ibu indon, Ibu indonesia, Ibu kl, Ibu tv,, Ibu gay, Ibu artis, Ibu hiburan, Ibu sukan, Ibu ekonomi, Ibu sains, Ibu teknologi, Ibu kesihatan, Ibu sejarah, Ibu politik, Ibu bf1, dunia, Ibu, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, Dolaran, baru, macam-macam, sukan, teknologi, ekonomi

Lelaki 90 tahun ada 50 anak

Lelaki 90 tahun ada 50 anak

SAO PAULO – Seorang pesara pekerja ladang dari Rio Grande do Norte, Brazil, Luiz Costa de Oliveria yang berumur 90 tahun mempunyai 50 orang anak hasil hubungannya dengan empat wanita dua daripadanya adik-beradik dan seorang lagi adalah ibu mereka sendiri, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia mempunyai 17 anak hasil hubungan dengan isterinya yang pertama.

Selepas isteri yang pertama meninggal dunia, dia berkahwin dengan Maria Francisca da Silva yang melahirkan 17 lagi anak.

Lelaki itu kemudian menjalin hubungan dengan adik isterinya yang kedua menyebabkan dia memperoleh 15 orang lagi anak.

Ibu kedua-dua wanita adik-beradik itu yang berusia 89 tahun itu juga menjalin hubungan dengan Oliveria telah melahirkan seorang anak.

“Perkara yang terbaik dicipta Tuhan di dunia ialah wanita,” katanya kepada sebuah akhbar tempatam, Diario de Natal.

Beberapa orang anaknya mati semasa mereka hidup dalam kemiskinan.

Namun, dia kini mempunyai lebih 100 cucu dan 30 cicit.

Lelaki itu tidak pernah merokok atau minum minuman keras selama 40 tahun mengaku, dia tidak mengetahui semua nama anaknya.

Isteri keduanya berkata, suaminya tidak pernah mengabaikannya selain selalu mengambi berat tentang anak-anaknya.