Tag Archives: heikki kovalainen

Vettel semakin hampir pertahan kejuaraan

Vettel semakin hampir pertahan kejuaraan

MONZA, Itali – Pelumba Red Bull, Sebastian Vettel mengorak langkah dalam usaha mempertahankan kejuaraan dunia apabila muncul juara perlumbaan yang dicemari kemalangan pada Grand Prix Itali, semalam.

Kemenangan kelapan pemandu Jerman berusia 24 tahun itu terus melebarkan jurang mata Vettel pada tangga teratas dengan kelebihan 112 mata, selepas pencabar terdekat yang juga rakan sepasukan, Mark Webber terkeluar daripada perlumbaan akibat pelanggaran dengan pelumba Ferrari, Felipe Massa.

Dengan baki enam perlumbaan, kedudukan Vettel sebagai juara dunia semakin sukar dicabar.

Tempat kedua milik pelumba Britain, Jenson Button yang mengambil kesempatan daripada persaingan Lewis Hamilton dan Michael Schumacher bagi meraih kedudukan podium.

Juara dunia dua kali, Fernando Alonso memberikan keceriaan kepada penonton tuan rumah yang sememangnya memberikan sokongan kepada Ferrari, apabila mendapat tempat ketiga.

Kejayaan tempat ketiga meletakkan pelumba Sepanyol itu pada tempat kedua keseluruhan dengan pungutan 172 mata, lima mata mengatasi Button pada tangga ketiga.

Hamilton pula kecewa apabila gagal memintas Alonso pada pusingan terakhir bagi menamatkan perlumbaan pada tempat keempat sementara juara dunia tujuh kali, Schumacher menyerlah dengan kedudukan ke kelima.

Dua pemandu Team Lotus, Heikki Kovalainen dan Jarno Trulli menamatkan perlumbaan tempat ke-13 dan ke-14.

Pemandu baru Renault, Bruno Senna yang menggantikan Nick Heidfeld, menghadiahkan dua mata kepada pasukannya apabila menduduki tempat kesembilan.

Vettel, semakin, hampir, pertahan, kejuaraan, berita dunia, berita foto, berita gambar, berita gay, berita harian, berita indon, berita indonesia, berita kini, berita kl, berita malaysia, berita melayu, berita penting, berita scander, berita sukan, berita terkini, berita tv, berita web, Britain, Jenson Button, pelumba, Sepanyol, keseluruhan, pungutan, mata, mengatasi, Button, tangga, ketiga, pemandu, Team Lotus, Heikki Kovalainen, Jarno Trulli, perlumbaan, Pemandu, baru, Renault, Bruno Senna, Nick Heidfeld, menghadiahkan, dua, mata, menduduki, kesembilan

McLaren serius pikat Rosberg

su_05.1

McLaren serius pikat Rosberg

LONDON – Khabar angin mengenai penghijrahan pemandu berbakat Williams, Nico Rosberg (gambar) ke pasukan McLaren Mercedes pada musim depan semakin menjadi kenyataan.

Terbaru, naib presiden Motosport Mercedes, Norbert Haug mendedahkan bahawa pihaknya begitu berminat untuk melihat kerjasama antara pemandu muda Jerman itu dengan McLaren.

Haug juga mengakui rakan senegaranya itu adalah calon terbaik untuk menyertai pasukan McLaren pada musim depan dengan mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan pemandu Finland, Heikki Kovalainen.

“Kami perlu berusaha untuk memenangi perlumbaan dan kejuaraan ini.

“Namun, jika kami boleh melakukannya bersama pemandu Jerman, ia adalah lebih baik,” jelas Haug dalam satu temubual bersama agensi berita SID.

Menurutnya lagi, usaha untuk membawa pemandu-pemandu Jerman ke pasukan McLaren sebenarnya telah diusahakan sejak era Michael Schumacher lagi.

“Sejak 10 tahun lalu, kami telah cuba untuk mendapatkan khidmat Michael Schumacher, Nico Rosberg dan Sebastian Vettel,” tambahnya.

Begitupun, buat masa ini, Haug enggan mendedahkan lebih lanjut mengenai barisan pemandu yang akan menyertai mereka pada musim depan.

“Mungkin pemandu-pemandu kami akan kekal, dan mungkin juga akan berubah.

“Buat masa ini, saya tidak mahu memikirkan dengan serius perkara tersebut dan keputusan akan dibuat dalam beberapa bulan akan datang,” jelasnya.

McLaren ,McLaren  berita, McLaren  kini, McLaren  dunia, McLaren  asia,McLaren  malaysia, McLaren  melayu, McLaren  indon, McLaren  indonesia, McLaren  kl, McLaren  foto, McLaren  gambar, McLaren  bf1, berita dunia, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik, berita-berita, beritakini, beritadunia, beritaasia, beritamalaysia, beritamelayu, beritaindon, beritaindonesia, beritakl, beritafoto, beritagambar, beritaterkini, beritaweb, beritaharian, beritabaru, beritabf1, beritatv, berita8, beritagay, beritapenting, beritabulan, beritakasa, beritaawas, berita2, beritascander, beritajalan, beritamaju, beritasukan, berita kini, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita foto, berita gambar, berita terkini, berita web, berita harian, berita baru, berita bf1, berita tv, berita 8, berita gay, berita penting, berita bulan, berita kasa, berita awas, berita scander, berita jalan, berita maju, berita sukan, berita, kini, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, kl, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, bf1