Tag Archives: Hamilton indonesia

‘Hamilton mampu rampas gelaran’

‘Hamilton mampu rampas gelaran’

LONDON – Bekas pemilik pasukan Formula Satu (F1) Jordan, Eddie Jordan percaya, Lewis Hamilton mampu merampas kembali kejuaraan dunia milik- nya musim ini.

Pada saingan musim lalu, pemandu sensasi McLaren itu gagal bermula dengan baik sebelum kembali bangkit pada pertengahan musim.

Begitupun, ia sudah terlewat untuk menghalang pemandu Brawn GP, Jenson Button dinobatkan selaku juara dunia, sekali gus merampas kejuaraan yang dimenangi Hamilton pada edisi 2008.

Musim ini pula menyaksikan Button akan bergandingan dengan Hamilton selepas menandatangani kontrak untuk beraksi bersama McLaren.

Jordan menambah, Hamilton berpeluang cerah untuk mengatasi rakan se- pasukannya itu.

“Saya sanggup bertaruh untuk Lewis Hamilton,” kata Jordan.

“Dia amat berbakat dan penampilan semula Michael Schumacher dalam perlumbaan F1 akan menjadikan Hamilton lebih agresif untuk mencatat kejayaan.

“Musim ini amat sempurna baginya dan saya percaya dia pasti akan meram- pas kembali kejuaraan dunia.”

Menurut Jordan, Button pasti akan berdepan dengan ‘kejutan budaya’ bersama pasukan McLaren.

“Button harus belajar untuk menjalani kehidupan yang berbeza apabila bersama McLaren,” tambah Jordan.

“Ketika bersama Brawn GP, dia merupakan pemandu kesaya- ngan tetapi bersama McLaren, dia bakal berdepan dengan cabaran sebenar.

“Namun, saya percaya dia tidak akan membuat keputusan untuk menyertai McLaren jika dia tidak tahu cabaran yang menanti.

“Dia telah bersedia untuk membukti- kan bahawa dia mampu menewaskan Ha- milton melalui suasana yang berbeza.

“Saya ingin melihat dia berada pada kedudukan tiga terbaik tetapi saya rasa, ia satu permintaan yang terlalu besar.”

Hamilton, Hamilton berita, Hamilton kini, Hamilton dunia, Hamilton asia, Hamilton malaysia, Hamilton melayu, Hamilton indon, Hamilton indonesia, Hamilton kl, Hamilton foto, Hamilton gambar, Hamilton terkini, Hamilton web, Hamilton harian, Hamilton baru, Hamilton bf1, berita bf1, berita bf1, berita kini, berita kini, berita malaysia, berita indon, berita indonesia, berita dunia, berita harian, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik,teknologi Hamilton,Hamilton ekonomi