Tag Archives: ghairah

Orang kaya China banjiri London

du_04.1

Orang kaya China banjiri London

LONDON – Pelbagai gedung mewah di kawasan elit West End di sini kini menjadi tumpuan golongan kaya dari China untuk membeli-belah barangan berjenama yang mahal sehingga mengatasi kerabat diraja Arab dan jutawan Rusia.

Trend itu dilaporkan oleh beberapa syarikat rebat cukai yang merekodkan kedatangan pelancong China itu.

Pelancong itu berbelanja tiga hingga empat kali lebih banyak berbanding setahun lalu dan semasa Britain mengalami kemelesetan ekonomi.

Di Old Bond Street yang terkenal dengan butik fesyen dan perhiasan seperti De Beers dan Graff, pelanggan-pelanggan China dikatakan sudah memintas golongan berbelanja besar dari rantau Arab, Rusia, Amerika Syarikat (AS) dan hartawan Nigeria.

“Kami mencari barang jenama yang berkualiti baik,” kata Lilian Wang, 28, seorang pekerja bank dari Beijing ketika ditemui di Oxford Street, salah satu kawasan tumpuan pelancong asing membeli-belah di sini.

“Saya tidak ghairah macam orang lain yang membeli sedozen beg jenama Louis Vuitton, tetapi saya yakin barang di sini lebih murah daripada Beijing.

“Mata wang pound Britain juga rendah,” kata wanita itu lagi.

Dengan membeli sut untuk suami berharga £900 (RM5,165), dia mampu membeli sepasang kasut sederhana £50 (RM287) untuk dirinya sendiri.

Warga China lebih gemar membeli barangan biasa yang membosankan dan mereka tidak tergoda dengan tawaran produk gaya hidup.

Pekedai-pekedai turut menggaji pekerja yang boleh berbahasa Mandarin untuk menarik pelanggan kaya China.

Seorang felo pengajian ekonomi di Universiti Oxford, Linda Yueh berkata, pertumbuhan pendapatan terutama kepada golongan atasan yang memacu dalam pengumpulan kekayaan masih lagi kukuh di China.

“Ini menyebabkan orang kaya dari China mungkin mendapati kelemahan nilai pound Britain sebagai salah satu tarikan untuk datang membeli-belah di London,” katanya.

china, china kini, china terkini, china terbaru, china baru, china skandal, gambar china, foto china, video china, biodata china, biografi china, sejarah china, web china, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita china, berita kl, berita tv, berita harian, berita gay, berita artis, berita hiburan, berita sukan, berita ekonomi, berita sains, berita teknologi, berita kesihatan, berita sejarah, berita politik, berita bf1, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, china, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, macam-macam, Bf-1,

Xabi, Javi, Gerrard buat Benitez sakit

mainpix1

Xabi, Javi, Gerrard buat Benitez sakit

Masalah perundangan, nak pindah kelab, letak Rafa serba tidak kena

BANGKOK: Rafael Benitez kini berdepan detik paling genting sepanjang kerjayanya selaku pengurus Liverpool ketika dia cuba menangani krisis kecil, termasuk soal perundangan ketua pasukan, Steven Gerrard dan juga dua pemain tengah – Xabi Alonso dan Javier Mascherano yang tampak ghairah mahu meninggalkan pasukan.

Kedua-dua pemain dari Sepanyol itu menjadi tumpuan ketika persinggahan Liverpool di Bangkok dalam siri jelajah Asia dengan nasib mereka kelihatan tidak menentu.

Alonso yang memanaskan bangku simpanan ketika pasukannya seri 1-1 dengan pasukan kebangsaan Thailand pimpinan Peter Reid akibat kecederaan buku lalu, gagal menyembunyikan hasratnya untuk menyertai Real Madrid, manakala Chelsea pula sekali lagi membayangkan hasrat mendapatkan pemain berusia 27 tahun itu.

Dan bagi Mascherano pula menyaksikan ejennya, Walter Tamer, tidak segan-segan mendesak perpindahan pemain itu ke Barcelona dengan alasan kapten Argentina itu sudah hilang minat bermain di England.

Penolong ketua pasukan, Jamie Carragher pula berharap isu perpindahan Alonso akan berakhir cepat.

“Dia adalah pemain terbaik pasukan dan ketika ini Liverpool tidak mahu kehilangan pemain seperti Alonso. Harap sesuatu dapat diselesaikan segera,” katanya, semalam.

Tambah perit, perbicaraan mahkamah diharungi Gerrard gara-gara kes pergaduhan di bar jelas membuat persiapan Benitez tampak kurang stabil ketika The Reds mula mencongak peluang merebut gelaran liga buat kali pertama selepas 20 tahun.

Bagaimanapun, pendirian Benitez teguh. Alonso tidak akan terbang ke Real Madrid kecuali dibayar yuran perpindahan £35 juta (RM203 juta) dan Mascherano pula tidak akan dilepaskan.

Meskipun alasan Tamer menyatakan isteri Mascherano tidak gembira dan Sepanyol menjadi tempat yang paling sesuai untuk kehidupan keluarga, Liverpool menjangkakan wang mungkin menjadi sumber masalahnya.

Benitez sakit,Benitez sakit berita, Benitez sakit kini, Benitez sakit dunia, Benitez sakit asia,Benitez sakit malaysia, Benitez sakit melayu, Benitez sakit indon, Benitez sakit indonesia, Benitez sakit kl, Benitez sakit foto, Benitez sakit gambar, Benitez sakit bf1, berita dunia, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik, berita-berita, beritakini, beritadunia, beridaasia, beritamalaysia, beritamelayu, beritaindon, beritaindonesia, beritakl, beritafoto, beritagambar, beritaterkini, beritaweb, beritaharian, beritabaru, beritabf1, beritatv, berita8, beritagay, beritapenting, beritabulan, beritakasa, beritaawas, berita2, beritascander, beritajalan, beritamaju, beritasukan, berita kini, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita foto, berita gambar, berita terkini, berita web, berita harian, berita baru, berita bf1, berita tv, berita 8, berita gay, berita penting, berita bulan, berita kasa, berita awas, berita scander, berita jalan, berita maju, berita sukan, berita, kini, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, kl, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, bf1