Tag Archives: f1

Mimpi indah Fisichella

su_08.1

Mimpi indah Fisichella

LONDON – “Ia seperti mengalami mimpi indah.”

Demikian jelas Giancarlo Fisichella yang menganggap perpindahannya ke Ferrari seperti impian menjadi satu kenyataan.

Kelmarin, Ferrari megumumkan bahawa Fisichella yang sebelum ini mewakili pasukan Force India disahkan sebagai pemandu mereka bagi mengharungi baki perlumbaan Formula Satu (F1) musim ini.

Pemandu berusia 36 tahun itu bakal menggantikan Luca Badoer untuk baki lima perlumbaan terakhir musim ini dan turut meme- gang peranan sebagai pemandu simpanan rasmi Ferrari pada 2010.

“Saya seperti bermimpi… saya masih tidak percaya bahawa impian saya akhirnya menjadi kenyataan,” kata pemandu Itali itu yang akan membuat penampilan sulungnya buat Ferrari pada Grand Prix (GP) Itali minggu depan.

“Ini adalah perkara paling hebat pernah berlaku ke atas seorang pemandu Itali apabila memandu jentera Ferrari di hadapan peminat kami sendiri.”

Fisichella yang menjalani latihan di Maranelo kelmarin telah lama menyimpan hajat untuk mewakili Ferrari sejak kali pertama dia menguji jentera pasukan yang berpangkalan di Itali itu di Litar Fiorano pada September 1995.

Sejak itu, dia beraksi dalam 226 perlumbaan GP buat Minardi, Jordan, Benetton, Sauber, Renault dan Force India dengan tiga kejayaan podium.

Fisichella telah membuktikan keupayaannya apabila muncul naib juara GP Belgium minggu lepas buat Force India, pasukan yang belum mengutip mata dalam 29 perlumbaan sebelum itu.

Sementara itu, pemilik Force India, Vijay Mallya berkata, beliau memahami sepenuhnya situasi Fisichella.

“Bagi mana-mana pemandu Itali, mengisi kerusi perlumbaan buat Ferrari adalah satu impian buat mereka dan bagi Giancarlo, situasinya tetap sama. Tiada siapa patut menghalang impiannya,” kata Mallya.


fisichella, fisichella kini, fisichella terkini, fisichella terbaru, fisichella baru, fisichella skandal, gambar fisichella, foto fisichella, video fisichella, biodata fisichella, biografi fisichella, sejarah fisichella, web fisichella, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita tv, berita harian, berita gay, berita artis, berita hiburan, berita sukan, berita ekonomi, berita sains, berita teknologi, berita kesihatan, berita sejarah, berita politik, berita bf1, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, macam-macam, Bf-1, Fisichella, Giancarlo Fisichella, formula one, f1

Perkahwinan mewah anak bos F1

Perkahwinan mewah anak bos F1

LONDON – Kehidupan Petra Ecclestone, 23, yang merupakan anak bos perlumbaan kereta Formula satu (F1), Bernie Ecclestone dipenuhi dengan kekayaan, kemewahan dan dia begitu mudah mendapatkan semua barangan, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Justeru, tidaklah mengejutkan jika perkahwinan anak Bernie akan kelihatan mewah seperti mana gaya kehidupan keluarga itu. Petra akan mendirikan rumah tangga dengan tunangnya yang merupakan seorang usahawan dari Itali iaitu James Stunt minggu depan.

Bernie dipercayai membelanjakan £1.3 juta (RM6.4 juta) untuk meraikan perkahwinan yang diidamkan oleh Petra.

Menurut akhbar Mirror, perkahwinan mewah itu akan diadakan di Istana Odescalchi di Rom yang pernah menjadi tempat selebriti Tom Cruise dan Katie Holmes melangsungkan perkahwinan.

Penyanyi tersohor, Eric Clapton yang merupakan kawan rapat Bernie dipercayai menerima bayaran sebanyak £240,000 (RM1.1 juta) untuk membuat persembahan menyanyikan lagu pertama sebaik sahaja bakal pengantin itu menari sebagai suami isteri.

Kumpulan Black Eyed Peas dijadualkan akan menghiburkan tetamu di bahagian penyambut tetamu dan mereka dibayar sebanyak £750,000 (RM3.7 juta).

Sewa istana Itali pada abad ke-15 itu menelan kos £310,000 (RM1.5 juta) termasuk penginapan dan katering tetamu dan £40,000 (RM197,358) lagi dibelanjakan untuk acara percikan bunga api pada lewat malam.

dunia, perkahwinan, mewah, anak, perkahwinan mewah, mewah anak, Petra Ecclestone, Petra, Ecclestone, anak, bos, perlumbaan, kereta, Formula, satu, Bernie, Ecclestone, kekayaan, kemewahan, Eric Clapton, berita kl, berita malaysia, Berita Malaysia dan Singapore, berita melayu, berita penting, berita politik, berita sains, berita sejarah, berita sukan, berita teknologi, berita terbaru, berita terkini, Istana, Odescalchi, Rom, selebriti, Tom Cruise, Katie Holmes, melangsungkan, perkahwinan, Sewa, istana, Itali, James Stunt, anak, bos, F1, menari, suami, isteri